KUALA LUMPUR: Kerajaan komited menyokong pertumbuhan industri aeroangkasa dan akan terus bekerjasama rapat dengan semua pemegang kepentingan untuk mewujudkan persekitaran yang kondusif bagi pelaburan dan pertumbuhan mampan, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
Beliau juga berkata Malaysia pada hari ini juga memiliki dasar yang lebih baik untuk mempromosikan negara sebagai properdagangan, properniagaan dan propelaburan.
"Tidak kira apa juga cabaran yang mendatang, saya dan pasukan saya bersedia untuk memastikan transformasi perindustrian Malaysia dan terus memasarkan Malaysia sebagai papan loncatan utama dan cekap kos atau pangkalan sokongan bagi negara-negara yang mahu memasuki pasaran Asean atau malahan Asia, " katanya pada majlis permeteraian antara Asia Digital Engineering (ADE) dan OCP Asia Ltd, di sini, hari ini.
ADE, cabang kejuruteraan dan penyenggaran Capital A Bhd, memperoleh pelaburan berjumlah US$100 juta (US$1=RM4.460) daripada OCP Asia untuk membina dan mengendalikan kemudahan hangar penyenggaraan pesawat canggih di Sepang, Selangor.
Tengku Zafrul berkata Malaysia memiliki industri penyenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) yang berkembang maju yang menawarkan pelbagai peluang pelaburan.
Pada 2022, katanya, Malaysia memperoleh projek pengembangan MRO bernilai RM600 juta melibatkan aktiviti MRO komponen dan penyenggaraan berat, daripada pelbagai syarikat bereputasi tinggi yang beroperasi di negara ini.
"Ini menunjukkan pelabur dari dalam dan luar Malaysia melihat sektor MRO kita sebagai peluang pelaburan dengan potensi pertumbuhan yang besar," katanya.
Beliau juga berkata penyertaan ADE dalam bidang MRO di rantau Asia Tenggara dan Asia Pasifik dijangka meningkatkan lagi pertumbuhan industri MRO Malaysia selain memacu persaingan sihat dengan penyedia perkhidmatan sedia ada.
"Apa yang paling penting, perkongsian ini juga akan mewujudkan peluang pekerjaan baharu dan bergaji lebih tinggi bagi tenaga kerja tempatan dan peluang untuk penyetempatan perkhidmatan lain oleh syarikat kecil dan sederhana dalam rantaian bekalan tempatan," kata Tengku Zafrul.
Menurutnya, semua ini akan menyokong pelaksanaan kerangka industri Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12) yang diterajui National Aerospace Industry Corporation Malaysia (NAICO) untuk membantu meletakkan Malaysia sebagai hab aeroangkasa utama di Asia Tenggara menjelang 2030.
Dalam pada itu, katanya, Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) akan terus menyasarkan pelaburan langsung asing dalam sektor strategik yang memberi kesan kepada pertumbuhan masa depan, iaitu sektor elektrik dan elektronik, terutamanya untuk peralatan perubatan, farmaseutikal, ekonomi digital, aeroangkasa dan bahan kimia.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 26 2023
Tengku Zafrul berkata Malaysia memiliki industri penyenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) yang berkembang maju yang menawarkan pelbagai peluang pelaburan. - Gambar fail/Bernama
Shah Rukh Khan teruja kembali ke Malaysia
"Saya bukanlah orang yang penting untuk dianggap sebagai rakan tetapi saya adalah rakan bagi Malaysia dan UAE."
Moscow lancar peluru berpandu hipersonik Oreshnik, Zelensky gusar
Zelenskyy "secara langsung menuduh sekutunya di barat meninggalkannya tanpa perlindungan ketika menghadapi tindakan Rusia."
China bakal laksana dasar visa percuma untuk sembilan negara lagi
Pengecualian visa akan diberikan kepada pemegang pasport biasa dari Bulgaria, Romania, Croatia, Montenegro, Macedonia Utara, Malta, Estonia, Latvia dan Jepun secara percubaan.
Piala Malaysia: Perak mula bergaya, KDA belum selamat
Perak FC merobek gawang KDN FC menerusi Clayton Da Silva yang menanduk masuk hantaran Adilet Kanybekov pada minit ke-22.
