Kerajaan Negeri Sabah mengeluarkan arahan kuarantin kepada mana-mana individu yang masuk ke negeri ini dari luar negara bermula esok.
Pengerusi Pusat Perintah COVID-19 Sabah, Datuk Safar Untong berkata, arahan itu meliputi kemasukan dari luar negara melalui udara, laut, darat dan sungai.
"Selaras dengan keputusan Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara semalam, Kerajaan Negeri akan melaksanakan arahan tersebut bahawa bermula 22 hingga 31 Mac.
"Semua individu yang memasuki negeri Sabah terus dari luar negara melalui udara, laut, sungai dan darat akan dikuarantin di Pusat Kuarantin selama 14 hari," katanya.
Beliau yang juga Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah itu berkata demikian dalam kenyataan hari ini.
BACA: Semua pintu sempadan di Sarawak ditutup serta-merta
Untuk rekod, selain daripada pengasingan wad di hospital, Kerajaan Negeri juga telah membuka pusat kuarantin di beberapa daerah untuk menempatkan pesakit di bawah pemantauan (PUI) COVID-19 di negeri ini.
Antara lokasi yang dijadikan pusat kuarantin itu adalah Rumah Rehat Ranau, Rumah Rehat Kinabatangan, Malaysian Palm Oil Board, Lahad Datu, Projek Perumahan Rakyat Batu Putih Sandakan dan Kompleks Belia Tawau, Tawau.
Sementara itu, antara perkara lain yang turut dikuatkuasakan adalah penutupan operasi jeti penumpang awam antara daerah (inter-district) di Kudat, Sipitang, Kota Kinabalu, Lahad Datu, Sandakan dan Tawau juga bermula esok hingga 31 Mac ini.
Selain itu, bagi meningkatkan usaha memutuskan rangkaian jangkitan COVID-19, pihaknya telah meminta pihak berkuasa yang terlibat melipat gandakan sekatan jalan raya untuk menyekat pergerakan orang ramai.
"Setakat ini, hanya 17 buah daerah telah melakukan sekatan jalan raya untuk mengurangkan pergerakan kenderaan yang dilaksanakan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan
(JPJ).
"Kerajaan Negeri mengarahkan supaya semua daerah mengenakan sekatan jalan raya dengan serta-merta," katanya.
Sementara itu, Safar turut memberi jaminan bekalan makanan di negeri ini mencukupi.
Ruzaini Zulkepli
Sat Mar 21 2020
Bermula esok, mana-mana individu yang masuk ke Sabah dari luar negara bermula diarahkan untuk menjalani kuarantin.
Pengerusi ASEAN: Malaysia berpeluang tingkat kerjasama sektor takaful, takaful semula
Malaysia, yang akan menjadi Pengerusi ASEAN tahun depan berpeluang memajukan kerjasama serantau dalam sektor kritikal termasuk dalam takaful dan takaful semula.
FGV sifatkan penangguhan EUDR sebagai peluang giatkan usaha kelestarian
FGV Holdings Bhd menyifatkan penangguhan penguatkuasaan EUDR sebagai peluang untuk pihaknya lebih giat melakukan perkara yang perlu dengan kalangan pekebun kecil.
NADMA bina lapan lagi pusat pemindahan kekal seluruh negara
Kerajaan merancang membina lapan lagi pusat pemindahan kekal (PPK) yang lengkap dengan kemudahan asas selesa di seluruh negara untuk kegunaan mangsa banjir.
EV pemacu peralihan hijau, atasi kebergantungan petrol - Liew
Penggunaan kenderaan elektrik (EV) perlu dilihat sebagai langkah penting dalam usaha peralihan hijau Malaysia selain mengurangkan kebergantungan negara terhadap bahan api petrol.
Kuasa belia dilihat sebagai kunci masa depan ASEAN-China
Golongan muda berfungsi sebagai penghubung penting dalam memupuk hubungan ASEAN-China yang lebih erat.
170,000 Rumah Mampu Milik dibina di Pulau Pinang setakat ini - Sudarajoo
Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menyediakan 170,000 Rumah Mampu Milik (RMM) bagi membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana di negeri itu memiliki rumah.
10 Berita Pilihan - (8 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jerman raikan ulang tahun peringatan ke-35 Tembok Berlin
Gambar dan lukisan hasil ciptaan penduduk tempatan dipamerkan sepanjang empat kilometer di kawasan yang dahulunya menjadi lokasi tembok tersebut.
Amaran ribut salji November dikeluarkan di New Mexico
Ribut salji ini dijangka akan menjejaskan bahagian utara New Mexico serta selatan Colorado.
Lapangan terbang antara yang musnah akibat Taufan Yinxing
Menurut pegawai wilayah,lebih 40,000 penduduk di Wilayah Cagayan terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara dan tiada kematian dilaporkan.
Singapura mahu kukuhkan perkongsian, majukan kepentingan negara, kata PM baharu
Wong berkata kerajaannya akan memperkukuhkan perkongsian "dekat dan jauh" sambil memajukan kepentingan negara di tengah-tengah persaingan dan ketegangan yang meningkat di arena antarabangsa.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 6 Mei 2024.
Kargo udara global catat pertumbuhan berganda pada Mac - IATA
Industri kargo udara global mencatatkan 23.1 bilion tan kargo kilometer (CTK) pada Mac, mewakili pertumbuhan 10.3 peratus dari tahun ke tahun, menurut Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).
Kerjasama dua hala India-Malaysia bergantung kepada kepercayaan, kebolehpercayaan bersama - Menteri Luar
Memupuk kepercayaan dan kebolehpercayaan bersama sebagai asas untuk kerjasama dua hala antara India dan Malaysia adalah sangat penting, kata Menteri Luar India, Dr S. Jaishankar.
Akta Syarikat (Pindaan) 2024 berkuat kuasa 1 April - Armizan
Akta Syarikat (Pindaan) 2024 akan dikuatkuasakan pada 1 April ini selepas diwartakan pada 2 Feb, kecuali empat seksyen dalam akta berkenaan.
Kadar rizab tenaga di Semenanjung diunjur 28-36 peratus bagi tahun 2024-2030
Kadar rizab margin tenaga di Semenanjung bagi tahun 2024 hingga 2030 diunjurkan antara 28 hingga 36 peratus.
LADA sasar ketibaan tiga juta penumpang ke Langkawi tahun ini
Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) menyasarkan untuk meningkatkan ketibaan penumpang ke Langkawi kepada tiga juta tahun ini, selepas mencapai kira-kira 2.82 juta ketibaan penumpang pada 2023.
Jumlah pelancong Turki ke Malaysia meningkat 10.8 peratus
Jumlah pelancong Turkiye yang datang ke Malaysia dari Januari hingga November 2023 menunjukkan peningkatan sebanyak 10.8 peratus atau 15,623 orang berbanding 14,096 bagi tempoh sama pada 2019.
UMNO junjung kasih kepada Al-Sultan Abdullah
UMNO menjunjung kasih kepada Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang telah menyempurnakan tempoh pemerintahan Seri Paduka sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16, hari ini.
PM yakin rakyat rasai hikmah keadilan dan kebijaksanaan Al-Sultan Abdullah
Anwar yakin bahawa seluruh rakyat merasai hikmah keadilan dan kebijaksanaan Al-Sultan Abdullah dalam memastikan keamanan dapat dinikmati oleh semua sepanjang pemerintahan Seri Paduka.