Kerajaan Persekutuan mahu melihat lebih banyak respon positif daripada penggiat industri perumahan susulan pengumuman bahawa perkhidmatan pembinaan dikecualikan daripada Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).
Menteri Kewangan Lim Guan Eng berharap dapat melihat sekurang-kurangnya beberapa perubahan harga rumah pada masa depan memandangkan kerajaan tidak mengutip cukai ke atas perkhidmatan pembinaan.
Beliau menjelaskan bahawa harga kereta turun sejak pelaksanaan SST, dan harus ada respons positif daripada sektor perumahan.
"Kami harap terdapat sekurang-kurangnya beberapa perubahan pada harga rumah, dan menjangkakan dapat melihat sambutan positif pada masa akan datang," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau mengulas laporan di portal berita dalam talian yang memetik bekas pengerusi Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah (REHDA) Pulau Pinang Datuk Jerry Chan bahawa harga rumah tidak mungkin turun walaupun selepas pengumuman kerajaan mengenai pengecualian SST ke atas bahan binaan tertentu.
Guan Eng yang juga Anggota Parlimen Bagan berkata kerajaan akan mengkaji kadar cukai korporat semasa agar negara dapat mengekalkan daya saingnya di rantau ini.
Dalam pandangan peribadinya, Guan Eng berkata beliau tidak berniat untuk menaikkan kadar cukai korporat, namun situasi kewangan semasa negara menjadikannya sukar bagi kerajaan untuk membuat keputusan.
"Kami mengambil maklum bahawa negara jiran kita telah mengurangkan cukai korporat, malah Amerika Syarikat telah mengurangkannya dari 35 peratus kepada 21 peratus.
"Berdasarkan kedudukan kewangan semasa negara, jika kita mampu mengurangkannya, kita akan mengurangkan kadar korporat, tetapi jika tidak kita akan menimbangkan pilihan lain," katanya.
Beliau berkata pengumuman kadar baharu cukai korporat akan dibuat semasa pembentangan Belanjawan 2019 oleh Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad pada 2 Nov di Dewan Rakyat.
Terdahulu, Guan Eng bersama Ketua Pengarah Jabatan Kastam Datuk Seri T Subromaniam menghadiri taklimat SST dengan pemain industri di sini.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 09 2018
Guan Eng berkata, harus ada respons positif daripada sektor perumahan. - Gambar hiasan
Pulangkan semula kekayaan negara
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencabar bekas pemimpin yang mengaut kekayaan dari hasil negara, agar mengembalikannya semula kepada rakyat dan negara.
Kerajaan tumpu tatakelola basmi kemiskinan
Kerajaan Madani memberi tumpuan kepada tatakelola bagi memastikan bantuan untuk membantu rakyat miskin sampai kepada golongan sasaran.
GISB sesat atau tidak? Pandangan hukum sudah ada, tunggu perkenan Majlis Raja-Raja - Mohd Naím
Selepas Majlis Raja-Raja beri perkenan kepada pandangan hukum terbabit, maka negeri-negeri akan bawa pandangan hukum itu kepada jawatankuasa fatwa negeri dipengerusikan oleh mufti negeri masing-masing
AWANI Ringkas: Kerajaan perluas rangkaian pusat kanser
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Malaysia ulangi komitmen perkukuh hubungan dengan ASEAN
Malaysia komited untuk memperkukuh hubungan erat dengan negara jiran ASEAN, ketika negara ini bersiap sedia untuk mengambil alih jawatan Pengerusi ASEAN pada 2025, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwa
JKKP siasat insiden juruteknik jatuh ketinggian 40 meter di Langkawi
Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja (JKKP) telah menjalankan siasatan berhubung insiden juruteknik terjatuh dari besi penahan platform kaca pada ketinggian 40 meter di lereng Gunung Machinchang,
Jangan tolak ansur rasuah, salah guna kuasa - PM Anwar
Beliau berkata kerajaan akan mengambil sikap tegas terhadap individu yang mengaut kekayaan negara tanpa rasa tanggungjawab, sama ada pada masa lalu mahupun kini.
Pesara rugi RM108,000 terjerat pelaburan saham tidak wujud
Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Ahmad Jamil Radzi, berkata tertarik dengan tawaran pulangan tinggi dijanjikan dalam tempoh singkat, mangsa menekan pautan di iklan itu untuk berhubung dengan suspek.
Pakar onkologi di Malaysia dijangka meningkat menjelang 2040
Menurut Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, sasaran itu mampu dicapai dengan penyertaan Malaysia dalam Fellowship of the Royal College of Radiologists (FRCR) dalam klinikal onkologi.
Basmi kemiskinan: Kerajaan MADANI pastikan bantuan sampai kepada golongan sasar - PM
Anwar berkata kerajaan membelanjakan sebanyak RM22 bilion setahun bagi tujuan membasmi kemiskinan, dan jika jumlah itu berjaya diurus dengan baik, ia mampu menyelesaikan isu kemiskinan di negara ini.
Langkah penyasaran diesel tidak beri impak pada harga rumah - Kor Ming
Penyasaran subsidi diesel tidak seharusnya memberi impak terhadap harga rumah, demikian Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Pasaran hartanah Malaysia dalam usaha pemulihan - Kor Ming
Pasaran hartanah Malaysia dalam usaha menuju pemulihan yang dibuktikan dengan peningkatan jumlah dan nilai urus niaga hartanah pada tahun lepas serta pertumbuhan ekonomi yang stabil.
'Harga purata pangsapuri baharu Malaysia cecah RM582,887 pada suku pertama'
Harga purata bagi pangsapuri baharu di Malaysia mencecah RM582,887 pada suku pertama 2024 manakala purata harga jualan bagi kediaman sekunder bernilai RM521,614.
Melaka kekal status negeri tawar harga rumah terendah, purata RM207,600
Melaka masih mengekalkan status negeri menawarkan harga rumah terendah di Malaysia pada harga purata RM207,600 berbanding RM458,751 di peringkat nasional hingga suku ketiga tahun lepas.
Krisis perumahan: Penunjuk perasaan bantah keputusan kabinet
Antara tuntutan lain termasuk hak mereka ke atas bandar, penamatan eksploitasi dan peningkatan kos sara hidup.
'Perumahan jadi tidak mampu milik kerana pendapatan rakyat tidak cukup, hutang tinggi'
Kadar Pertumbuhan Tahunan Terkompaun (2014 hingga 2020) menunjukkan peningkatan harga rumah sebanyak 4.1 peratus berbanding kenaikan pendapatan pada 2.1 peratus.
Melaka kekalkan harga rumah paling rendah di Malaysia
Melaka masih mengekalkan harga rumah paling rendah di negara ini dengan indeks harga purata RM181,203 seunit pada suku pertama tahun 2022 berbanding negeri-negeri lain.
JPPH diberi kuasa sebagai perantara tentukan nilai harta dan harga rumah
Hasil MoU antara LPPSA dan JPPH yang dimeterai bagi perkongsian maklumat dalam bidang penilaian pembiayaan perumahan sektor awam.
Rakyat Malaysia jangka harga rumah akan meningkat menjelang Dis 2022 - Kaji Selidik Juwai IQI
Sebahagian besar rakyat Malaysia berpendapat sekarang ini adalah masa yang sesuai untuk membeli rumah atau pangsapuri kerana mereka menjangkakan harga hartanah akan meningkat menjelang Disember 2022.
RMK-12: Kerajaan sasar lebih ramai rakyat Malaysia miliki rumah mampu milik
Ia bermatlamat menyediakan akses kepada rumah yang mencukupi, selamat, dan mampu milik untuk semua.