PUTRAJAYA: Kerajaan memutuskan melaksanakan pengecualian dasar kabotaj untuk kapal-kapal asing yang terlibat dalam semua kerja membaiki kabel dasar laut.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata keputusan tersebut dibuat sebagai usaha menarik lebih banyak pelaburan asing dalam industri pusat data dan merancakkan pertumbuhan ekonomi digital.
Jelas beliau, ia diputuskan susulan pelbagai sesi libat urus dengan syarikat-syarikat gergasi teknologi maklumat antarabangsa dalam tempoh beberapa bulan yang lalu.
"Susulan keputusan Jemaah Menteri pada hari ini, Kementerian Pengangkutan akan mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk proses perwartaan.
"Tarikh kuatkuasa terhadap semua keputusan ini akan dimaklumkan kelak," katanya dalam sidang media di sini pada Jumaat.
Mengulas lanjut, Loke berkata dasar kementerian mempromosikan Pelabuhan Klang sebagai satu-satunya National Load Centre pada tahun 1990-an tidak lagi terpakai.
"Semua kapal tempatan dan asing yang melaksanakan perkhidmatan kargo dalam perairan Malaysia perlu memohon Lesen Perkapalan Dalam Negeri (DSL) atas faktor-faktor keselamatan negara.
"Namun begitu, proses permohonan DSL telah dipermudahkan dan akan diproses dalam tempoh tiga hari," tambah beliau.
Selain itu, Jemaah Menteri katanya turut memutuskan pelaksanaan semula dasar kabotaj untuk kapal-kapal yang menjalankan perkhidmatan kargo dari Semenanjung ke Sarawak.
Langkah berkenaan, kata Loke diambil atas permintaan Kerajaan Sarawak untuk menyokong pertumbuhan industri perkapalan tempatan yang terancam dengan pengecualian dasar kabotaj sejak 1 Jun 2017.
"Sebab pertamanya Sarawak mempunyai industri perkapalan yang sangat besar termasuk pembinaan kapal dan pembaikan kapal serta beberapa syarikat perkapalan Malaysia berpangkalan di Sarawak.
"Kerajaan Sarawak telah pun memberi maklum balas kepada Kementerian Pengangkutan bahawa dasar kabotaj kepada Sarawak telah pun membantutkan perkembangan industri perkapalan khususnya di Sarawak.
"Sebelum pengecualian dasar kabotaj, ada 12 syarikat perkapalan Malaysia yang aktif dalam perkhidmatan kargo. Tetapi selepas beberapa tahun, kita hanya tinggal lima syarikat yang aktif," jelasnya.
Bagi Sabah pula, Loke berkata pengecualian dasar kabotaj untuk kapal-kapal yang menjalankan perkhidmatan kargo dari Semenanjung ke negeri itu dan Wilayah Persekuan Labuan dikekalkan.
Katanya, keputusan berkenaan berlandaskan pendirian Kerajaan Sabah.
"Oleh kerana dasar kabotaj ini melibatkan bidang kuasa Persekutuan dan Negeri, kita perlu berunding dengan kedua-dua Kerajaan Sabah dan Sarawak.
"Kerajaan Sabah ada pendirian yang berlainan dan mereka ini mengekalkan pengecualian dasar kabotaj ini," kata Loke.
Jemaah Menteri juga bersetuju secara prinsip dengan cadangan peluasan Had Pelabuhan Desaru dan penentuan kawasan had pelabuhan Desaru yang baharu.
Bagaimanapun, ia tertakluk kepada kajian Majlis Keselamatan Negara.
Astro Awani
Fri Mar 01 2024
![Kerajaan laksana pengecualian dasar kabotaj kapal asing baiki kabel dasar laut - Loke Kerajaan laksana pengecualian dasar kabotaj kapal asing baiki kabel dasar laut - Loke](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/61708768538_TBanthonylokej.jpg)
Loke berkata keputusan tersebut dibuat sebagai usaha menarik lebih banyak pelaburan asing dalam industri pusat data dan merancakkan pertumbuhan ekonomi digital - Gambar fail
![Lee Lam Thye seru kerajaan perkenal Akta 'Good Samaritan' Lee Lam Thye seru kerajaan perkenal Akta 'Good Samaritan'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/51669556500_Leelamthye.jpg)
Lee Lam Thye seru kerajaan perkenal Akta 'Good Samaritan'
Pertubuhan Ikatan Komuniti Selamat seru kerajaan perkenalkan Akta Good Samaritan untuk menyediakan perlindungan undang-undang kepada orang awam.
![Lebih ramai wanita Borneo perlu sertai PERANTIS - Nancy Lebih ramai wanita Borneo perlu sertai PERANTIS - Nancy](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739267597_NancyShukri.jpg)
Lebih ramai wanita Borneo perlu sertai PERANTIS - Nancy
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat seru lebih ramai pemimpin wanita dari Borneo menyertai Program Perantisan Kepimpinan Wanita (PERANTIS) tahun ini.
![CPI 2024: Perlu pembaharuan menyeluruh - MCW CPI 2024: Perlu pembaharuan menyeluruh - MCW](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739273384_MCWMalaysiaCorrup.jpg)
CPI 2024: Perlu pembaharuan menyeluruh - MCW
Pembaharuan menyeluruh termasuk mempercepat agenda reformasi institusi, perlu dilaksanakan dalam usaha pembanterasan rasuah di negara ini.
![PERKESO Terengganu bayar RM23.4 juta faedah kepada pencarum tahun lepas PERKESO Terengganu bayar RM23.4 juta faedah kepada pencarum tahun lepas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51735803655_PERKESOperkesolog.jpg)
PERKESO Terengganu bayar RM23.4 juta faedah kepada pencarum tahun lepas
PERKESO Terengganu telah membuat pembayaran faedah kepada OB dan waris kira-kira RM23.4 juta melibatkan 5,858 kes sepanjang tahun lepas.
![Penggunaan data EO dorong tambahan AS$100 bilion kepada KDNK ASEAN - Laporan Penggunaan data EO dorong tambahan AS$100 bilion kepada KDNK ASEAN - Laporan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41736805702_Asean.jpg)
Penggunaan data EO dorong tambahan AS$100 bilion kepada KDNK ASEAN - Laporan
Pertumbuhan itu dilihat menawarkan peluang besar bagi inovasi, daya tahan dan penyelesaian sektor swasta yang merentas industri.
![Pulau Pinang akan wujud Kursi Endowment profesor Al-Azhar bidang syariah Pulau Pinang akan wujud Kursi Endowment profesor Al-Azhar bidang syariah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739288912_TBAbdulHamid.jpg)
Pulau Pinang akan wujud Kursi Endowment profesor Al-Azhar bidang syariah
MAINPP akan mewujudkan Endowment Chair Professor Al-Azhar dalam bidang syariah bagi tujuan kerjasama penyelidikan isu fikah dan syariah.
Malaysia belajar Dasar Bandar Hijau dengan Turkiye - DBKL
Wanita Pertama Turkiye, Emine Erdogan meluangkan masa kira-kira satu jam melawat Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur pada Selasa.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Kematian tahanan: Siasatan masih berjalan - Saifuddin
Siasatan kes kematian seorang tahanan Penjara Taiping dipercayai akibat dipukul bulan lepas masih berjalan.
10 Berita Pilihan - (11 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 12 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
![Kerajaan laksana pengecualian dasar kabotaj kapal asing baiki kabel dasar laut - Loke Kerajaan laksana pengecualian dasar kabotaj kapal asing baiki kabel dasar laut - Loke](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/61708768538_TBanthonylokej.jpg)
Kerajaan laksana pengecualian dasar kabotaj kapal asing baiki kabel dasar laut - Loke
Susulan keputusan Jemaah Menteri pada hari ini, Kementerian Pengangkutan akan mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk proses perwartaan.