KUALA LUMPUR: Kerajaan kekal komited meneruskan pencen pesara walaupun berdepan tanggungan perbelanjaan mengurus (OE) yang semakin meningkat.
Malah, Timbalan Menteri Kewangan I Datuk Seri Ahmad Maslan berkata penambahbaikan sedang diusahakan menerusi kajian menyeluruh melibatkan gaji penjawat awam dan skim pencen.
Menurut Ahmad dianggarkan 32,000 pesara baharu direkodkan setiap tahun dan kerajaan membelanjakan RM31 bilion bagi membayar pencen lebih 900,000 pesara.
Daripada jumlah itu, 768,947 pesara termasuk penerima pencen terbitan di bawah Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP).
"Sehingga Julai, dana kasar KWAP yang belum diaudit mencecah RM184.5 bilion. Lebih kurang 80 peratus dana dilaburkan di dalam negara, dan 20 peratus adalah pelaburan antarabangsa," katanya kepada pemberita di Forum Pencarum KWAP 2023.
KWAP, yang merupakan pengurus dana ketiga terbesar selepas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan Permodalan Nasional Bhd, menyumbang dividen sebanyak RM3 bilion kepada kerajaan.
Justeru, Ahmad mahu KWAP mengoptimumkan pelaburan.
Menurutnya, masing-masing 40 peratus dana KWAP dilaburkan di dalam sekuriti pendapatan tetap dan ekuiti persendirian, manakala selebihnya di dalam sektor hartanah dan ekuiti awam.
KWAP menyasarkan dana kasar mencecah RM200 bilion pada 2025 dengan pelaburan pulangan sebanyak tujuh peratus.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 05 2023

Menurut Ahmad dianggarkan 32,000 pesara baharu direkodkan setiap tahun dan kerajaan membelanjakan RM31 bilion bagi membayar pencen lebih 900,000 pesara. - Gambar fail/Bernama
Peniaga bazar Ramadan diminta tidak jual makanan basi
Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Dr. Mohamed Fadzli Hassan, mengingatkan peniaga bazar Ramadan agar menjaga kebersihan dan tidak menjual makanan rosak.
Beliau juga menekankan pentingnya harga yang munasabah dan keaslian resipi.
Beliau juga menekankan pentingnya harga yang munasabah dan keaslian resipi.
KKM hampir muktamad semakan caj konsultasi GP
KKM kini di peringkat akhir perbincangan dengan DOSM bagi menyemak caj konsultasi doktor swasta, dengan keputusan dijangka diumum dalam masa terdekat selepas mendapat sokongan NACCOL dan kerajaan.
Warga emas hilang ketika keluar ke pusat fisioterapi ditemukan maut
lelaki warga emas yang dilaporkan hilang pada Selasa ditemui meninggal dunia di sebuah hotel di Ipoh.
Penemuan ini berlaku selepas beliau tidak pulang dari pusat fisioterapi.
Kes ini sedang disiasat sebagai mati mengejut tanpa sebarang unsur jenayah.
Penemuan ini berlaku selepas beliau tidak pulang dari pusat fisioterapi.
Kes ini sedang disiasat sebagai mati mengejut tanpa sebarang unsur jenayah.
Pemandu maut kemalangan dua kereta di Setiu
Kemalangan tragis di Kilometer 48 Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu melibatkan dua kereta Proton Wira menyebabkan seorang pemandu maut di tempat kejadian, manakala dua lagi cedera.

Sukarelawan APM Kuala Muda maut kemalangan kereta dan lori
Muhammad Faiz Rozaini, 31 tahun, beralamat di Taman Cempaka Indah, Bukit Selambau, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.
Ismail Sabri sambung beri keterangan hari ini
Bekas Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob, akan hadir ke SPRM hari ini bagi menyambung keterangan dalam siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram, sambil menegaskan komitmennya untuk terus memberi kerjasama penuh.
489 laporan diterima babit 637 rakyat Malaysia jadi mangsa pemerdagangan orang
Sebanyak 489 laporan mengenai 637 warganegara Malaysia yang menjadi mangsa sindiket penipuan tawaran pekerjaan telah diterima.
Sehingga kini, 504 mangsa telah berjaya diselamatkan dan 133 masih terkandas di luar negara.
Sehingga kini, 504 mangsa telah berjaya diselamatkan dan 133 masih terkandas di luar negara.

Indonesia rancang bina penjara di pulau terpencil tempatkan pegawai rasuah
"Kita akan cari sebuah pulau, kalau mereka cuba melarikan diri, mereka akan berdepan dengan jerung," kata Presiden Prabowo.

Muhd Idzwan Syafiq ubah corak pemakanan, lawan penyakit buah pinggang
Muhd Idzwan pernah dianggap tidak mempunyai harapan untuk pulih selepas berdepan kegagalan buah pinggang akibat corak pemakanan tidak sihat.

Presiden Syria tandatangani deklarasi Perlembagaan, lancar rangka kerja peralihan lima tahun
Deklarasi itu mengarahkan pembubaran Mahkamah Perlembagaan sedia ada, yang dilabel sebagai "sisa rejim terdahulu".

Kerajaan jamin pencen pesara diteruskan, rancang penambahbaikan - Ahmad Maslan
Kerajaan kekal komited meneruskan pencen pesara walaupun berdepan tanggungan perbelanjaan mengurus (OE) semakin meningkat.