KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan berhasrat untuk mengembalikan semula 16 daripada 18 peruntukan kesalahan dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019 yang dibatalkan Mahkamah Persekutuan Februari lepas untuk diluluskan semula dalam perundangan negeri ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta Mohd Asri Mat Daud berkata perkara itu akan dibincangkan menerusi Konvensyen Pemantapan Perundangan dan Institusi Syariah pada 21 Mei ini.
"Tiga pembentangan akan diadakan dalam konvensyen itu berkait enakmen yang telah terbatal itu dan hasilnya kita akan bincangkan secara lebih teliti menerusi Jawatankuasa Khas Pertahan Enakmen Kanun Jenayah.
"Kita akan usaha untuk memikirkan cara seksyen yang terbatal itu dapat dibawa balik dalam perundangan negeri untuk diluluskan semula," katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Exco di Kompleks Kota Darulnaim di sini hari ini.
Menurutnya, jawatankuasa khas yang dipengerusikan Timbalan Menteri Besar Kelantan akan meneliti semula 16 seksyen yang terbatal itu termasuk membuat perubahan tertentu agar mempunyai justifikasi yang kuat dan tidak bercanggah dengan undang-undang Mahkamah Persekutuan.
Mohd Asri berkata kerajaan negeri mempunyai keyakinan penuh enakmen syariah itu akan dikembalikan kepada Kelantan untuk dikuatkuasakan.
"Kami yakin 100 peratus ia akan diluluskan dan dapat dilaksanakan semula kerana kita juga mempunyai pakar perundangan malah perkara ini sebulat suara dipersetujui oleh semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) termasuk dua ADUN pembangkang dalam sidang DUN lepas," katanya.
Pada 6 Mac lepas, DUN Kelantan yang bersidang meluluskan usul untuk menggubal semula 16 kesalahan dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (1) Negeri Kelantan 2019 yang diisytihar batal dan tidak sah oleh Mahkamah Persekutuan pada 9 Feb lepas.
Sebelum ini, panel sembilan hakim yang dipengerusikan Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat dalam keputusan majoriti 8-1 membuat keputusan membatalkan enakmen terbabit selepas membenarkan petisyen seorang peguam Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid dan anaknya, Tengku Yasmin Nastasha Tengku Abdul Rahman.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 08 2024

Mohd Asri (foto) berkata perkara itu akan dibincangkan menerusi Konvensyen Pemantapan Perundangan dan Institusi Syariah pada 21 Mei ini. -Foto Sinar Harian
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Operasi khalwat: Tidak wajar rakam guna kamera telefon peribadi - Peguam
Menurut Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang pegawai penguat kuasa agama hanya boleh membuat rakaman untuk tujuan siasatan atau prosedur mahkamah.

Kesalahan khalwat tidak terhad kepada dua individu sahaja - Peguam
Seseorang individu yang ditemui bersama lebih dari seorang individu yang berlainan jantina yang bukan mahram di dalam sesebuah premis terselindung tetap dianggap melakukan kesalahan khalwat.

Kelantan jangka bentang pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah tahun depan
Kerajaan Kelantan dijangka membentangkan pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019 dalam persidangan DUN 2025.

Kelantan teruskan usaha laksana Enakmen Kanun Jenayah Syariah
Kerajaan negeri pandang serius kes 16 seksyen Enakmen Kanun Jenayah Syariah yang dibatalkan, terutama dalam mendepani cabaran semasa.

Kerajaan Kelantan mahu kembalikan semula Enakmen Kanun Jenayah Syariah
Perkara itu akan dibincangkan menerusi Konvensyen Pemantapan Perundangan dan Institusi Syariah pada 21 Mei ini.

Kelantan perlu lebih teliti gubal semula kesalahan syariah diisytihar tidak sah
ADUN Galas itu berkata, perkara tersebut perlu diberi perhatian, agar enakmen berkenaan tidak boleh dicabar oleh mana-mana pihak, pada masa yang akan datang.

DUN Kelantan lulus usul gubal semula kesalahan syariah diisytihar batal, tidak sah
Usul itu, yang dicadangkan Ahli DUN (ADUN) Melor Wan Rohimi Wan Daud (Pas), disokong oleh semua ADUN termasuk dua daripada blok pembangkang.

Kerajaan sambut baik titah Sultan Selangor, minta rakyat hormati keputusan Mahkamah Persekutuan - PM
Ia selari dengan titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang mengingatkan semua pihak agar menghormati keputusan Mahkamah Persekutuan.

Kes Nik Elin: IKIM gerakkan inisiatif beri pencerahan perundangan
Antaranya persidangan meja bulat atau muzakarah pakar bagi menyampaikan maklumat perundangan betul melalui program radio, penulisan serta hebahan media.

PN sokong penuh usaha pinda Perlembagaan angkat bidang kuasa Mahkamah Syariah - Tuan Ibrahim
Usaha untuk memperjuangkan kedudukan hukum syarak tidak seharusnya menimbulkan perpecahan atau dipolitikkan.