Kerajaan akan mengkaji usaha untuk menerapkan aspek kelestarian dalam pemulihan ekonomi pasca COVID-19 bagi mentakrifkan semula hubungan sosio-ekonomi manusia dan alam sekitar, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
Beliau berkata perkara itu akan dikaji dari segi perundangan, dasar, pendidikan dan program kesedaran bagi memastikan pembangunan yang seimbang serta kesejahteraan rakyat sentiasa terjaga.
"Ramai yang menganggap amalan lestari sebagai satu kos yang boleh dielakkan tanpa menyedari bahawa amalan tersebut boleh mengurangkan kos yang jauh lebih tinggi disebabkan faktor-faktor luaran.
"Buat masa ini, pengukuran pencapaian sesebuah perniagaan tidak mengambil kira impak atau kos kepada alam sekitar dan masyarakat secara holistik. Kesedaran (mengenai) perkara ini masih rendah dan perlu ditingkatkan," katanya.
Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan selepas menghadiri Jelajah Konsultasi Belanjawan 2021 Kementerian Kewangan Perak di sini pada Sabtu.
Tengku Zafrul berkata perniagaan lestari harus dirancang secara strategik dan dilaksanakan bagi mewujudkan nilai kepada semua pihak berkepentingan bermula daripada pelanggan kepada pembekal di peringkat kepenggunaan hingga kepada pelabur tempatan serta antarabangsa.
Beliau menegaskan, kerajaan komited memastikan aspek kelestarian diberi penekanan dalam Belanjawan 2021 selain mahu sasaran Hala Tuju Kelestarian Alam Sekitar Malaysia 2030 (Malaysia Lestari 2030) tercapai sekali gus memenuhi beberapa Matlamat Pembangunan Lestari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
"Kita mesti memahami dan memartabatkan hubungan di antara kelangsungan hidup manusia dan ekonomi dengan kelestarian alam sekitar. Ancaman seperti banjir, tanah runtuh, wabak penyakit dan sebagainya boleh berlaku jika kita tidak prihatin.
" ... dan kerajaan perlu berbelanja lebih bagi memulihkan keadaan dan melindungi nyawa. Oleh itu, usaha pencegahan lazimnya lebih mudah dan efektif dari segi kos daripada pemulihan," katanya.
Mengenai program pada Sabtu, Tengku Zafrul berkata pihaknya mengadakan sesi dialog dengan wakil-wakil industri sawit di Ipoh dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan alam sekitar di Hutan Simpan Bakau Matang di Kuala Sepetang, Taiping merangkumi keperluan dasar dinamik, sokongan sumber dan kerjasama yang boleh dijalin bagi meningkatkan agenda kelestarian dalam Belanjawan 2021.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata rakyat Perak telah menerima manfaat bernilai hampir RM1.69 bilion daripada Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) dan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) manakala perniagaan di negeri itu mendapat manfaat bernilai RM1.31 bilion.
Katanya, dari segi memperkukuhkan ekonomi, kerajaan pusat telah menyalurkan bantuan bernilai RM7.36 juta melalui projek-projek kecil.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 12 2020

Tengku Zafrul berkata rakyat Perak telah menerima manfaat bernilai hampir RM1.69 bilion daripada PRIHATIN dan PENJANA. - Gambar fail

Sentimen berhati-hati dorong ringgit dibuka hampir mendatar berbanding dolar AS
Pada 8 pagi, ringgit rendah kepada 4.4310/4440 berbanding dolar AS daripada 4.4310/4375 pada Khamis.

Tujuh premis termasuk kedai runcit, inap desa musnah dalam kebakaran di Kundasang
Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kebakaran serta jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Mangsa banjir di Beaufort tinggal 407 orang
Hanya empat PPS masih beroperasi iaitu Dewan PSP Dun Banir, Dewan Bisaya, Dewan Residensi Prima dan Dewan Kukut yang dibuka sejak 8 Mac.

Kanada fail aduan di WTO terhadap tarif keluli dan aluminium AS
Kanada telah minta rundingan penyelesaian pertikaian dengan AS berhubung pelaksanaan duti import ke atas produk keluli dan aluminium tertentu.

