KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata kerajaan melalui kementeriannya komited untuk terus memperbaiki mutu perkhidmatan Internet demi manfaat rakyat di seluruh negara.
Menerusi catatan terkini di laman Facebook sejurus menerima kunjungan hormat wakil Jabatan Komunikasi Korporat dan Jabatan Digital Petronas di pejabatnya hari ini, Fahmi berkata bagi tujuan itu, isu infrastruktur Internet juga akan diberi tumpuan.
Menurut Fahmi rangkaian Internet stabil dan pantas akan menyenangkan rakyat dan memberi manfaat yang banyak kepada sektor tenaga, minyak dan gas, termasuk Petronas.
"Insya-Allah kita akan terus perbaiki mutu perkhidmatan Internet di Malaysia," katanya.
Sebelum ini, Fahmi dilaporkan berkata kementerian itu akan terus berusaha mempercepatkan perluasan capaian, serta meningkatkan kelajuan Internet di seluruh negara dengan kini hanya kira-kira tiga peratus kawasan berpenduduk di seluruh negara, masih tidak mempunyai capaian Internet.
Menurut Fahmi, sebanyak 4,363 tapak 5G telah siap dibangunkan di seluruh negara sehingga Februari lalu, menyaksikan capaian Internet telah mencecah 97 peratus untuk kawasan berpenduduk.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 27 2023
Menurut Fahmi, rangkaian Internet stabil dan pantas akan menyenangkan rakyat dan memberi manfaat yang banyak kepada sektor tenaga, minyak dan gas. - Gambar fail
Bomba Perak giat cari lelaki Orang Asli hilang ketika memancing
JBPM Perak sedang giat mencari seorang lelaki Orang Asli yang dipercayai hilang selepas keluar memancing di Sungai Tumboh, Kampung Gajah, dekat sini sejak petang semalam.
PDRM kutip lebih RM1 juta saman pada hari pertama program 2TM
PDRM berjaya mengutip RM1.03 juta pembayaran saman setakat 3 petang pada hari pertama penganjuran Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini hari ini.
#AWANIRingkas 22 November 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 25 November 2024
1️⃣ Bukit Aman belum terima maklumat tentang Jho Low
2️⃣ Dua beranak mengaku tidak bersalah
3️⃣ Harga antara AS65 dan AS75 dolar setong pada 2025
#awaniringkas
1️⃣ Bukit Aman belum terima maklumat tentang Jho Low
2️⃣ Dua beranak mengaku tidak bersalah
3️⃣ Harga antara AS65 dan AS75 dolar setong pada 2025
#awaniringkas
Bursa Malaysia ditutup tinggi
Bursa Malaysia mengakhiri minggu ini dengan prestasi tinggi pada Jumaat, didorong oleh pembelian berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih.
Dialog Poket Rakyat: Subsidi - Antara Strategi, Realiti & Tingkah Laku Pengguna
Apakah realiti di akar umbi mengenai reformasi ekonomi berkaitan subsidi dan pelaksanaannya? Sejauh mana rakyat bersedia melepaskan kebergantungan mereka terhadap subsidi? Apakah strategi mengurangkan tekanan kewangan dan inflasi? Ini fokus diskusi dan analisis Dialog Poket Rakyat 8.30 malam ini.
Taufan Man-Yi: Bekalan kuasa di Benguet hampir pulih 100 peratus
Benguet Electric Cooperative (beneco) menyasarkan untuk memulihkan kuasa di Benguet yang sebelum ini terjejas akibat dibadai taufan itu. Setakat Khamis, kuasa telah dipulihkan hampir 99.54 peratus daripada 233,411 sambungan pengguna.
MyDigital ID: Memperluas integrasi, memastikan akses lebih cepat dan mudah
MyDigital ID akan terus memperluas integrasi dengan lebih banyak penyedia perkhidmatan dari pelbagai sektor, terutamanya dalam sektor kewangan dan e-wallet, untuk memastikan akses yang lebih cepat dan mudah kepada perkhidmatan kewangan untuk rakyat Malaysia.
PBB akan berusaha cari jalan berkomunikasi dengan Netanyahu
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan berusaha mencari jalan untuk berkomunikasi dengan Benjamin Netanyahu.
AWFF: Kemenangan filem 'Abang Adik' suburkan harapan tersenarai dalam Oscar
Ia menyuburkan harapan untuk melihat ia tersenarai dalam pencalonan lima terbaik di Anugerah Akademi atau Oscar ke-97 tahun depan.
Netanyahu sifatkan keputusan ICC sebagai antisemitik
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menyifatkan keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) untuk mengeluarkan waran untuk menangkapnya atas dakwaan jenayah perang sebagai antisemitik.
U Mobile akan kurangkan pegangan saham majoriti asing kepada 20 peratus
Menurutnya, menerusi rekod prestasi terbukti menjangkau lebih 17 tahun, U Mobile dalam kedudukan baik bagi pelancaran rangkaian 5G kedua.
RM99 juta laksana program JENDELA, 'Perajurit Broadband' untuk warga ATM - Khaled Nordin
Inisiatif itu termasuk mewujudkan Infrastruktur Fiber Optik di semua 73 kem atau pangkalan tentera, melibatkan sebanyak 59,420 pintu RKAT.
Indonesia sekat hampir 3.8 juta laman sesawang perjudian
Turut disekat, 31,751 pautan berkaitan perjudian di laman sesawang institusi pendidikan dan 31,812 pautan di laman sesawang kerajaan.
PRK Nenggiri: Kedai kopi tawar WiFi percuma jadi tumpuan
Masalah rangkaian talian Internet di sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri yang lemah menyebabkan kedai kopi yang menawarkan WiFi percuma menjadi tumpuan media dan orang ramai.
Respons positif daripada platform media sosial terhadap kerangka kawal selia baharu - Fahmi
Wakil pelbagai platform yang ditemui mengakui keperluan mematuhi undang-undang Malaysia dan sedia untuk turut serta dalam proses berkenaan.
UK pertimbang haramkan media sosial untuk pengguna bawah 16 tahun
Kerajaan UK kini dalam proses mempertimbangkan untuk mengehadkan media sosial ke atas pengguna bawah 16 tahun termasuk mengharamkan terus.
Internet pantas di kawasan Felda bantu peneroka pasar produk - Ahmad Shabery
Perkhidmatan internet pantas dapat meningkatkan ekonomi digital seperti membantu peneroka memasarkan produk dan terlibat dalam e-dagang.
KKD, KPT laksana tindakan segera pastikan kesalinghubungan di kampus semakin baik
Katanya, isu utama mengenai kesalinghubungan di kampus adalah berkaitan jalur lebar talian tetap di dalam bangunan dan asrama.
Pakej jalur lebar RM69 inisiatif terbaik turunkan kos sara hidup
Pakej itu dilihat berpatutan dan memberi peluang kepada golongan rentan yang mahu melanggan pakej Internet pada harga lebih murah.
Kualiti internet menurun, Malaysia masih dalam kedudukan 40 terbaik kesejahteraan digital
Indeks Kualiti Hidup Digital ialah kajian yang dilakukan bagi menilai kualiti kesejahteraan digital di 117 negara atau 92 peratus daripada populasi global.