Kerajaan sentiasa komited memastikan masyarakat di luar bandar dan kawasan pendalaman sentiasa mendapat perkhidmatan terbaik, daripada agensi-agensi kerajaan menerusi penyampaian perkhidmatan kerajaan yang berkesan dan kos efektif.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Arthur Joseph Kurup berkata, bagi memastikan matlamat tersebut tercapai, kerajaan telah menggerakkan program perkhidmatan komuniti bergerak (MCS), satu inisiatif Kementerian Kewangan Malaysia melalui Perbendaharaan Malaysia Sabah (PMS), bagi membawa perkhidmatan-perkhidmatan utama kepada penduduk luar bandar dan komuniti pedalaman di Sabah.
"Antara matlamat pelaksanaan program ini adalah sebagai himpunan kepada pelbagai perkhidmatan bergerak merentasi pelbagai Kementerian, Jabatan dan agensi kerajaan, yang mana antaranya menyasarkan penduduk luar bandar dan pendalaman, yang kurang atau susah mendapat akses kepada perkhidmatan kerajaan dan swasta.
"Ia juga adalah satu platform, membolehkan bantuan kerajaan disalurkan terus kepada kumpulan sasar. Malah program ini juga bertujuan mengumpul dan berkongsi sumber dan kos antara agensi terlibat, agar perbelanjaan kerajaan dapat dijimatkan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan Bantuan Sara Hidup (BPN) dan Bantuan Prihatin Nasional (BPN), kepada lebih 500 orang penerima dari mukim Nabawan, di sini pada Sabtu.
Majlis penyerahan BSH dan BPN juga membolehkan lebih 500 penerima yang tidak mempunyai akaun bank, menerima pembayaran bantuan dengan nilai terkumpul sebanyak RM1.1 juta.
Arthur berkata selepas Nabawan, program ini juga akan diteruskan ke kawasan-kawasan lain di Parlimen Pensiangan, iaitu Mukim Pagalungan pada 8 Ogos, Mukim Pensiangan pada 09 Ogos dan diikuti dengan Mukim Tatalaan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 25 2020

ARTHUR: Kerajaan sentiasa komited memastikan masyarakat di luar bandar dan kawasan pendalaman sentiasa mendapat perkhidmatan terbaik.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Isu pindah tanah: Selangor mungkin laksana audit, siasatan dalaman semua agensi
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata langkah tersebut bagi menangani isu pindah milik tanah berkenaan secara menyeluruh.

Timbalan pengarah agensi kerajaan antara ditahan bantu siasatan kes rasuah RM600,000
Dua lelaki termasuk timbalan pengarah sebuah agensi kerajaan direman enam hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM600,000.

Disyaki terima rasuah RM900,000, dua individu termasuk pengarah agensi kerajaan direman
Dua lelaki termasuk seorang pengarah sebuah agensi kerajaan di Terengganu direman enam hari bermula hari ini kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM900,000.

500 terumbu karang tanduk rusa dibiak semula di Pulau Jemuruk
Sebanyak 500 terumbu karang jenis tanduk rusa atau nama saintifiknya Acropora berjaya dibiak semula ke habitat semula jadi di sekitar perairan Pulau Jemuruk, di Langkawi.

Ahli lembaga koperasi direman kes pelaburan RM3.2 juta
Seorang ahli lembaga sebuah koperasi agensi kerajaan direman lima hari bagi membantu siasatan kes penyalahgunaan kuasa untuk menyeleweng wang pelaburan RM3.2 juta.

PM arah agensi, badan berkanun dapat kelulusan menteri untuk lawatan luar negara - Fahmi
Perdana Menteri mengarahkan semua agensi dan badan berkanun mendapatkan kelulusan menteri masing-masing untuk lawatan ke luar negara.

Kementerian, agensi perlu teroka dan manfaat AI - Fahmi
Menteri Komunikasi seru kementerian dan agensi kerajaan untuk meneroka dan memanfaatkan teknologi AI bagi meningkatkan lagi kecekapan perkhidmatan kepada rakyat.

Anwar mulakan lawatan rasmi ke Kazakhstan dengan kunjungan ke Masjid Besar Astana
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan lawatan rasmi dua hari beliau ke Kazakhstan dengan mengunjungi Masjid Besar Astana yang terletak di sepanjang Laluan Sutera di sini hari ini.

Pelajar dapat akses maklumat, kajian sedia ada kerajaan sebelum 24 Mei ini
Mahasiswa di IPT bakal mendapat akses kepada maklumat serta kajian sedia ada di peringkat kementerian dan agensi kerajaan sebelum 24 Mei ini.

Monsun Barat Daya: Negara dijangka berdepan impak negatif, agensi kerajaan siap siaga
Negara dijangka berdepan pelbagai impak negatif susulan Monsun Barat Daya yang dijangka bermula bulan ini hingga September.