Kad Visa Touch ‘n Go eWallet guna pengesahan TapSecure bermula 17 Mac
Transaksi menggunakan kad visa boleh disahkan dengan hanya menekan satu butang sahaja dalam aplikasi Touch n Go eWallet pada peranti pintar.
AWANI Pagi: Pembudayaan "Zero Hunger" di kampus universiti
Diskusi 8:30 pagi Jumaat bersama Hasanul Basri Abdullah, Dekan, Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM); Hanifah Eydel-Romero Pensyarah, Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)dan Nuranita Dewi Abdullah, Pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) membincangkan mengenai projek "Zero Hunger" yang semakin diterima dan menjadi budaya di dalam kehidupan kampus warga Center of Foundation Studies, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, UIAM.
![[KOLUMNIS] Ahli politik harus bebas dari rasuah [KOLUMNIS] Ahli politik harus bebas dari rasuah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-02/71550535175_slippingcashbribe.jpg)
[KOLUMNIS] Ahli politik harus bebas dari rasuah
Perbelanjaan politik sama ada secara terangan atau berselindung adalah sesuatu yang tidak dinafikan di dalam perjalanan politik terutama di dalam pilihan raya.
Prestasi S&P 500: Sehingga 13 Mac 2025
MarketWatch menyediakan tinjauan menyeluruh mengenai Indeks S&P 500, merangkumi berita terkini pasaran saham, data dagangan, dan analisis pergerakan pasaran. Saham dalam Indeks Standard & Poor’s 500 dikategorikan mengikut sektor dan industri, memudahkan pemahaman corak prestasi pasaran. Saiz setiap saham mencerminkan permodalan pasaran, menunjukkan kekuatan dan kedudukan syarikat-syarikat utama dalam pasaran.
"Pasaran Saham AS Menjunam: S&P 500 dalam Pembetulan Selepas Data Inflasi"
"Pasaran saham AS berakhir dengan penurunan mendadak pada hari Khamis, dengan S&P 500 mengesahkan ia berada dalam pembetulan selepas data inflasi yang sejuk dibayangi oleh kebimbangan bahawa perang tarif yang semakin memuncak oleh Amerika Syarikat terhadap rakan dagang terbesarnya boleh mencetuskan semula inflasi dan membawa ekonomi ke dalam kemelesetan. Saksikan analisis penuh tentang kejatuhan ini dan impaknya terhadap ekonomi global."
[Data & Statistik] Prestasi Bursa Malaysia setakat 14 Mac 2025
Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata indeks serantau utama kebanyakannya lebih rendah apabila pelabur berhadapan situasi yang tidak menentu berpunca daripada ekonomi yang berpotensi untuk menguncup. Jadi bagaimana prestasi dagangan FBM KLCI setakat pagi Khamis? Ikuti perkembangan lanjut di Niaga AWANI.

Pelan Tindakan Pembakaran Terbuka Kebangsaan diaktifkan, pantau aktiviti pembakaran terbuka
Pelan itu diaktifkan pada 21 Feb lepas bagi membolehkan kementerian, jabatan, agensi yang berkaitan dan kerajaan negeri ambil tindakan berjaga-jaga.

Trump 'isytihar perang' terhadap straw kertas
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump "mengisytiharkan perang" terhadap straw kertas dan mahu mengembalikan penggunaan plastik, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Sabah perkasa industri pelancongan melalui pemeliharaan warisan budaya, alam sekitar
Kerajaan Sabah akan mempergiatkan usaha menambah baik pemeliharaan warisan budaya dan pengurusan alam sekitar bagi memacu dan memperkasakan industri pelancongan di negeri ini.

Malaysia akan suaikan diri kepada perubahan global - Nik Nazmi
Keutamaan Malaysia adalah untuk memupuk kerjasama multinasional khususnya dalam berkaitan iklim dan kemampanan alam sekitar.

Cadangan hentikan penggunaan asbestos sepenuhnya sedang diperhalus - Nik Nazmi
Ketika ini Jabatan Alam Sekitar sedang menerbitkan kajian berhubung penggunaan asbestos dan kesannya kepada alam sekitar dan kesihatan.

Masa terbaik bakat mahir teknologi pulang ke Malaysia - Chang
Peluang hasil peralihan negara ke arah industri yang bernilai lebih tinggi menjadikan kini masa terbaik untuk bakat teknologi pulang.

Sarawak tidak anggap lombong REE sebagai industri utama negeri
Industri perlombongan REE boleh beri kesan negatif kepada alam sekitar, sekali gus bertentangan dengan matlamat kerajaan negeri.

190 spesies burung direkodkan di Taiping sejak 2017
Lebih 90 peratus yang direkodkan terdiri dalam kalangan burung tempatan manakala bakinya adalah daripada spesies burung migrasi.

Peranan minyak sawit seperti wira, kata ahli akademik AS
Kemajuan yang beterusan dalam amalan kemampanan membolehkan minyak sawit memberi sumbangan bermakna kepada matlamat kesihatan global.

Tomyan Kung Thailand tersenarai dalam Warisan Budaya Tidak Ketara UNESCO
Hidangan terkenal Thailand, Tomyam Kung kini tersenarai dalam Senarai Perwakilan Warisan Budaya Tidak Ketara Kemanusiaan oleh UNESCO.