GEORGE TOWN: Kerajaan akan memanfaatkan pelabuhan dan lapangan terbang sebagai 'enjin berkembar' industri pelancongan Pulau Pinang untuk memastikan ekonomi negeri menerima impak positif jangka panjang, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook.
Beliau berkata pelabuhan dan lapangan terbang dilihat sebagai dua faktor penting untuk mengukuhkan ekonomi sesebuah pulau.
Menurut Loke kerajaan Persekutuan telah membuat beberapa pengumuman yang akan membuahkan hasil dari segi peningkatan kemasukan pelancong dan menjadikan Pulau Pinang sebagai pusat penghantaran kargo di utara Malaysia.
"Saya telah berbincang dengan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) untuk membesarkan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang supaya kapasiti pengendalian meningkat hampir dua kali ganda kepada 12 juta penumpang setahun.
"Kita telah meminta MAHB mencari pendekatan segera supaya projek ini boleh siap sebelum pilihan raya umum akan datang," katanya yang juga Setiausaha Agung DAP dalam ucapan perasmian Konvensyen Tahunan DAP Pulau Pinang 2023 di sini hari ini.
Loke berkata keputusan kerajaan untuk menaik taraf dan membesarkan Terminal Kapal Persiaran Jeti Swettenham (SPCT) yang diumumkan pada 2018 turut memberi impak positif kepada ekonomi negeri dan telah merancakkan sektor kapal persiaran Pulau Pinang.
Beliau berkata projek naik taraf SPCT itu adalah manifestasi Kementerian Pengangkutan sebagai langkah untuk menjadikan negeri itu sebagai pangkalan kepada syarikat perkapalan antarabangsa.
"Membangunkan 'enjin berkembar' ini juga adalah penting untuk menyokong industri elektrik dan elektronik Pulau Pinang," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 19 2023
![Kerajaan manfaat pelabuhan, lapangan terbang sebagai enjin berkembar ekonomi P. Pinang Kerajaan manfaat pelabuhan, lapangan terbang sebagai enjin berkembar ekonomi P. Pinang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/51700374315_AnthonyLoke.jpg)
Loke berkata pelabuhan dan lapangan terbang dilihat sebagai dua faktor penting untuk mengukuhkan ekonomi sesebuah pulau.- Gambar fail/Sinar Harian
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
Penjual jagung hina kaum India tampil mohon maaf
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Kehadiran anggota polis di kedai buku hanya rondaan rutin
Kehadiran anggota polis di sebuah galeri buku di Petaling Jaya hanya sekadar rondaan rutin dan bukan bertujuan mengganggu aktiviti perniagaan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Wanita curi duit semasa kenduri ditahan, ada 10 rekod jenayah
Seorang wanita berusia 61 tahun yang menyamar sebagai tetamu dan mencuri beg tangan berisi wang RM2,500 ketika majlis perkahwinan di Pasir Mas, Kelantan pada 1 Februari lalu berjaya diberkas polis.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 16 Februari 2025.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Hening Rindu nyanyian Marsha rangkul trofi AJL39 Hening Rindu nyanyian Marsha rangkul trofi AJL39](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739723174_MarshaMilanAJL.jpg)
Hening Rindu nyanyian Marsha rangkul trofi AJL39
Marsha Milan Londoh merangkul trofi Juara Lagu apabila lagu Hening Rindu ciptaan Ikhwan Fatanna dan Wan Saleh dengan lirik dihasilkan Ikhwan Fatanna mengungguli Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-37.
![Kerajaan manfaat pelabuhan, lapangan terbang sebagai enjin berkembar ekonomi P. Pinang Kerajaan manfaat pelabuhan, lapangan terbang sebagai enjin berkembar ekonomi P. Pinang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/51700374315_AnthonyLoke.jpg)
Kerajaan manfaat pelabuhan, lapangan terbang sebagai enjin berkembar ekonomi P. Pinang
Kerajaan akan memanfaatkan pelabuhan dan lapangan terbang sebagai 'enjin berkembar' industri pelancongan Pulau Pinang.
![AITF 2023: Platform transformasi pembangunan ekonomi Pulau Pinang AITF 2023: Platform transformasi pembangunan ekonomi Pulau Pinang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/41698116612_JagdeepSingh.jpg)
AITF 2023: Platform transformasi pembangunan ekonomi Pulau Pinang
AITF 2023 turut bertujuan melatih usahawan mikro tempatan berkenaan strategi menembusi pasaran perniagaan di peringkat antarabangsa.
![Pulau Pinang di landasan betul jadi pusat industri halal wilayah utara - HDC Pulau Pinang di landasan betul jadi pusat industri halal wilayah utara - HDC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/81690793887_HDC.jpg)
Pulau Pinang di landasan betul jadi pusat industri halal wilayah utara - HDC
Pulau Pinang berpotensi meningkatkan pertumbuhan ekonominya dengan menggalakkan perniagaan berkaitan halal memperoleh pensijilan halal.