KUALA LUMPUR: Kerajaan memberi pengiktirafan sepenuhnya fungsi dan kewujudan Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021, seperti mana yang termaktub di bawah Seksyen 2, Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) 2021, kata Datuk Seri Takiyuddin Hassan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) itu berkata, kenyataan beliau sebelum ini berhubung peranan kerajaan dari segi Perlembagaan dan undang-undang berhubung hal berkaitan, telah dipetik di luar konteks yang sepatutnya.
Tegasnya lagi, kerajaan akan sentiasa mematuhi segala peruntukan undang-undang dalam melaksanakan tanggungjawabnya semasa membuat sebarang keputusan mengenai darurat.
“(Ini) termasuk mengiktiraf segala mekanisme yang wujud secara sah di sisi undang-undang. Dengan kata lain kerajaan mengiktiraf sepenuhnya kewujudan Jawatankuasa Khas Bebas yang diwujudkan di bawah Seksyen 2, Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) 2021.
“Kerajaan juga tidak pernah campur tangan dalam sebarang urusan Jawatankuasa Khas Bebas Darurat, sebaliknya, memberikan sepenuh kerjasama supaya jawatankuasa ini dapat melaksanakan fungsinya sebagaimana yang diperuntukkan dalam Seksyen 2,” katanya lagi.
BACA: Ahli Jawatankuasa Khas Bebas Darurat: Saifuddin gesa Takiyuddin beri penjelasan segera
BACA: Ini penghinaan kepada Ahli Jawatankuasa Khas Bebas Darurat - Noh Omar
Untuk rekod, Seksyen 2 Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) 2021 berbunyi: - “Maka hendaklah ditubuhkan suatu jawatankuasa khas bebas untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong mengenai kewujudan berterusan darurat besar yang mengancam keselamatan, kehidupan ekonomi dan ketenteraman awam di dalam Persekutuan berikutan wabak penyakit berjangkit, iaitu Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19)”.
Dalam kenyataannya semalam, Takiyuddin berkata, Proklamasi Darurat telah diisytiharkan 11 Januari lepas oleh Yang di-Pertuan Agong, yang bertindak di atas nasihat Jemaah Menteri selaras peruntukan Perlembagaan Persekutuan.
Jelas beliau lagi, nasihat Jemaah Menteri itu adalah atas asas tanggungjawab utama dan khusus kerajaan dalam menangani wabak COVID-19 bagi memastikan kepentingan dan keselamatan rakyat dapat terus dipelihara.
Selain itu, Takiyuddin berkata, adalah menjadi tanggungjawab Jemaah Menteri untuk terus menasihati Yang di-Pertuan Agong selaku Ketua Utama Negara, dalam membuat sesuatu keputusan mengenai kedudukan tempoh darurat.
Bagaimanapun, kenyataan beliau mendapat kritikan pemimpin kanan parti politik, termasuk dari UMNO dan Pakatan Harapan, kerana seolah-olah mengabaikan kewujudan Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021, yang mempunyai tugas khusus untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong mengenai kewujudan berterusan darurat besar di Malaysia dan penamatannya.
Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, kenyataan awal Takiyuddin itu menimbulkan tanda tanya, terutamanya fungsi Jawatankuasa berkenaan, serta mendakwa ia seolah-olah mengalihkan tiang gol.
Bagaimanapun, ciapan Ahli Parlimen Pengerang itu dibalas Takiyuddin, yang berkata, kenyataan beliau semata-mata untuk membetulkan “peraturan permainan” supaya membantu “referee” buat pengadilan yang betul.
Dipercayai “Referee” yang Takiyuddin maksudkan, merujuk kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Dalam pada itu, Takiyuddin berkata lanjut, kerajaan akan terus berperanan menjalankan kuasa eksekutif Persekutuan semasa tempoh darurat berkuatkuasa sebagaimana diperuntukkan dalam seksyen 11, Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) 2021.