Masyarakat pelbagai linguistik jadi pemangkin keharmonian Malaysia
Masyarakat itu bukan sahaja tahu untuk berkomunikasi, tetapi juga menghargai kepelbagaian budaya dan bahasa yang ada di sekeliling mereka.
Misi Jelajah Dunia Akhir BWF Aaron-Wooi Yik terima tamparan
Aaron-Wooi Yik terpaksa akur dengan kehebatan pasangan tuan rumah He Ji Ting-Ren Xiang Yu dalam aksi yang berlanjutan ke set penentuan.
Kerajaan Pahang tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa kepada RM14.18 juta
Peningkatan RM6.18 juta itu bagi membolehkan peruntukan BPP Siswa diagihkan kepada 19,525 mahasiswa daripada pelbagai IPT.
RM10 untuk dapatkan salinan sijil SPM di Program 2TM
Harga asal bagi penggantian sijil SPM ialah RM30 dan 'kadar istimewa' itu hanya berlangsung hingga hari terakhir program pada Ahad ini.
KKDW perkenal konsep Smart Village, perkasa komuniti desa dengan teknologi moden
Projek rintis 'Smart Village' KKDW akan diadakan di tiga kampung yang memenangi Anugerah Desa MADANI (ADM) 2024.
Empat projek sedang, bakal dilaksana JPS atasi risiko banjir akibat air pasang besar
Sebanyak empat projek sedang dan bakal dilaksanakan JPS Melaka di beberapa lokasi pesisir pantai negeri ini bagi mengurangkan risiko banjir berikutan fenomena air pasang besar.
Kepengerusian ASEAN 2025: Perkukuh komuniti dan tangani cabaran serantau - Mohamad
Sebagai Pengerusi ASEAN 2025, Malaysia berperanan penting dalam memperkukuhkan komuniti ASEAN dan menangani cabaran serantau yang semakin kompleks, kata Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan.
Kepengerusian ASEAN 2025: Malaysia sediakan ruang dialog pertahanan konstruktif, progresif
Malaysia berhasrat menyediakan platform serta ruang perbincangan mengenai pertahanan yang konstruktif, terbuka dan progresif untuk rakan-rakan dialog strategik semasa tempoh kepengerusian ASEAN.
Ringgit ditutup rendah selepas kenaikan selama tiga hari
Ringgit mengakhiri urus niaga Jumaat dengan lebih rendah susulan aktiviti pengambilan untung selepas mencatat kenaikan selama tiga hari berturut-turut, sebelum ini.
Ringgit meningkat berbanding dolar AS pada hari ketiga berturut-turut
Ringgit mengukuh berbanding dolar AS pada hari ketiga berturut-turut walaupun kebimbangan meningkat terhadap perkembangan geopolitik di Ukraine, kata penganalisis.
Sektor pengangkutan pemacu utama peluang kerja, pertumbuhan ASEAN - TPM Fadillah
Sektor pengangkutan muncul sebagai pemacu utama penciptaan peluang pekerjaan dan pertumbuhan ekonomi di rantau ASEAN, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
PM Anwar selamat tiba di tanah air selepas lawatan ke empat negara
Dalam lawatan empat negara tersebut, Anwar turut bertemu pemimpin dunia serta menyatakan komitmen Malaysia dalam memacu pertumbuhan mampan termasuk semasa menjadi Pengerusi ASEAN 2025.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Malaysia bersedia pimpin suara ASEAN dalam tindakan iklim di COP30
Malaysia bersedia untuk memainkan peranan penting dalam usaha ASEAN menyatakan pandangan yang lebih menyeluruh bagi tindakan iklim di COP30 di Brazil tahun hadapan.
Kerjasama ASEAN, APEC kekal agenda utama pastikan pembangunan mampan, integrasi ekonomi
Komitmen tersebut akan terus memperkukuh kedudukan negara dalam membentuk masa depan ekonomi Asia-Pasifik yang lebih inklusif, mampan dan berdaya saing.
Malaysia di landasan tepat jadi hab perniagaan bagi pihak berkepentingan Perancis di ASEAN
Kedudukan Malaysia, dengan ekonomi yang kukuh dan pelbagai, menawarkan akses yang tiada tandingan kepada blok ASEAN yang pesat berkembang.