Kerajaan melantik perunding bebas dan profesional bagi menjalankan penilaian khusus, bebas dan telus berhubung keselamatan pesawat dan penumpang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA 2).
Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata Ikram Premier Consulting (IPC) dipertanggungjawabkan untuk menjalankan penilaian itu bagi menentukan aspek keselamatan di laluan pesawat, apron, landasan dan kawasan persekitaran lain di lapangan terbang itu.
"IPC ini juga akan memberi laporan awal terus kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) berhubung perkara ini minggu depan," katanya dalam satu kenyataan di sini Khamis.
Beliau mengulas berhubung kenyataan Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Datuk Azharuddin Abdul Rahman pada 27 Feb lepas yang menyatakan bahawa keretakan di beberapa permukaan di bahagian luar KLIA 2 tidak menjejaskan aspek keselamatan pesawat.
Dalam kenyataannya itu, Azharuddin juga berkata kesan retak tersebut sebenarnya ialah kesan tekanan tanah yang berlaku di kawasan landasan, apron dan tempat letak pesawat, dan semuanya telah diperbaiki.
Berhubung perkembangan terkini KLIA 2, Hishammuddin berkata Jabatan Bomba dan Penyelamat telah mengeluarkan surat pelepasan atau kelulusan untuk menggunakan bangunan terminal lapangan terbang itu.
Katanya pihak peniaga dan vendor serta agensi-agensi kerajaan yang akan beroperasi di situ, sudah pun memasuki terminal KLIA 2 bagi menyiapkan premis perniagaan dan pejabat masing-masing.
"Selain itu, ujian 'Operational Readiness and Airport Transfer' (ORAT) juga sedang berlangsung dan berjalan lancar," katanya.
Hishammuddin berkata Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) akan membuat lawatan ke KLIA 2 minggu depan sebelum beberapa Anggota Parlimen yang turut berhasrat melawat lapangan terbang itu.
Katanya walaupun KLIA 2 merupakan projek komersil dan melibatkan syarikat swasta, namun atas dasar kepentingan nasional, kerajaan berusaha sebaik mungkin memastikan aspek keselamatan sentiasa terjamin.
Bernama
Fri Mar 07 2014
![Kerajaan lantik perunding bebas nilai keselamatan KLIA 2 Kerajaan lantik perunding bebas nilai keselamatan KLIA 2](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-12/71387896787_295x200.jpg)
10 Berita Pilihan - (15 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasukan PBB lawat Bangladesh, siasat pembunuhan protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini, menurut pegawai badan dunia itu pada Khamis.
Gempa bumi bermagnitud 5.7 gegar timur laut Taiwan
Gempa bumi berukuran 5.7 skala richter melanda daerah Timur Laut Taiwan pada Khamis.
Angka kematian di Gaza cecah 40,000 individu
Pasukan tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh dan 107 lagi cedera, menurut sumber perubatan.
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Dalam tempoh berjaga-jaga, Agensi Meteorologi Jepun tidak melihat sebarang pergerakan gempa bumi yang luar biasa atau kerak bumi.
Rakyat UK terancam dengan imigran rampas peluang pekerjaan
Bimbang golongan imigran akan merampas peluang peluang pekerjaan menjadikan rakyat United KIngdom terutamanya mereka yang mempunyai masalah ekonomi melihat imigran sebagai satu ancaman.
Parti Pheu Thai pilih anak perempuan Thaksin calon PM
Paetongtarn, 37, adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Pemilihan anak Thaksin sebagai PM Thailand dianggap tidak efektif
Pemilihan anak perempuan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, Paetongtarn Shinawatra, untuk menggantikan Srettha Thavisin sebagai Perdana Menteri negara itu dianggap sebagai tidak efektif.
![Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723343252_Palestiniansmourn.jpg)
Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera
Perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat membantu ramai mangsa dan membawa keluar mayat yang terperangkap di bawah runtuhan.
DNA mangsa kebakaran di Pagoh diperoleh, jenazah dijangka dikebumikan esok
Polis mengesahkan telah menerima laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dua mayat mangsa yang rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh, Johor Jumaat lepas.
![PRU15: Fitnah, kenyataan tular itu palsu - Hishammuddin nafi berkempen dalam kem tentera PRU15: Fitnah, kenyataan tular itu palsu - Hishammuddin nafi berkempen dalam kem tentera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/81668079681_HISHAMMUDDIN.jpg)
PRU15: "Fitnah, kenyataan tular itu palsu" - Hishammuddin nafi berkempen dalam kem tentera
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menafikan beliau berkempen di kem tentera seperti dakwaan yang tular di laman sosial.
