KUALA LUMPUR: Hasil dapatan tinjauan pendapatan, perbelanjaan isi rumah dan kemudahan asas (HIES/BA) 2022 dijangka diterbitkan pada hujung Mac 2023.
Objektif HIES adalah untuk mengkaji dan menyediakan maklumat pola pendapatan dan perbelanjaan isi rumah dan menyediakan statistik kemiskinan terutamanya kadar kemiskinan sehingga ke peringkat daerah pentadbiran.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, kerajaan akan mengemas kini pendapatan garis kemiskinan (PGK) berdasarkan dapatan HIES/BA 2022 yang sedang dilaksanakan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
"Saya telah melancarkan HIES/BA 2022 di Sepang pada awal tahun ini. Tinjauan ini dilaksanakan selama setahun mulai Januari 2022 dan melibatkan seramai 92,000 isi rumah terpilih.
"Ia akan mengambil kira pendapatan, perbelanjaan, pola permintaan dan harga barangan serta perkhidmatan termasuk kesan kenaikan kos sara hidup," katanya pada persidangan Dewan Negara hari ini.
Beliau menjawab soalan Senator Datuk Koh Nai Kwong yang ingin tahu perancangan kerajaan dalam membuat pengiraan semula nilai PGK dengan mengambil kira pendapatan, simpanan, pendidikan, kesihatan, dan dimensi lain rakyat setelah fasa peralihan ke endemik.
Mustapa berkata, Unit Penyelaras Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri juga mengumpul data kemiskinan berdasarkan sistem eKasih.
"Setakat 31 Julai 2022, kira-kira 136,923 isi rumah adalah miskin tegar dan 308,699 isi rumah dalam kategori miskin.
"ICU mengumpulkan data ini dengan kerjasama pejabat daerah dan kerajaan negeri. Data ini dimurnikan dari masa ke masa," katanya.
Sementara itu, beliau berkata nilai PGK telah meningkat kepada RM2,208 sebulan pada 2019 berbanding RM980 sebulan pada 2016.
Bagi PGK miskin tegar pula adalah sebanyak RM1,169 sebulan pada 2019 dan berdasarkan PGK tersebut, kadar kemiskinan mutlak adalah sebanyak 5.6 peratus dan miskin tegar adalah sebanyak 0.4 peratus pada 2019.
"Kesan pandemik COVID-19 telah menyebabkan kadar kemiskinan mutlak dan miskin tegar meningkat kepada 8.4 peratus dan 1.0 peratus masing-masing pada 2020," katanya.
Satu lagi konsep pengukuran kemiskinan, iaitu kemiskinan relatif yang mengukur bilangan isi rumah berpendapatan di bawah 50 peratus pendapatan penengah, iaitu sebanyak RM5,209 sebulan.
Berdasarkan konsep ini, kadar kemiskinan relatif negara adalah sebanyak 16.2 peratus pada 2020.
Di samping itu, kerajaan juga turut mengukur kemiskinan menggunakan Indeks Kemiskinan Pelbagai Dimensi (MPI) bagi mengambil kira dimensi-dimensi ketersisihan yang lain seperti pendidikan, kesihatan, taraf hidup dan pendapatan. - BERNAMA
Bernama
Tue Aug 16 2022
Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, kerajaan akan mengemas kini pendapatan garis kemiskinan (PGK) berdasarkan dapatan HIES/BA 2022 yang sedang dilaksanakan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM). - Gambar fail
Malaysia sertai fasa kedua Jambatan Udara Kemanusiaan yang diterajui Jordan ke Gaza
Kementerian Luar berkata, penyertaan Malaysia dalam inisiatif itu dipermudahkan melalui kedutaannya di Amman.
Petronas jelaskan penamatan khidmat saluran gas hanya libatkan beberapa bahagian di Sarawak
Petronas berkata, keputusan dibuat selepas kajian menyeluruh terhadap kebolehlaksanaan bahagian khusus SSGP berkenaan.
Kerajaan disaran perkenal hukuman tegas atasi fitnah dalam batas dibenarkan undang-undang
Wan Ahmad Fauzi turut mencadangkan agar pendidikan mengenai bahaya fitnah dapat diterapkan pada peringkat awal, terutamanya dalam kalangan generasi muda.
Rupee India jatuh ke paras terendah dalam sejarah berbanding dolar AS
Rupee menyentuh paras terendah apabila indeks dolar melonjak selepas Presiden Donald Trump mengenakan tarif terhadap rakan dagangan utama.
Singapura rampas lebih 970,000 produk kesihatan haram pada 2024
Antara yang dirampas ialah sirap batuk kodeina merupakan majoriti, ubat perangsang seksual, ubat penenang serta ubat preskripsi lain.
OPEC+ tambah 5.8 juta tong minyak mentah sehari tampung bekalan dari Kanada, Mexico
Tindakan Donald Trump yang akan mengenakan tarif kepada negara rakan dagangnya akan memberi kesan terhadap pengeluaran minyak dan ekonomi logistik.
Lukashenko secara rasmi diisytihar pemenang Pilihan Raya Presiden Belarus
Lukashenko pertama kali dipilih sebagai presiden Belarus pada 1994 dan kemudian dipilih semula pada 2001, 2006, 2010, 2015 dan 2020.
10 Berita Pilihan - (3 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Hezbollah umum pengebumian Hassan Nasrallah pada 23 Februari
Pengebumian rasmi pemimpin Hizbullah, Sayyed Hassan Nasrallah yang gugur syahid dalam serangan udara Israel di pinggir selatan ibu kota Beirut pada September lalu akan diadakan pada 23 Februari ini.
Tumpuan Selasa – 4 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kerajaan kemas kini pendapatan garis kemiskinan negara - Mustapa
Kerajaan akan mengemas kini pendapatan garis kemiskinan berdasarkan dapatan HIES/BA 2022 yang sedang dilaksanakan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia.