BERA: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini memberi jaminan, segala pemberian bantuan kepada mangsa banjir tidak akan terlalu lewat.
Beliau mengakui, kelewatan bantuan terjadi sebelum ini disebabkan proses pengesahan bagi melayakkan mereka menerima bantuan berkenaan.
Ia khususnya yang melibatkan pembelian barangan elektik berjumlah RM500 dan bantuan RM2,500 untuk menggantikan barangan rosak.
Menurutnya, setiap pembayaran wang kerajaan perlu diaudit dan ia juga melibatkan jumlah penerima bantuan yang ramai.
Bagaimanapun, katanya, pembayaran kali ini tidak akan lebih lewat dari pembayaran serupa sebelum ini yang memakan masa antara enam bulan dan setahun.
"Ada yang lewat kerana mereka perlu mendapatkan pengesahan daripada 'tok ampat' (ketua kampung) atau pihak terlibat.
"Ini memandangkan, ada yang terkesan banjir dan rumah mereka berada di tingkat lima atau 10, menyebabkan barangan elektrik tidak rosak, atau mungkin rumah dinaiki air sehingga paras buku lali sahaja.
"Kalau boleh, saya hendak beri semua bantuan ini, tetapi ia melibatkan wang kerajaan yang ada audit dan sebagainya, menyebabkan ada butiran yang diperlukan," katanya.
Ismail Sabri yang juga Ahli Parlimen Bera berkata demikian ketika berucap pada Program Santunan Kasih Mangsa Banjir di perkarangan Masjid Kampung Guai di sini hari ini.
Pada program itu, beliau menyampaikan bantuan keperluan rumah sumbangan Pejabat Parlimen Bera dan Kementerian Pembangunan Luar Bandar kepada 80 wakil mangsa banjir dari Kampung Guai, Kampung Charuk Puting dan Kampung Batu Bor, semuanya dalam daerah Bera.
Ismail Sabri juga memaklumkan akan memanggil mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Bencana Pusat dalam masa dua minggu ini untuk melihat secara menyeluruh bagaimana isu banjir dapat diselesaikan.
Beliau berkata, kerajaan komited membantu mangsa banjir secepat mungkin bagi meringankan beban kewangan mereka, termasuk berusaha menyegerakan pemberian Bantuan Wang Ihsan sebanyak RM1,000 daripada Kerajaan Persekutuan.
Beliau seterusnya mengucapkan terima kasih kepada semua pihak berkuasa dan penduduk Bera yang pantas bertindak sejak awal bencana banjir bermula, membolehkan tiada kejadian lebih buruk berlaku, selain penyelarasan bantuan berjalan lancar.
"Kita sudah sokmo-sokmo (selalu) dilanda banjir menyebabkan kita semua sedia. Pusat pemindahan sementara sudah dikenal pasti sejak awal dan pengurusan bencana sudah sedia dari bulan November.
"Ketua kampung juga terlatih dan mereka yang tinggal di tepi sungai sudah sedia dengan bot.
"Saya mohon maaf kerana banjir kali ini saya tidak dapat ke sini. Setiap tahun apabila banjir, saya pasti sampai dengan menaiki bot, tetapi banjir besar kali ini berlaku di banyak negeri dan saya perlu ke sana," katanya.
Mohd Zalani Md Atan
Sun Jan 23 2022
Ismail Sabri menyantuni sebahagian penduduk Kampung Guai pada Program Santunan Mangsa Banjir anjuran Jabatan Kemajuan Masyarakat di Kampung Guai, Bera, hari ini. --fotoBERNAMA
Komuniti antarabangsa kutuk rejim tentera Myanmar pada ulang tahun rampasan kuasa
Rejim tentera didesak supaya meredakan konflik, memastikan akses kemanusiaan tanpa halangan serta mengutamakan perlindungan orang awam.
50 pesakit dari Gaza masuk Mesir melalui pintu sempadan Rafah untuk rawatan
Mereka merupakan kumpulan pertama pesakit Gaza yang memasuki Mesir melalui pintu masuk itu bagi mendapatkan rawatan perubatan sejak Mei tahun lepas.
