Tun Daim Zainuddin akan kekal sebagai Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan (CEP), kata Tun Dr Mahathir Mohamad.
Menurut Perdana Menteri, beliau tidak pernah memaklumkan bahawa CEP hanya akan berfungsi untuk 100 hari, sebaliknya majlis itu akan terus berfungsi atas keperluan kerajaan dan CEP masih perlu meneruskan tugas mereka.
“Saya tidak pernah nyatakan CEP hanya untuk 100 hari apabila mereka dilantik. Mereka akan jalankan tugas untuk mengesan wang hilang dan sebagainya. Itu bukan tugas saya.
“Saya tidak pakar dalam hal itu. Kami ada empat agensi yang sedang menyiasat 1Malaysia Development Berhad. Tun Daim Zainuddin mempunyai akses kepada semua maklumat.
“Saya rasa dia masih perlu meneruskan tugasnya. Saya tidak mahu beliau letak jawatan walaupun saya tidak bayar beliau gaji,” katanya pada sidang media di sini.
BACA: Syor CEP bertemakan tiga perkara teras untuk kerajaan PH - Daim
Semalam, Daim berkata beliau bercadang menemui Dr Mahathir untuk mengetahui kedudukan masa depan setelah mandat 100 harinya kini berakhir.
Menurut Daim, CEP akan mengemukakan laporan yang mengandungi perakuan-perakuannya kepada Dr Mahathir sebaik saja beliau pulang dari China.
Dr Mahathir sebelum ini pernah memaklumkan, CEP tidak akan dibubarkan dulu oleh kerana khidmatnya masih diperlukan.
Harits Asyraf Hasnan
Tue Aug 21 2018
![Kerajaan masih perlukan khidmat CEP - Tun Mahathir Kerajaan masih perlukan khidmat CEP - Tun Mahathir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-08/61534846630_JKKMAR.jpg)
Dr Mahathir sebelum ini pernah memaklumkan, CEP tidak akan dibubarkan dulu oleh kerana khidmatnya masih diperlukan.
Shuhada tarik balik laporan terhadap Hafidz Roshdi
Pendakwaan bagi kes pelakon Hafidz Roshdi yang dituduh mencederakan bekas isterinya pada Mac tahun lepas, memberitahu Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu di sini pada Jumaat bahawa, pihaknya belum mendapat arahan lanjut isu penarikan laporan polis oleh Nurul Shuhada Mat Shukri.
5 pekerja kontraktor ditahan curi kabel projek LRT3
Polis menumpaskan kumpulan pencuri kabel di tapak pembinaan LRT3 yang membabitkan kerugian kira-kira RM2.5 juta dengan penahanan lima pekerja kontraktor di tiga tapak projek berkenaan, pada Khamis.
Taktik seludup minyak masak bersubsidi ke Kemboja gagal
Jabatan Kastam DiRaja Malaysia (JKDM) Perlis menggagalkan cubaan menyeludup keluar minyak masak bersubsidi dipercayai hingga ke Kemboja berjumlah 116 kilogram (kg) selepas menahan dua individu warga asing di Padang Besar pada 24 Julai lalu.
Peralatan Darjah Kebesaran SSAP palsu dirampas
Polis merampas pelbagai peralatan Darjah Kebesaran Seri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) disyaki palsu daripada seorang ahli lembaga pengarah sebuah syarikat telekomunikasi yang didakwa menggunakan gelaran terbabit.
Bukit Aman teliti keperluan panggil semula saksi
Polis akan melihat keperluan untuk memanggil mana-mana pihak yang terlibat termasuk keluarga mendiang Teoh Beng Hock dalam usaha melakukan siasatan semula berkait kematian bekas setiausaha politik kepada seorang Ahli Dewan Undangan Negeri itu.
Anwar, Srettha lawat projek jambatan Rantau Panjang-Golok
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakan sejawatannya dari Thailand, Srettha Thavisin akan melakukan lawatan kerja ke Sungai Golok, Thailand dan Rantau Panjang, Malaysia pada Sabtu ini.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61703329565_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 2 Ogos 2024.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Belanjawan 2025: KDN beri tumpuan perkasa aset, kebajikan Belanjawan 2025: KDN beri tumpuan perkasa aset, kebajikan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51719314089_SaifuddinNasution.jpg)
Belanjawan 2025: KDN beri tumpuan perkasa aset, kebajikan
Kementerian Dalam Negeri (KDN) menumpukan usaha pada mempertingkatkan aset dan kebajikan pasukan keselamatan di bawah kementerian itu menerusi Belanjawan 2025.
