KUALA LUMPUR: Keputusan Mahkamah Persekutuan mengisytiharkan 16 kesalahan syariah dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019 terbatal dan tidak sah membuka jalan memartabatkan perundangan Syariah agar ditempatkan pada kedudukan yang sebenar.
Pindaan Perlembagaan harus dilakukan segera untuk mencegah mana-mana pihak mempertikaikan bidang kuasa perundangan negeri dan Raja-Raja Melayu sebagai ketua agama dalam melaksanakan tugas mereka sebagai pelindung agama Islam di negeri-negeri.
Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man memberi jaminan Perikatan Nasional akan menyokong penuh segala usaha meminda Perlembagaan untuk mengangkat bidang kuasa mahkamah syariah.
"Jika sebelum ini Pas hanya memiliki 18 orang anggota Parlimen dan kerajaan waktu itu tidak mempunyai majoriti dua pertiga seperti sekarang, maka sekarang adalah waktu yang terbaik bagi kerajaan untuk membawa perubahan Perlembagaan agar kedudukan Mahkamah Syariah ditempatkan pada posisi yang sebenarnya," katanya dalam satu kenyataan, pada Sabtu.
Tuan Ibrahim berkata, penegasan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat, bahawa keputusan ini tidak berkaitan dengan doktrin Islam tetapi lebih kepada interpretasi undang-undang dan merupakan suatu yang perlu direnungi bersama dalam konteks penghormatan terhadap kedudukan syariah dalam perlembagaan negara.
"Asas utama penghakiman adalah kerana kesalahan tersebut telah ada dalam Mahkamah Persekutuan. Oleh itu, Mahkamah Syariah tidak sepatutnya membicarakan kes yang sama.
"Pertanyaannya, siapakah yang terlebih dahulu menggubal enakmen bagi kesalahan yang telah dibatalkan itu? Kita mengetahui bahawa undang-undang Islam telah digubal jauh lebih awal sebelum kedatangan Barat ke Tanah Melayu, bahkan sebelum wujudnya Perlembagaan Persekutuan.
"Kaedah perbicaraan dan syarat menjadi hakim dalam mahkamah syariah jelas berbeza daripada syarat dalam mahkamah sivil selain syarat menjadi saksi serta kaedah perundangan Islam memiliki sistemnya yang tersendiri.
"Maka, menyatakan bahawa mahkamah sivil juga sama dalam membicarakan kes-kes takzir adalah tidak tepat, kerana syarat saksi dan hakim tidak memenuhi syarat dalam sistem perundangan Islam," jelasnya.
Tuan Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian itu menambah, peristiwa itu mendedahkan kesan dramatis yang ditinggalkan penjajah, yang secara tidak langsung telah mengubah landskap perundangan negara di mana meskipun pelbagai usaha telah dilakukan sehingga terbentuknya sistem mahkamah syariah, namun ia tetap masih jauh dari mencapai kesempurnaan hukum Islam secara menyeluruh.
Beliau berkata, pertindihan kesalahan antara mahkamah syariah dan mahkamah sivil seharusnya telah selesai sejak adanya peraturan yang membahagikan bidang kuasa antara negeri dan Persekutuan.
Selain itu, menurut beliau, sesuatu Rang Undang-Undang (RUU) yang dibahas dalam Dewan Negeri telah melalui penapisan dan penelitian dari Penasihat Undang-Undang Negeri, yang merupakan wakil dari Pejabat Peguam Negara.
"Beliau tentunya telah meneliti secara mendalam sebelum RUU tersebut digubal untuk dibawa ke Dewan Undangan Negeri (DUN) dan setelah diluluskan, RUU tersebut sekali lagi dipersembahkan kepada Raja-Raja Melayu di setiap negeri sebagai pemimpin agama Islam negeri-negeri.
"Dengan pembatalan ini, banyak pihak yang seharusnya bertanggung jawab dalam hal ini dan yang jelas, bidang kuasa Mahkamah Syariah semakin terhakis dan peranannya dalam melaksanakan perintah Allah menjadi semakin mencabar.
"Keputusan ini menunjukkan bahawa hukum syarak, yang sepatutnya menjadi panduan mutlak dalam pelaksanaan ajaran Allah, kini terasa semakin terpinggir di bawah bayang-bayang undang-undang ciptaan manusia yang bersifat sekular," katanya.
Tuan Ibrahim berkata, isu ini seharusnya tidak menjadi bahan politik oleh mana-mana pihak, khususnya di kalangan umat Islam, kerana keharusan untuk melaksanakannya merupakan perintah Allah yang jelas kepada seluruh umat Islam.
Beliau turut menegaskan, usaha untuk memperjuangkan kedudukan hukum syarak tidak seharusnya menimbulkan perpecahan atau dipolitikkan.
"Sebaliknya, ini adalah saat bagi umat Islam dan pihak berwajib untuk bersatu, mencari solusi yang memperkuat peranan syariah.
"Kita harus mengambil pelajaran dari kejadian ini sebagai momentum bergerak ke depan tanpa putus asa sehingga perundangan Syariah dapat terus menjadi cahaya petunjuk dalam kehidupan beragama dan bermasyarakat, sejalan dengan prinsip keadilan dan kebenaran yang diajarkan oleh Islam," katanya.
Pada Jumaat, Mahkamah Persekutuan mengisytiharkan 16 kesalahan syariah dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019, adalah terbatal dan tidak sah.
