SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan telah membuat 16 pembelian kereta baharu untuk kegunaan rasmi Menteri Besar dan beberapa anggota pentadbiran kerajaan negeri, setelah lima tahun kereta sedia ada digunakan.
Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun berkata pembelian kereta jenis Toyota Camry yang bernilai kira-kira RM206,000 seunit itu, bagi menggantikan kereta jenis Honda Accord yang digunakan sejak 2019.
"Ia sekarang dalam proses dan sebahagian daripada kereta itu sudah sampai. Sebelum ini, Honda Accord lebih lima tahun digunakan, memang lepas lima tahun kena tukar kalau tidak penyelenggaraan tinggi kita tak mampu bayar.
"Bagi kereta lama, exco (ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri) boleh memohon untuk mendapatkannya dan ada bayaran dikenakan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco di sini hari ini.
Beliau berkata kereta rasmi baharu itu juga melibatkan Setiausaha Kerajaan Negeri, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Sembilan, Pegawai Kewangan Negeri, Penasihat Undang-undang Negeri dan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan.
Sementara itu, Aminuddin turut meminta pemilik tanah untuk memangkas pokok di kawasan mereka, terutama yang berada di tepi jalan utama yang dilihat berisiko untuk tumbang, sekali gus mengelakkan perkara tidak diingini berlaku.
Selain itu, beliau turut mengingatkan pemain industri di negeri ini supaya memastikan kontraktor yang mereka lantik, untuk menguruskan atau melupuskan sisa buangan sisa industri di kawasan yang ditetapkan, dan tidak membuat pembuangan haram.
"Saya tahu pihak industri membayar kepada kontraktor ini, tetapi operator menghantarnya ke tempat pembuangan sampah haram, kerajaan negeri tidak akan bertolak ansur dan berkompromi dalam hal ini," katanya.
Beliau berkata demikian mengulas aduan penduduk di Kampung Jimah Lama di sini, yang meminta pihak berwajib mengambil tindakan sepatutnya susulan sebidang tanah persendirian di kampung itu dijadikan tapak pelupusan sampah haram.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 15 2024

Aminuddin berkata pembelian kereta jenis Toyota Camry yang bernilai kira-kira RM206,000 seunit itu, bagi menggantikan kereta jenis Honda Accord yang digunakan sejak 2019. - Gambar fail/Bernama
[TERKINI] Sanusi lepas bebas kes hasutan kait Agong ke-16
Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan menghasut berkaitan kenyataannya mempersoalkan kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai titah Yang di-Pertuan Agong ke-16 Al-Sultan Abdullah berhubung penubuhan kerajaan perpaduan, dua tahun lalu.
'First class systems, third class maintenance' masih terjadi - Pakar
Pro-Naib Canselor (Penjanaan dan Prasarana) dan juga Pengarah Eksekutif Pusat Pengurusan Penjanaan ukm (JANA@UKM), Profesor Dr. Adi Irfan Che Ani berkata, ini bagi memastikan infrastruktur negara terus berfungsi secara optimum dan tidak menjadi liabiliti jangka panjang.
Kelantan sasar terima 50,000 pelancong Indonesia tahun ini
Pusat Penerangan Pelancongan Kelantan (TIC) menyasarkan 50,000 pelancong dari Indonesia mengunjungi negeri itu pada tahun ini.
Menurut Pengarahnya Mohd Zaki Ismail, menerusi program promosi daripada Persatuan Hotel-hotel Bajet dan Bisnes Malaysia (MyBHA), telah menjadikan negeri itu sebagai antara tempat pelancongan baharu kepada rakyat Indonesia.
Menurut Pengarahnya Mohd Zaki Ismail, menerusi program promosi daripada Persatuan Hotel-hotel Bajet dan Bisnes Malaysia (MyBHA), telah menjadikan negeri itu sebagai antara tempat pelancongan baharu kepada rakyat Indonesia.