![Perak FC terima keputusan Bobie Farid letak jawatan CEO Perak FC terima keputusan Bobie Farid letak jawatan CEO](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61722416928_TBBOBIE.jpg)
Perak FC terima keputusan Bobie Farid letak jawatan CEO
Bobie Farid telah memikul tanggungjawab yang diamanahkan dengan penuh ikhlas tanpa sebarang imbuhan daripada pihak pengurusan.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Perjanjian penyelesaian DOJ, Jho Low tidak dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet - Fahmi Perjanjian penyelesaian DOJ, Jho Low tidak dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81716808744_JhoLow.jpg)
Perjanjian penyelesaian DOJ, Jho Low tidak dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet - Fahmi
Isu berhubung perjanjian penyelesaian di antara Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat dengan Low Taek Jho atau Jho Low tidak dibincangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri pada Jumaat
![Rosmah nafi barang kemas, beg tangan, aksesori mewah dibeli hasil aktiviti haram Rosmah nafi barang kemas, beg tangan, aksesori mewah dibeli hasil aktiviti haram](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41716888562_RosmahMansor.jpg)
Rosmah nafi barang kemas, beg tangan, aksesori mewah dibeli hasil aktiviti haram
Datin Seri Rosmah Mansor menegaskan bahawa barang kemas, beg tangan dan barangan mewah lain yang berada dalam milikannya bukan dibeli dengan wang hasil aktiviti haram.
![Jho Low masukkan wang RM100 juta sebagai hadiah kepada bekas peguam 1MDB Jho Low masukkan wang RM100 juta sebagai hadiah kepada bekas peguam 1MDB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/61700133261_jasmineloojholow.jpg)
Jho Low masukkan wang RM100 juta sebagai hadiah kepada bekas peguam 1MDB
Bekas peguam 1Malaysia Development Berhadmengaku di Mahkamah Tinggi bahawa beliau menerima hadiah RM100 juta daripada ahli perniagaan dalam buruan Jho Low, walaupun telah meninggalkan syarikat itu.
!['Saya percayakan Jho Low sebab dia sudah miliki wang berjuta' - Jasmine Loo 'Saya percayakan Jho Low sebab dia sudah miliki wang berjuta' - Jasmine Loo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51710497419_MDB.jpg)
'Saya percayakan Jho Low sebab dia sudah miliki wang berjuta' - Jasmine Loo
Bekas peguam 1MDB memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Jumaat bahawa tidak terlintas di fikirannya ahli perniagaan dalam buruan Jho Low adalah seorang penipu.
![Utusan Malaysia mohon maaf kepada pembaca Utusan Malaysia mohon maaf kepada pembaca](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/71706609177_TBNajibjpg.jpg)
Utusan Malaysia mohon maaf kepada pembaca
Portal berita tempatan Utusan Malaysia memohon maaf selepas menerbitkan artikel berhubung pengampunan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
![Najib tidak maklumkan terbitan bon AS$3.5 bilion kepada Kabinet Najib tidak maklumkan terbitan bon AS$3.5 bilion kepada Kabinet](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/71704716766_NajibTunRazak.jpg)
Najib tidak maklumkan terbitan bon AS$3.5 bilion kepada Kabinet
Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu Datuk Seri Najib Tun Razak tidak memaklumkan Kabinet mengenai terbitan bon AS$3.5 bilion.
![Najib disyaki terima AS$681 juta untuk beli undi PRU13 - SPRM Najib disyaki terima AS$681 juta untuk beli undi PRU13 - SPRM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/61698900701_TBNajib.jpg)
Najib disyaki terima AS$681 juta untuk beli undi PRU13 - SPRM
Seorang pegawai penyiasat SPRM memberitahu Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa bahawa, Datuk Seri Najib Tun Razak disyaki menerima AS$681 juta untuk membeli untuk PRU13 pada 11 tahun lalu.
![Najib belanja RM80,000 untuk ubat cegah kanser pada 2013 - Pegawai penyiasat Najib belanja RM80,000 untuk ubat cegah kanser pada 2013 - Pegawai penyiasat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/61698900701_TBNajib.jpg)
Najib belanja RM80,000 untuk ubat cegah kanser pada 2013 - Pegawai penyiasat
Mahkamah diberitahu bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak membelanjakan RM80,000 pada 2013 untuk suplemen dan vitamin bagi pencegahan kanser daripada wang derma.
![Muhyiddin titipkan doa buat Najib Muhyiddin titipkan doa buat Najib](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/41698991918_MuhyiddinNajib.jpg)
Muhyiddin titipkan doa buat Najib
Semalam, Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa dalam sidang media di Parlimen turut mengesahkan masalah kesihatan yang sedang dihadapi Najib.