Dalam keputusan penghakiman 8-1, panel hakim yang dipengerusikan Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat membuat keputusan itu selepas membenarkan petisyen dikemukakan seorang peguam, Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid dan anaknya, Tengku Yasmin Nastasha Tengku Abdul Rahman.
Tengku Maimun dalam penghakiman panel berkata, mahkamah membenarkan petisyen itu kerana DUN membuat undang-undang yang ia tidak mempunyai kuasa untuk membuatnya.
Afiezy Azaman
Sat Feb 10 2024
Tuan Ibrahim memberi jaminan Perikatan Nasional akan menyokong penuh segala usaha meminda Perlembagaan untuk mengangkat bidang kuasa mahkamah syariah. - Foto fail/BERNAMA
COP29 setuju perjanjian AS$1.3 trilion untuk negara miskin atasi perubahan iklim
Dana itu bertujuan membantu negara membangun meningkatkan perlindungan iklim dan menyesuaikan diri dengan kesan buruk pemanasan global, seperti kemarau, ribut dan banjir yang semakin kerap.
13 terbunuh, 18 cedera akibat tanah runtuh, banjir kilat di wilayah Sumatera Utara
Di Deli Serdang, enam orang terbunuh dan sembilan lagi cedera selepas arus deras menghanyutkan empat rumah dan sebuah bangunan keagamaan.
Tiga maut terkena tembakan polis ketika pegawai buat "tinjauan" di masjid bersejarah di India
Polis berkata "tinjauan" dilakukan atas perintah mahkamah selepas seorang peguam mendakwa masjid itu dibina di atas tapak peninggalan Hindu.
Badan Peguam Malaysia buka pusat mediasi di Bar Auditorium, Tanjong Mas
Mohamad Ezri berkata Pusat Mediasi Kelantan akan mengendalikan sesi mediasi dengan pilihan kaedah penyelesaian pertikaian sedia ada.
Hyundai panggil balik 42,000 kereta di AS kerana risiko pergerakan spontan - Laporan
Pergerakan spontan berlaku disebabkan masalah pendawaian, menurut laporan itu.
Kerajaan Australia batal cadangan undang-undang kawal maklumat salah
Kerajaan Australia secara rasmi menolak cadangan undang-undang yang akan mewajibkan syarikat media sosial untuk mengawal maklumat salah dan palsu di platform mereka.
Lebih 1,000 doktor, jururawat terbunuh dalam serangan Israel di Gaza
Tentera Israel didakwa menyasarkan hospital sebagai sebahagian rancangan terancang untuk meruntuhkan sistem penjagaan kesihatan di Gaza.
Penambahbaikan birokrasi kurangkan kos projek pembangunan
Penambahbaikan birokrasi melalui Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB) mampu mengurangkan kos dalam pelaksanaan sesuatu projek pembangunan.
Tumpuan Isnin – 25 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (24 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Isu siapa calon PM PN tidak perlu dipolemik - Tuan Ibrahim
Isu siapa bakal mengetuai Perikatan Nasional (PN) dan calon Perdana Menteri tidak perlu dijadikan polemik.
GISB: Tidak boleh semberono ambil tindakan - Zulkifli
Senator Zulkifli Hasan berkata, kes terbabit melibatkan banyak pihak dan perlu mengikut garis panduan ditetapkan setiap pihak berkuasa.
Tunggu PN ambil alih untuk lihat bajet kami - Tuan Ibrahim
Beliau berkata, pihak yang ingin melihat bajet alternatif perlu menunggu sehingga Perikatan Nasional mengambil alih kerajaan.
Pas kesal, dukacita dengan kenyataan Saifuddin Nasution
Tuan Ibrahim berkata, sepanjang Muktamar Pas berlangsung, tiada satu nama disebut dan diserang oleh Presiden Tan Sri Abdul Hadi Awang dalam ucapan beliau.
PRN17 Sabah: Pas beri autonomi pada pimpinan parti tempatan
Tuan Ibrahim berkata, ia berikutan landskap politik yang berbeza berbanding di Semenanjung Malaysia.
Pas mahu tawan Pahang, beri fokus sokongan bukan Islam
Keputusan pucuk pimpinan memilih Pahang adalah isyarat serius Pas mahu mengiringi pentadbiran Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis.
Isu rakyat Palestin dijangka jadi inti pati utama Muktamar Pas ke-70
Nasib umat Islam di Palestin antara isu utama yang dijangka dibawa dalam Muktamar Pas ke-70 yang akan berlangsung di Kompleks Al-Makmur, Kerdau, Temerloh pada 11 hingga 15 Sept ini.
Pas gesa pemantau SPR turunkan papan iklan PH di Sungai Bakap - Tuan Ibrahim
Tuan Ibrahim berkata, papan iklan yang dibentangkan PH didakwa menunjukkan maksud ayat dalam bahasa Cina tidak sama dengan bahasa Melayu.
PRK Sungai Bakap: Calon PN diumum 16 Jun ini - Tuan Ibrahim
Calon mewakili Perikatan Nasional pada Pilihan Raya Kecil Sungai Bakap akan diumumkan pada 16 Jun ini.
PN belum bincang Muhyiddin calon PM - Pas
Isu melibatkan perbincangan calon Perdana Menteri pada PRU16 selain mengekalkan Pengerusi PN itu masih belum dibangkitkan setakat ini.