1.5 juta penganut Hindu dijangka banjiri P. Pinang sempena Thaipusam
Semua pihak terutama kuil dan jawatankuasa yang terlibat sempena perayaan itu sedang melakukan persiapan rapi.
Pembelian 30 pesawat pejuang dari Kuwait dimuktamad tahun ini - Adly
Perkara itu dimuktamad selepas semua dokumentasi antara Kuwait Air Force (KAF) dan Amerika Syarikat diselesaikan dalam masa terdekat.
India umum langkah belanjawan pacu pertumbuhan ekonomi, tingkat perbelanjaan ketenteraan
Ekonomi India dijangka berkembang pada kadar 6.4 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2026.
Pulau Pinang terus jadi tumpuan pelancong pada musim cuti
Kedai-kedai nasi kandar di Jalan Gurdwara dan Jalan Datuk Keramat serta cendol dan air sarbat di Jalan Penang di sini menjadi tumpuan pelancong.
Muzium Nasional Hangeul di Seoul terbakar, seorang anggota bomba cedera
Ketika kejadian, muzium berkenaan ditutup kepada orang ramai bagi kerja-kerja pembesaran.
Industri seks bukan produk pelancongan direstui kerajaan Thailand
Sebaliknya, kerajaan negara gajah putih itu lebih berminat menawarkan produk pelancongan berkaitan sejarah, budaya, warisan serta tempat-tempat menarik kepada pelancong asing.
Gencatan senjata: 32 rakyat Palestin dari Tebing Barat dibebaskan
Ramai daripada tahanan yang dibebaskan dilihat berada dalam keadaan kesihatan yang lemah, dengan ada yang hampir tidak dapat berjalan.
Pelaksanaan gaji RM1,700 perlu dipantau secara holistik
Presiden Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia, Datuk Mohamed Shafie BP Mammal, ini kerana masih wujud aduan daripada pekerja berhubung pemotongan elaun oleh syarikat selepas pengumuman kerajaan mengenai gaji minimum.
Bank perluas bantuan kepada pelanggan terjejas banjir di Sabah dan Sarawak
Terdapat bank-bank yang menangguhkan ansuran bulanan untuk pinjaman dan pembiayaan sehingga enam bulan untuk kemudahan seperti kad kredit.
Bantuan RM25 juta amat diperlukan - Hajiji
Bantuan RM25 juta diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim amat diperlukan bagi membantu membaiki infrastruktur yang rosak dan musnah susulan banjir di Sabah.
Bantuan banjir perlu menerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana - Nancy
Perkara itu penting untuk memastikan kelancaran agensi pengurusan bencana dalam menyalurkan bantuan yang diperlukan.
Bantuan kepada veteran permotoran ikut kemampuan MAM - Mokhzani
Keputusan mengenai bantuan itu bukan diputuskan seorang diri, tetapi perlu melalui beberapa proses termasuk perbincangan bersama barisan komuniti.
Penyaluran Sumbangan Asas Rahmah tertinggi RM13 bilion mula diagih esok - MOF
Kadar bantuan ditingkatkan dengan isi rumah miskin dan miskin tegar bakal menerima sejumlah RM2,100 bagi 2025 berbanding RM1,200 pada 2024.
Rakyat Malaysia ditahan di Arab Saudi: Kementerian Luar beri bantuan
Kementerian Luar hari ini mengesahkan penahanan seorang rakyat Malaysia di Arab Saudi.
AS salur RM442,817 bantuan untuk mangsa banjir di Malaysia
Kerajaan Amerika Syarikat melalui USAID menyalurkan sumbangan berjumlah RM442,817 bagi menyokong usaha bantuan kepada mangsa banjir di Malaysia.
Sabah peruntuk RM70 juta kepada badan keagamaan bukan Islam
Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata peruntukan itu meningkat sebanyak RM13.25 juta berbanding tahun ini iaitu RM56.75 juta.
Banjir: MAIWP diminta salur bantuan secepat mungkin - Mohd Na'im
Datuk Mohd Na'im Mokhtar meminta Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) segera menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir di negeri-negeri yang terjejas.
Kerajaan kaji bantuan bersesuaian ringan beban petani terjejas banjir
Kerajaan komited untuk mengkaji jenis bantuan yang bersesuaian bagi meringankan beban petani yang terkesan akibat banjir.