“Justeru dalam keadaan negara kita masih lagi berperang dengan pandemik COVID-19 ini, sebaiknya semua pihak perlu akur kepada fungsi masing-masing yang ditetapkan di bawah kerangka perundangan sedia ada,” katanya lagi.
Firdaus Azil
Sun Jun 13 2021
![Kerajaan iktiraf penuh kewujudan, fungsi Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021 - Takiyuddin Kerajaan iktiraf penuh kewujudan, fungsi Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021 - Takiyuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/51619943598_sidangmedia.jpg)
Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, kenyataan beliau sebelum ini tentang peranan kerajaan dari segi Perlembagaan telah dipetik di luar konteks. - Gambar fail
Tumpuan Khamis – 13 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Seramai 139 nelayan terperangkap berjaya diselamatkan
Perkara itu disahkan oleh Pihak Perkhidmatan Kecemasan Rusia pada Rabu menerusi aplikasi telegram.
10 Berita Pilihan - (12 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mesir umum visi bersepadu untuk pembangunan semula Gaza
Mesir menyuarakan hasrat membentangkan visi bersepadu bagi pembinaan semula Gaza demi memastikan kelangsungan rakyat Palestin di tanah air mereka.
Erdogan, Prabowo bincang isu Gaza, perkukuh pertahanan
Presiden Indonesia Prabowo Subianto, menerima kunjungan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan, di Istana Presiden di Bogor pada Rabu.
PBB anggar AS53 bilion untuk bina semula Gaza
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan lebih 53 bilion dolar atau RM236.39 bilion ringgit bagi membina semula wilayah Gaza yang musnah akibat diserang tentera Israel. Ujar PBB, untuk tiga tahun pertama pembinaannya, kos yang dianggarkan mencecah 20 bilion dolar atau RM89.20 bilion.
Rakyat Palestin tidak sanggup lagi hadapi perang
Rakyat Palestin mengharapkan genjatan senjata yang dilaksana antara Hamas dan Israel diteruskan tanpa sengketa kerana mereka tidak lagi berdaya untuk berhadapan dengan perang. Suara hati rakyat Palestin itu disuarakan selepas berlaku ketegangan antara Hamas dan Israel dalam rundingan genjatan fasa pertama yang sepatutnya berakhir minggu lalu dan diteruskan dengan fasa kedua.
Trump laksana pemotongan berskala besar agensi kerajaan
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump melaksanakan pembuangan berskala besar melibatkan kakitangan agensi kerajaan negara itu, menerusi perintah eksekutif terbaharunya. Beliau yang optimis dengan misi untuk mencapai 'golden age of America' dalam masa yang sama mengarahkan setiap agensi persekutuan untuk bekerjasama rapat dengan Jabatan Kecekapan Kerajaan (DOGE) yang dipimpin oleh Elon Musk.
Alam sekitar: Malaysia komited dasar sifar plastik sekali guna
Malaysia tidak akan berganjak dengan dasar sendiri untuk membimbing orang awam tentang risiko penggunaan plastik sekali guna terhadap alam sekitar.
Dasar luar aktif, inklusif kunci Malaysia hadapi cabaran
Dasar luar Malaysia yang aktif, inklusif dan adaptif kunci bagi menghadapi cabaran ketidaktentuan global yang dibawa pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
![Pas tetap teruskan sertai himpunan solidariti Najib - Takiyuddin Pas tetap teruskan sertai himpunan solidariti Najib - Takiyuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/71703399981_TakiyuddinHassan.jpg)
Pas tetap teruskan sertai himpunan solidariti Najib - Takiyuddin
Himpunan solidariti itu bertujuan mempertahankan kuasa dan prerogatif Institusi Yang di-Pertuan Agong daripada manipulasi dan ketidaktelusan.
