Kerajaan tidak akan berkrompomi dengan pihak yang terlibat dalam sindiket pengeluaran kad pengenalan (MyKad) palsu di negara ini.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, kementerian beliau dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) serta Jabatan Imigresen juga telah berganding bahu dalam membendung isu itu daripada terus berlaku.
Menurut Ahmad Zahid, Sabah merupakan negeri yang menjadi tumpuan aktiviti sindiket MyKad palsu kerana lokasinya yang strategik selain berhampiran dengan negara jiran yang menjadi sumber tenaga buruh untuk Malaysia.
"Kita juga telah mengambil beberapa langkah siasatan terhadap sindiket dikenal pasti dan beberapa tangkapan telah dilakukan.
"Siasatan telah dijalankan JPN manakala PDRM membuka kertas siasatan terhadap laporan penjualan MyKad palsu," katanya.
Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas menghadiri taklimat bersama Pegawai Tertinggi Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah, hari ini.
Tambah beliau, pemilik MyKad palsu turut akan dikenakan tindakan yang tegas jika didapati melakukan sindiket penipuan ini.
Sementara itu, kerajaan akan meneliti cadangan penubuhan satu jabatan bertaraf penuh bagi merancang, menguat kuasa, menyusun strategi dan melaksanakan langkah pencegahan kejadian lemas yang sering berlaku baru-baru ini.
Katanya, beliau berharap agar kertas cadangan mengenai perkara itu akan diberikan kepadanya dalam tempoh terdekat memandangkan cadangan itu dilihat positif selain memberi manfaat kepada orang awam.
"Pengerusi NIOSH, Tan Sri Lee Lam Thye telah mencadangkan satu pasukan khas jawatankuasa siasatan berkenaan kejadian lemas dan saya berharap agar kertas cadangan tersebut dapat di kemukakan kepada saya untuk kami meneliti cadangan tersebut," katanya.
Baru-baru ini, Lam Thye dalam kenyataan menyarankan agar kerajaan menubuhkan satu jabatan keselamatan aktiviti air bagi menangani kes kematian akibat lemas.
Jelas Lam Thye, langkah itu penting ekoran kes kematian akibat lemas dilihat semakin membimbangkan sejak kebelakangan ini.
Ruzaini Zulkepli
Mon Feb 19 2018

AHMAD ZAHID menghadiri taklimat bersama Pegawai Tertinggi Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah, hari ini. - Foto Astro AWANI/Ruzaini Zulkepli

Pelantikan Chong Wei sebagai duta sukan Johor mampu perkasa atlet muda - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh percaya pelantikan legenda badminton negara Datuk Lee Chong Wei sebagai penasihat badminton dan duta sukan Johor mampu dimanfaatkan sepenuhnya.
Pemandu maut kemalangan dua kereta di Setiu
Kemalangan tragis di Kilometer 48 Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu melibatkan dua kereta Proton Wira menyebabkan seorang pemandu maut di tempat kejadian, manakala dua lagi cedera.

Muhammad Irfan capai misi, rangkul perak di Australia
Muhammad Irfan melakukan catatan 60.00 meter (m) sekali gus mencapai misi diletakkannya sebelum bertanding pada saingan itu.

Herry akui misi Seluruh England 2025 gagal
Herry yang baharu memulakan tugas secara rasmi bulan lepas, mengakui keputusan mengecewakan itu antara pencapaian buruk sepanjang kariernya.

Penjawat awam wanita disaran ambil SKSSR - Presiden Cuepacs
Katanya, walaupun penjawat awam wanita menerima gaji dan bekerja sepanjang hari, mereka juga main peranan penting sebagai suri rumah.

Paus Francis sambut ulang tahun ke-12 sebagai ketua Vatican di hospital
Paus dimasukkan ke Hospital Gemelli selama 28 hari selepas mengalami jangkitan pernafasan pada Februari sebelum disahkan menghidap radang paru-paru.

Ismail Sabri keluar dari SPRM, hampir empat jam beri keterangan
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi keterangan selama hampir empat jam di ibu pejabat SPRM, bagi membantu siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram.
AWANI Ringkas: Isu lulus kewarganegaraan kepada rakyat China
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sosial media: Albania mula haramkan TikTok
Pengguna TikTok di Albania kini menghadapi kesukaran mengakses aplikasi popular itu selepas kerajaan melaksanakan larangan selama setahun bermula Khamis.
META akan mulakan ujian Community Notes di Facebook, Instagram dan Threads
Ujian Community Notes di platform META akan dimulakan untuk menggantikan program pemeriksaan fakta pihak ketiga.
Pendekatan baru ini membolehkan lebih ramai individu menambah konteks kepada hantaran, mengurangkan berat sebelah.
Pendekatan baru ini membolehkan lebih ramai individu menambah konteks kepada hantaran, mengurangkan berat sebelah.

Bekalan air dari LRA Bukit Temoh kembali pulih - LAP
Bagaimanapun, kerja tambakan tanah dan pemasangan paip baharu di kawasan kejadian tanah runtuh di Taman Bunga Raya, Tapah masih diteruskan.

Pembukaan banyak pusat data boleh jejas sumber air negara
Meskipun Malaysia mengalu-alukan pelaburan itu, pakar bimbang tidak ada cukup langkah untuk melindungi air bagi kegunaan awam dan persekitaran.

Semua empangan di Selangor berkapasiti penuh, mampu bertahan empat bulan
Secara keseluruhan, kapasiti air mentah mampu bertahan selama tempoh empat bulan tanpa hujan.

Masalah air perlukan penyelesaian yang lebih saksama
Jelas beliau, jika masalah air ini gagal diatasi ia juga akan menyumbangkan kepada penutupan kilang-kilang dan pelabur berpindah ke negara lain.

Dasar Air Negara diperkemas, KASA lantik UKM jalankan kajian
Pakar runding dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dilantik Kementerian Alam Sekitar dan Air bagi menjalankan kajian Dasar Negara dalam mengukuhkan dasar air yang lebih menyeluruh dan holistik.

Ketika banjir melanda, LRA Cheras Batu 11, Langat 2 dihenti tugas, jejas 472 kawasan - Air Selangor
Berikutan peningkatan paras air sungai yang mengakibatkan banjir, dua LRA iaitu LRA Cheras Batu 11 dan LRA Langat 2 dihenti tugas manakala LRA Sungai Langat beroperasi pada pengeluaran separa.

Bekalan air terjejas kerana elektrik terputus - AKSB
Bekalan air terawat yang terjejas di beberapa jajahan di Kelantan berpunca dari bekalan elektrik yang terputus hingga menyebabkan pam air mentah terhenti pada Jumaat lepas.

Euro 2020: Ronaldo tolak tepi minuman tajaan kejohanan
Cristiano Ronaldo mengetepikan botol tersebut dan menyebut 'agua', sekali gus memberikan mesej kepada semua supaya tidak mengambil minuman yang mengandungi gula yang tinggi itu.

Lubang benam gergasi 'muncul' di Mexico
Lubang itu pada mulanya hanya berukuran lima meter namun saiznya menjadi berkali ganda hanya dalam beberapa jam.

Indeks Harga Pengguna naik 1.7 peratus pada Mac 2021
Peningkatan dalam keseluruhan IHP tersebut didorong oleh kenaikan indeks pengangkutan, makanan, pelbagai barangan dan perkhidmatan.