KUALA LUMPUR: Kerajaan berhasrat untuk meningkatkan kedudukan Malaysia ke tangga ke-25 dalam Indeks Pembangunan Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang mengambil kira keberhasilan kesihatan dan pendidikan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ketika mengumumkan inisiatif Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat di sini hari ini, Anwar berkata untuk itu, akses kepada kesihatan dan pendidikan berkualiti menjadi keutamaan kerajaan dan peruntukan akan ditingkatkan sejajar dengan kemampuan kewangan kerajaan.
Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata kemampanan sistem kesihatan amat penting bagi menjamin kesejahteraan rakyat yang hakiki.
"Sepertimana disarankan dalam Kertas Putih Kesihatan, kerajaan komited ke arah sasaran lima peratus KDNK (Keluaran Dalam Negara Kasar) untuk perbelanjaan perkhidmatan kesihatan dengan mengoptimumkan sistem kesihatan awam dan swasta.
"Kertas Putih Kesihatan merangkumi strategi untuk tempoh 15 tahun bermatlamat mewujudkan sistem kesihatan yang lebih mampan, berdaya tahan dan berkualiti ke arah meningkatkan tahap kesejahteraan rakyat dan akses kepada kesihatan buat semua. Antara pendekatan yang akan diambil termasuklah penjagaan kesihatan di tahap primer yang bersifat keseluruhan masyarakat," kata beliau.
Perdana Menteri berkata penyediaan akses kesihatan yang berkualiti dizahirkan dengan pembinaan Pusat Kawalan Penyakit Negara dengan nilai kos projek RM305 juta di Negeri Sembilan.
Beliau berkata pusat berkenaan berperanan bukan sekadar sebagai pusat rujukan penyakit tetapi juga sebagai kemudahan mempersiapkan negara dalam menghadapi sebarang kemungkinan pandemik pada masa akan datang.
Anwar berkata selain itu anjakan paradigma baharu termasuklah peralihan pendekatan kesihatan awam daripada merawat pesakit kepada pencegahan penyakit iaitu sifat kendiri rakyat akan diperkasakan bagi mengekalkan, melindungi dan menambah baik kesihatan kendiri.
Mengenai pendidikan, beliau berkata kerajaan akan terus menyediakan persekitaran sekolah yang selesa serta kemudahan yang terbaik buat anak-anak.
"Pelbagai usaha telah kita lakukan khususnya menambah peruntukan, mudahkan tatacara perolehan serta menurunkan kuasa pelaksanaan bagi mempercepat pelaksanaan projek-projek sekolah dan menambah baik sekolah-sekolah daif. Pada masa yang sama, projek JENDELA (Pelan Jalinan Digital Negara) diteruskan bagi memastikan semua sekolah dilengkapi dengan internet," kata beliau.
Mengakui pendidikan bersifat penawaran, Anwar berkata pendidikan negara perlu lebih berminda permintaan dengan mengeratkan kerjasama dengan industri dan majikan terutamanya dalam pelaksanaan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) seperti yang dilaksanakan di Pusat Pembangunan Kemahiran Pulau Pinang (PSDC).
"Menyedari hakikat bahawa kita kini hidup dalam ekonomi global yang sentiasa berubah dan mencabar, maka perlunya sebuah pendekatan pembelajaran sepanjang hayat yang lebih progresif untuk semua rakyat Malaysia.
"Kita perlu menyediakan laluan pembelajaran sepanjang hayat dalam apa pun kemahiran yang ingin rakyat pelajari, sama ada di universiti, institusi TVET, mahu pun kemahiran kelayakan mikro yang diperlukan," kata beliau.
Perdana Menteri berkata untuk tujuan tersebut, kerajaan melalui Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) menyediakan peruntukan sebanyak RM42 juta bagi Program Bina Kerjaya iaitu program peningkatan kemahiran untuk pekerja tidak formal, termasuk pekerja gig dengan kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan ke bawah.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 27 2023
Anwar berkata, akses kepada kesihatan dan pendidikan berkualiti menjadi keutamaan kerajaan dan peruntukan akan ditingkatkan sejajar dengan kemampuan kewangan kerajaan. - Gambar/ Bernama
[TERKINI] Suspek bunuh, simpan mayat ibu dalam peti sejuk beku didakwa
Seorang lelaki dipercayai menumbuk dada ibu kandungnya hingga maut dan menyumbat mayat mangsa dalam peti sejuk beku sejak tiga tahun lalu di rumahnya di Taman OUG, Kuala Lumpur Didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, hari ini.
Faida Rahim ada perinciannya langsung dari Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.
Faida Rahim ada perinciannya langsung dari Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.
Vaksinasi dan pendidikan usaha perangi penyakit anjing gila di Sarawak
Usaha untuk memerangi rabies ini sedang giat diteruskan sejak kemunculannya semula pada tahun 2015.
