Kerajaaan negeri Kedah di bawah kepimpinan Menteri Besar Muhammad Sanusi Md Nor tidak pernah mengeluarkan sebarang lesen pembalakan termasuk di kawasan hutan berhampiran Empangan Ahning, Padang Terap.
Pejabat Menteri Besar Kedah dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan mengikut rekod Jabatan Perhutanan negeri, pembalakan di kawasan itu telah diberikan lesen membalak pada tahun lepas untuk tempoh berkuat kuasa antara 25 Feb hingga 25 Ogos lalu iaitu lesen yang disambung semula disebabkan kerja pengubahsuaian belum selesai.
"Jabatan Perhutanan mengeluarkan lesen membalak untuk dikeluarkan semua hasil sebelum tanah itu diluluskan hak milik kepada syarikat Tradewinds (keputusan untuk memberi hak milik tanah kepada syarikat berkenaan dicapai dalam mesyuarat Jawatankuasa Tanah dan Hasil Bumi pada 1 Ogos 2017)," menurut kenyataan itu.
Kenyataan berkenaan dikeluarkan susulan hantaran mengenai dua imej satelit yang memaparkan keadaan hutan yang didakwa berhampiran empangan tersebut oleh seorang individu menerusi Facebook, semalam.
Menurut Pejabat Menteri Besar Kedah, terdapat usaha untuk memberi persepsi buruk terhadap kerajaan Kedah pimpinan Muhammad Sanusi menerusi hantaran yang dibuat individu menggunakan nama 'Sabrina Syed' itu.
"Dua imej satelit hutan berhampiran Empangan Ahning tersebar menerusi pelbagai platform internet, seolah-olah kerajaan negeri hari ini yang membenarkan pembalakan di kawasan berkenaan pada Julai dan Ogos lalu," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 22 2020
Mengikut rekod Jabatan Perhutanan negeri, pembalakan di kawasan itu telah diberikan lesen membalak pada tahun lepas. -Gambar hiasan
SDG: UTP lahir pelajar berkemahiran, tinggi tanggungjawab sosial
UTP berhasrat mendidik pelajar bukan sahaja untuk mahir dalam aspek teknikal tetapi juga untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab.
MAA semak semula unjuran jualan kenderaan 2024 kepada 765,000 unit
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah menyemak semula unjuran jualan kenderaan bermotor baharu bagi 2024 kepada 765,000 unit daripada anggaran sebelumnya sebanyak 740,000 unit.
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya.
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Helikopter bawa Presiden Ebrahim Raisi dilaporkan terhempas
Sebuah helikopter yang membawa Presiden Iran, Ebrahim Raisi dilaporkan terhempas di barat laut Iran pada Ahad.
Tiga empangan di Johor hampiri paras kritikal
Paras air di Empangan Bekok, Machap dan Sembrong hanya mampu bertahan selama 55 hari sekiranya tiada hujan hingga 30 April ini.
Empangan di Pulau Sebatik mula beroperasi pada kadar minimum - Shahelmey
Ini adalah susulan daripada operasi pembenihan awan yang dijalankan di Sabah pada Khamis lepas.
Penduduk tak perlu bimbang, bekalan air mencukupi - Chow
Walaupun paras air di Empangan Air Itam merosot namun penduduk tidak perlu bimbang kerana terdapat dua lagi empangan utama.
El Nino: Paras air tiga empangan MADA selesa dan mencukupi
Sehingga hari ini, jumlah keseluruhan takungan ketiga-tiga empangan MADA ialah 887,920 ekar kaki bersamaan 72.6 peratus.
Paras air di tujuh empangan Selangor stabil - Exco
Paras air tujuh empangan di Selangor masih berada pada paras stabil, kata Exco Infrastruktur dan Pertanian Selangor Izham Hashim.
Pelepasan air empangan Selangor secara berperingkat, elak limpahan semasa MTL
Kerajaan Selangor mengambil langkah mengurangkan kapasiti simpanan air empangan melalui pelepasan air berkenaan secara berperingkat sebagai persediaan menghadapi musim Monsun Timur Laut (MTL).
Lapan empangan alami kerosakan perlu pembaikan - NRECC
Kos pembaikan dan penyenggaraan bagi lapan empangan yang mengalami kerosakan dianggar mencecah RM135.82 juta.
Angka kematian akibat banjir di Libya meningkat ke lebih 5,300
Banjir besar yang bergerak seperti tsunami melanda Derna pada Ahad selepas sebuah empangan pecah akibat Taufan Daniel.
Paras air Empangan Bukit Merah meningkat
Ini adalah kesan daripada taburan hujan di dalam kawasan tadahan yang menyebabkan peningkatan pada paras empangan tersebut.