![Malaysia, Thailand setuju wujudkan MoU pertahanan Malaysia, Thailand setuju wujudkan MoU pertahanan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41661770420_TBHjpg.jpg)
Malaysia, Thailand setuju wujudkan MoU pertahanan
Memorandum Persefahaman (MoU) Pertahanan melibatkan Malaysia dan Thailand telah ditandatangani pada Isnin sebagai kerjasama strategik antara kedua-dua negara.
![Isu LCS: 'Hishammuddin perlu jelaskan kemampuan kewangan Boustead Naval Shipyard' - Chin Tong Isu LCS: 'Hishammuddin perlu jelaskan kemampuan kewangan Boustead Naval Shipyard' - Chin Tong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2018-10/41538575225_LiewChinTong.jpg)
Isu LCS: 'Hishammuddin perlu jelaskan kemampuan kewangan Boustead Naval Shipyard' - Chin Tong
Chin Tong mendakwa, BNS pernah cuba meminta komitmen Kerajaan bernilai RM53 bilion untuk kerja MRO bagi tempoh 30 tahun akan datang.
![Kapal pertama LCS dijangka siap dalam tempoh setahun dua - Hishammuddin Kapal pertama LCS dijangka siap dalam tempoh setahun dua - Hishammuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/61655899636_DatukSeriHishammud.jpg)
Kapal pertama LCS dijangka siap dalam tempoh setahun dua - Hishammuddin
Kabinet telah memberi tempoh enam bulan untuk memobilisasi usaha menghidupkan semula projek tersebut.
![BN menang besar turut disumbang undi ATM - Penganalisis politik BN menang besar turut disumbang undi ATM - Penganalisis politik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/41647148026_ATM.jpg)
BN menang besar turut disumbang undi ATM - Penganalisis politik
Kemenangan undi BN telah dijangkakan berdasarkan corak pengundian yang berlaku dalam Pilihanraya Negeri Melaka yang lepas.
![PRN Johor: Berpolitik jangan sampai tanam kebencian - Hishammuddin PRN Johor: Berpolitik jangan sampai tanam kebencian - Hishammuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/61646460755_HishammuddinHussein.jpg)
PRN Johor: Berpolitik jangan sampai tanam kebencian - Hishammuddin
Soal kestabilan dan perancangan masa depan merupakan perkara utama yang ditekankan oleh BN.
![Menteri Kuartet perhalusi SOP kemasukan lebih ramai pekerja asing, termasuk pembantu rumah - Hishammuddin Menteri Kuartet perhalusi SOP kemasukan lebih ramai pekerja asing, termasuk pembantu rumah - Hishammuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/71635915585_MesyuaratKhas.jpg)
Menteri Kuartet perhalusi SOP kemasukan lebih ramai pekerja asing, termasuk pembantu rumah - Hishammuddin
Hishammuddin berkata, pengusaha mengalami kesukaran untuk merancakkan semula perniagaan, kerana kekurangan pekerja susulan SOP yang ketat.
![Peralihan fasa PPN di Johor, Pahang mulai 8 Oktober Peralihan fasa PPN di Johor, Pahang mulai 8 Oktober](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/41633271874_PEMBUKAANSEKOLAH.jpg)
Peralihan fasa PPN di Johor, Pahang mulai 8 Oktober
Dua lagi negeri bakal beralih ke Fasa Pelan Pemulihan Negara seterusnya selepas setelah mengambil kira penilaian risiko semasa oleh KKM dan Majlis Keselamatan Negara.
![AUKUS: PH persoal tujuan Hishammuddin mahu dapatkan pandangan China AUKUS: PH persoal tujuan Hishammuddin mahu dapatkan pandangan China](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/41632378133_TBHarapan.jpg)
AUKUS: PH persoal tujuan Hishammuddin mahu dapatkan pandangan China
PH berkata persepsi yang ditimbulkan seolah-olah Malaysia menerima arahan daripada China.
![Prospek gelembung pelancongan, SOP sektor sukan dalam Mesyuarat Kuartet esok - Hishammuddin Prospek gelembung pelancongan, SOP sektor sukan dalam Mesyuarat Kuartet esok - Hishammuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/61631626111_TBHAMMUDDIN.jpg)
Prospek gelembung pelancongan, SOP sektor sukan dalam Mesyuarat Kuartet esok - Hishammuddin
Mesyuarat itu juga akan beri tumpuan kepada usaha mempermudahkan daripada 181 kepada 10 prosedur operasi standard (SOP)