Lawatan Rasmi PM: Lembaran baharu penerokaan peluang pelaburan
Anwar mengalu-alukan kehadiran lebih 200 peserta yang mewakili 147 syarikat Korea Selatan dari pelbagai sektor, termasuk semikonduktor, kenderaan elektrik, teknologi hijau dan kecerdasan buatan (AI).
AWANI Pagi: Inovasi Selangor Pemacu Modal Insan Berkemahiran
Saksikan wawancara eksklusif #AWANIPagi bersama Mohd Hidayat Mohd Sauffi, Ketua Setiausaha Sulit kepada Menteri Besar Selangor merangkap Ketua Sekretariat Selangor Education Summit 2024, yang akan membincangkan peranan inovasi dan teknologi dalam memacu pembangunan modal insan di Selangor.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Wealth-Tech: The evolution of wealth management in Malaysia
Over the past decade, the landscape of wealth management and investing has undergone significant transformation, driven by technological advancements and innovative solutions. From robo-advisers to low-cost investment platforms, Malaysians now have more tools than ever to manage their finances and build wealth.
Ringgit dibuka rendah susulan pengukuhan dolar AS
Ringgit memulakan urus niaga pada Selasa dengan lebih rendah berbanding dolar AS yang mengukuh.
Wanita temui ajal buang bintik hitam, tanda lahir
Liu meninggal dunia akibat komplikasi yang berkaitan dengan tekanan intrakranial yang berlebihan.
Agenda Negara Menua antara tumpuan baharu RMK-13
Agenda Negara Menua antara tumpuan baharu kerajaan dalam merangka Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) yang bakal dibentang awal tahun depan di Parlimen. Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, berkata melalui kertas putih Agenda Negara Menua, kerajaan mendapati terdapat banyak penambahbaikan perlu dilaksanakan dari segi undang-undang untuk mewujudkan industri penjagaan.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [26 November 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Farhan Hakimi & Amirul Aiman
- Suspek bunuh, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa hari ini
- Kes Faisal Halim diambil alih Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bukit Aman
- Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik berkuat kuasa serta-merta
#AWANIpagi #AWANInews
- Suspek bunuh, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa hari ini
- Kes Faisal Halim diambil alih Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bukit Aman
- Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik berkuat kuasa serta-merta
#AWANIpagi #AWANInews
Dibuang sekolah kerana ibu bapa tidak pilih calon pemimpin
Pemerintah Pamotan, Rembang, akan memanggil pemilik tadika berkenaan untuk tujuan siasatan lanjut.
Kerajaan tidak gunakan dana syarikat swasta untuk penerbangan rasmi - PM Anwar
Perdana Menteri menegaskan pihaknya tidak sama sekali menggunakan dana syarikat swasta untuk membiayai kos penerbangan lawatan rasmi ke empat negara.
PM Anwar mahu Malaysia jadi negara MADANI yang hidupkan penghayatan roh Islam
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu Malaysia dikenali sebagai negara MADANI yang gigih berusaha memacu pertumbuhan, tetapi dalam masa yang sama menghidupkan penghayatan roh Islam.
2TM: Orang ramai dipelawa tukar al-Quran tiada perakuan KDN, rosak
Orang ramai dipelawa menyerahkan al-Quran tiada perakuan Kementerian Dalam Negeri (KDN) atau rosak untuk diganti dengan yang baharu, bersempena dengan Program 2TM.
Isu dibangkitkan persidangan tiga negara antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Isu utama yang dibangkitkan pada persidangan berkaitan di Peru, Brazil dan Riyadh antara tumpuan persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Sehingga kini, Malaysia tidak pernah iktiraf negara haram Israel - Fahmi
Dalam wawancara Perdana Menteri bersama CNN yang tular baru-baru ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan jelas menyatakan pendirian Malaysia untuk melindungi kewujudan Palestin.
Lawatan rasmi PM ke Mesir jana potensi eksport bernilai RM4.8 bilion - MITI
Lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Mesir telah berjaya mengukuhkan hubungan dua hala Malaysia-Mesir, sekali gus menjana potensi eksport bernilai RM4.8 bilion (US$1.1 bilion).
PM Anwar tiba di Peru, lawatan sulung ke benua Amerika Selatan
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selamat tiba di Lima pada malam Selasa bagi memulakan lawatan rasmi sulung beliau ke benua Amerika Selatan.
Jangan harap perlindungan jika ada terbabit kes rasuah - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Tiada perlindungan akan diberikan bagi sesiapa yang terbabit dalam kes rasuah.
Alix Didier angkat sumpah perdana menteri baharu Haiti
Alix Didier Fils-Aime mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Haiti pada Isnin, lapor Xinhua memetik The Haitian Times.
Keputusan PM Anwar tidak ambil gaji tidak bertentangan ajaran Islam - JPPA PKR
Keputusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mengambil gaji adalah tidak bertentangan dengan ajaran Islam sama ada dari sudut niat mahupun pelaksanaannya.