![Takiyuddin tuntut Azalina perjelas berkaitan Lembaga Pengampunan Takiyuddin tuntut Azalina perjelas berkaitan Lembaga Pengampunan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/61731305967_TakiyuddinHassan.jpg)
Takiyuddin tuntut Azalina perjelas berkaitan Lembaga Pengampunan
Takiyuddin menuntut Azalina membuat penjelasan di Dewan Rakyat berhubung kenyataan mengelirukan mengenai sekretariat Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan
![Pembangkang pertikai Wan Fayhsal tak dibenar duduk di galeri awam Pembangkang pertikai Wan Fayhsal tak dibenar duduk di galeri awam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721294983_WanAhmadFayhsal.jpg)
Pembangkang pertikai Wan Fayhsal tak dibenar duduk di galeri awam
Pembangkang memohon penjelasan Dewan Rakyat mengenai tindakan melarang Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal yang digantung enam bulan daripada mengikuti persidangan itu dari galeri awam.
![Sindiket bawa masuk warga asing dibincangkan di Dewan Rakyat hari ini Sindiket bawa masuk warga asing dibincangkan di Dewan Rakyat hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721310941_TBDewanRakyat.jpg)
Sindiket bawa masuk warga asing dibincangkan di Dewan Rakyat hari ini
Sindiket membawa masuk warga asing melalui modus operandi mengatur kaunter atau counter setting antara yang dibincangkan di Dewan Rakyat hari ini.
![Parlimen: 'Backbenchers' dibenarkan aju lebih soalan Parlimen: 'Backbenchers' dibenarkan aju lebih soalan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-08/81598277247_parlimentmalaysia.jpg)
Parlimen: 'Backbenchers' dibenarkan aju lebih soalan
Keputusan ini dibuat kerana bilangan ahli penyokong kerajaan (93) lebih ramai berbanding ahli pembangkang (75), dan tiada peraturan yang menetapkan susunan pertanyaan bagi jawab lisan.
![PM sedia isytihar harta pada bila-bila masa PM sedia isytihar harta pada bila-bila masa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/71727346258_tbAnwarIbrahim.jpg)
PM sedia isytihar harta pada bila-bila masa
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata beliau sedia untuk mengisytiharkan harta pada bila-bila masa.
![Kenyataan tular gantung keahlian Ketua Penerangan Pas Perlis palsu - Takiyuddin Kenyataan tular gantung keahlian Ketua Penerangan Pas Perlis palsu - Takiyuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/81726633158_TBTAKI.jpg)
Kenyataan tular gantung keahlian Ketua Penerangan Pas Perlis palsu - Takiyuddin
Beliau menjelaskan sebarang tindakan yang perlu dilakukan masih dalam pemerhatian parti.
![Pas lulus usul pindaan perlembagaan berkaitan anti lompat parti Pas lulus usul pindaan perlembagaan berkaitan anti lompat parti](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/81726326099_TBTAKI.jpg)
Pas lulus usul pindaan perlembagaan berkaitan anti lompat parti
Muktamar Pas ke-70 hari ini sebulat suara meluluskan tujuh usul pindaan perlembagaan parti itu termasuk mewujudkan peruntukan yang jelas dan tegas berkaitan isu anti lompat parti.
![MoU peruntukan pembangkang diputuskan Isnin ini - Takiyuddin MoU peruntukan pembangkang diputuskan Isnin ini - Takiyuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/41725256173_tbTakiyuddinHassan.jpg)
MoU peruntukan pembangkang diputuskan Isnin ini - Takiyuddin
Memorandum persefahaman (MoU) berkait peruntukan pembangkang berkemungkinan besar diputuskan Isnin ini.
![Draf MoU peruntukan pembangkang: PN akan bincang Isnin depan - Takiyuddin Draf MoU peruntukan pembangkang: PN akan bincang Isnin depan - Takiyuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/41725256173_tbTakiyuddinHassan.jpg)
Draf MoU peruntukan pembangkang: PN akan bincang Isnin depan - Takiyuddin
Takiyuddin berkata pandangan kesemua Ahli Parlimen pembangkang perlu diambil kira terlebih dahulu sebelum sebarang keputusan dibuat.