MCMC berhubung dengan TikTok isu 18 akaun organisasi media disekat - Fahmi
MCMC sedang berhubung dengan TikTok bagi mendapatkan penjelasan mengenai isu 18 akaun TikTok organisasi media tempatan yang disekat baru-baru ini.
LKAN: Kerajaan pastikan dana awam diguna dengan berkesan
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), M.Kulasegaran berkata, kerajaan juga berusaha memastikan dana awam digunakan dengan berkesan dan tidak diselewengkan.
LKAN 1/2025: Kaji semula hala tuju syarikat subsidiari yang rugi, antara syor Ketua Audit Negara
Ketua Audit Negara, Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi mengesyorkan antaranya, mengkaji semula hala tuju dan pelan perniagaan syarikat subsidiari yang mengalami kerugian dan tidak memberikan pulangan sewajarnya.
PTPTN perlu kaji semula mekanisme kutipan bayaran balik pinjaman
Ketua Audit Negara, Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi berkata, sehingga 31 Disember 2023, tunggakan bayaran balik pinjaman pendidikan PTPTN adalah berjumlah RM10.853 bilion melibatkan 1.20 juta peminjam.
133 Penyata Kewangan Agensi Persekutuan diberi sijil tanpa teguran - Ketua Audit Negara
Melalui laporan tersebut, beliau berkata sebanyak 98 daripada 142 agensi Persekutuan telah menerima geran berjumlah RM33.628 bilion daripada Kerajaan Persekutuan pada tahun 2023.

Bursa Malaysia dibuka rendah
Bursa Malaysia diniagakan rendah dalam dagangan awal hari ini, menjejaki penurunan di Wall Street.

133 penyata kewangan agensi persekutuan diberi sijil tanpa teguran - Ketua Audit Negara
Sembilan agensi menerima sijil dengan Pendapat Diubahsuai, termasuk lapan dengan Pendapat Berteguran dan satu dengan Pendapat Bertentangan.

Kerajaan Negeri Sembilan arah siasat dakwaan penemuan emas di Lenggeng
Kerajaan Negeri Sembilan mengarahkan Pejabat Tanah dan Galian negeri serta Jabatan Mineral dan Geosains negeri menyiasat dakwaan berkaitan penemuan emas di Lenggeng.

Kerajaan Negeri Sembilan tukar kereta rasmi, elak kos selenggara tinggi - MB
Kerajaan Negeri Sembilan membuat 16 pembelian kereta baharu untuk kegunaan rasmi Menteri Besar dan beberapa anggota pentadbiran kerajaan negeri.

Kerajaan Negeri Sembilan tidak pinggir DUN diwakili pembangkang - MB
Kerajaan Negeri Sembilan tidak meminggirkan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang diwakili pembangkang di negeri ini.

Negeri Sembilan timbang insentif kewangan kepada syarikat tempatan terlibat pembangunan AI
Kerajaan Negeri Sembilan akan menimbangkan pemberian insentif kewangan kepada syarikat tempatan yang terlibat dalam pembangunan dan penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI).

81 rumah pangsa kerajaan N.Sembilan diduduki bukan penyewa asal
Daripada jumlah yang diperiksa itu, 48 kediaman masih dihuni oleh penyewa asal, 55 kediaman diduduki keluarga atau saudara-mara penyewa asal, 26 lagi disewakan, satu kediaman kosong dan lain-lain 108.

Negeri Sembilan raih kutipan hasil RM541.3 juta tahun lepas
Kerajaan Negeri Sembilan meraih kutipan hasil sebanyak RM541.3 juta atau 20.3 peratus melebihi RM450 juta yang disasarkan tahun lalu.

Ganjaran RM10,000 salur maklumat buang sisa kimia secara haram
Kerajaan Negeri Sembilan menawarkan ganjaran RM10,000 kepada mana-mana pihak yang menyalurkan maklumat kegiatan pembuangan haram sisa kimia sehingga tertangkapnya pelaku.

Streram berjanji akan selesai isu perumahan rakyat di Rantau
Calon Pakatan Harapan (PH), Dr. S.Streram sudah memaklumkan kepada Kerajaan Negeri Sembilan untuk mempertimbangkan untuk membina Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Rantau.