SHAH ALAM: Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) melancarkan inisiatif Solar Peralihan Tenaga Untuk Rakyat (Solar@PETRA) dan Program Solar BOLEH! di sebuah pusat membeli-belah di sini hari ini.
Ini sejajar dengan Perjanjian Paris di mana Malaysia ingin memberikan komitmen untuk bersama-sama masyarakat dunia dalam mengurangkan jejak karbon di dalam negara dan seterusnya mencapai status gas rumah kaca (GHG) sifar bersih seawal tahun 2050.
Pelaksanaan inisiatif ini bertujuan untuk memperluas serta meningkatkan pemasangan sistem solar PV dalam kalangan pengguna domestik melalui program dan skim khusus yang dirangka sebagai pemangkin untuk meningkatkan capaian.
Menterinya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, pihaknya bertekad untuk terus melaksanakan semua usaha dan inisiatif yang dirancang dan dikenal pasti ke arah mengurangkan jejak karbon sektor bekalan elektrik.
“Inisiatif Solar@PETRA dan Program Solar BOLEH! telah dirangka secara khusus untuk meluaskan akses rakyat kepada skim pemasangan solar di premis kediaman.
“Ia turut akan menjadi inisiatif penaung kepada program atau skim solar yang dikhususkan untuk rakyat termasuk Program Solar BOLEH!,” ujarnya lagi.
Program Solar BOLEH! merupakan satu usaha sama antara PETRA, AEON Group, SOLS Energy dan Bank Simpanan Nasional (BSN), yang menyediakan pelbagai pilihan dan memudahkan lagi capaian rakyat kepada skim pemasangan sistem solar PV yang ditawarkan di pasaran.
Solar BOLEH! ini juga merupakan tambahan kepada program rebat solar yang diperkenalkan Kerajaan pada awal bulan April 2024, iaitu Skim Insentif Solar Rakyat atau Solar for Rakyat Incentive Scheme (SolaRIS) yang sedang dilaksanakan oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB).
Tambahnya lagi, pihaknya juga terbuka untuk mengembangkan program terbabit pada masa hadapan.
“Kalau minggu lepas, apa yang saya lancarkan adalah di hospital (seperti) Prince Court dan semua hospital itu akan dipasang solar panel di bumbung, jadi saya mengharapkan lebih ramai yang akan datang ke hadapan untuk bekerjasama dengan kita dan (PETRA) akan menyokong dan bantu,” ujarnya.
Fadillah yang juga Timbalan Perdana Menteri sebelum ini mengumumkan program Solar for Rakyat Incentive Scheme (SolaRIS), bagi menggalakkan pemasangan sistem solar fotovoltaik (PV) oleh pengguna domestik.
Program tersebut menggalakkan hospital kerajaan untuk turut memasangnya bukan sahaja kepada fasiliti kesihatan swasta.
“Saya memberikan komitmen bahawa PETRA akan meneruskan usaha untuk merangka lebih banyak program khusus bagi membolehkan rakyat mendapat lebih banyak manfaat daripada penerapan teknologi solar untuk penjanaan bekalan elektrik melalui pemasangan sistem solar PV di premis kediaman,” jelasnya lagi.
Pia Ernadya
Mon May 06 2024

Pelancaran program Solar BOLEH! hari ini merupakan satu usaha sama antara PETRA, AEON Group, SOLS Energy dan Bank Simpanan Nasional (BSN). - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.

PETRA serah enam projek siap bernilai RM186.1 juta kepada Johor
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) hari ini menyerahkan enam projek siap bernilai RM186.1 juta kepada kerajaan Johor.

Potensi bekalan tenaga hijau di Pulau Pinang amat baik - Fadillah
Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air Datuk Seri Fadillah Yusof berkata potensi untuk bekalan tenaga hijau di Pulau Pinang amat baik khususnya di Stesen Janakuasa Gelugor (SJG) di sini yang te

Malaysia amal pendekatan menyeluruh tangani pencemaran sungai - Fadillah
Malaysia mengamalkan pendekatan menyeluruh dan bukan sekadar merawat dalam menyelesaikan masalah pencemaran sungai, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

Kerajaan komited kurangkan jejak karbon negara melalui inisiatif Solar@PETRA - Fadillah
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) melancarkan inisiatif Solar Peralihan Tenaga Untuk Rakyat atau Solar@PETRA hari ini.

Kadar elektrik: 6.96 juta pengguna kategori perumahan tidak dikenakan kenaikan SST
84.3 peratus atau 6.96 juta pengguna kategori perumahan di Semenanjung tidak terjejas dan masih tidak dikenakan cukai perkhidmatan atau SST.

KPTDGA kini dikenali Kementerian Peralihan Tenaga Dan Transformasi Air (PETRA)
Nama kementerian itu diluluskan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri semalam, seperti yang dicadangkan Datuk Seri Fadillah Yusof.