Kerajaan India menawarkan lapan biasiswa, termasuk enam di bawah Skim Biasiswa Kebudayaan Am (GCSS), kepada penuntut Malaysia bagi sesi pengajian 2013/2014.

Dalam satu kenyataan Jumaat, Suruhanjaya Tinggi India berkata biasiswa GCSS itu ditawar kepada penuntut yang mengikuti pengajian di peringkat ijazah, lepasan ijazah atau penyelidikan di universiti India.

Dua lagi biasiswa, iaitu bagi kursus lepasan ijazah sahaja, ditawar di bawah Skim Biasiswa IOR-ARC.

"Biasiswa ini meliputi semua kursus kecuali perubatan dan yang berkaitan dengan pergigian," katanya.

Borang permohonan dan garis panduan boleh dimuat turun daripada laman sesawang suruhanjaya, www.indianhighcommission.com.my dan perlu dikembalikan sebelum 14 Feb 2013.