Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menggariskan pendekatan '6E' kerajaan untuk memperkasa golongan belia di negara ini.
Berucap merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan Majlis Belia Malaysia (MBM) ke-63 di sini, Najib berkata 6E itu merujuk kepada penglibatan, pengupayaan, pendidikan, keusahawanan, pengusaha sosial dan pengalaman.
Beliau berkata dengan memperluaskan lagi platform untuk belia menyuarakan pendapat, maklum balas yang diterima juga akan bersifat lebih komprehensif.
"Sebab itu kita buat Parlimen Belia sebagai tambahan kepada platform MBM dan Majlis Perundingan Belia Negara. Mungkin (pada) masa depan boleh fikirkan platform lain.
"Tidak kurang pentingnya media sosial yang secara tidak langsung membentuk satu wahana besar. Ini kita rangkumkan dengan hasrat supaya kita lebihkan lagi penglibatan sebab orang muda hari ini berbeza dengan orang muda terdahulu," katanya.
Turut hadir Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin dan Presiden MBM Mohamed Maliki Mohamed Rapiee.
Menyentuh aspek pengupayaan, Perdana Menteri berkata ia termasuk memberi golongan muda peluang dalam pelbagai kerjaya termasuk mewakili dalam parlimen, pentadbiran kerajaan dan Dewan Undangan Negeri.
Bagi tujuan itu, Najib turut mengalu-alukan cadangan untuk meminda takrifan umur belia daripada 15 hingga 40 tahun, kepada umur 15 hingga 30 tahun yang digariskan dalam Draf Dasar Belia Malaysia.
Selain itu, katanya, Kementerian Belia dan Sukan akan berbincang dengan Kementerian Pertahanan untuk menggubal kurikulum baharu Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).
"Melalui PLKN 2.0 nanti, belia akan diberi kemahiran disiplin dan semangat patriotisme. Apabila keluar daripada PLKN, ada nilai pasaran lebih tinggi.
Berbekal jati diri yang kukuh, nilai kepimpinan yang lebih baik, saya percaya kita boleh menyumbang kepada transformasi negara," katanya.
Cadangan mengkaji semula PLKN dibuat Perdana Menteri semasa membentangkan Bajet 2015 Oktober lepas.
Najib menjelaskan ungkapan 'kerajaan hari ini untuk orang muda dan belia' bukan sekadar retorik politik, kerana kerajaan memang benar-benar 'mengisi' ungkapan itu dengan perhatian, pertimbangan dan bantuan yang sewajarnya untuk golongan berkenaan.
Merujuk aspek pengalaman, Najib yang juga penaung MBM berkata golongan belia perlu diberi peluang merasai pengalaman baharu dalam pelbagai bidang supaya dapat menjadi pemimpin yang berjaya di semua lapangan.
Mengambil contoh konteks kesukarelawan, beliau berkata persatuan belia seperti MBM perlu bijak meneroka peluang untuk bergerak aktif dan menjalin kerjasama dengan persatuan belia lain di peringkat serantau mahupun antarabangsa.
Selaras dengan kedudukan Malaysia sebagai pengerusi Asean tahun ini, Najib juga berharap mereka boleh menggunakan platform persatuan belia untuk menerapkan semangat Asean dalam kalangan generasi muda.
Katanya, kerajaan juga bersedia memberi peruntukan tambahan kepada mana-mana persatuan belia yang bergerak aktif dan melaksanakan program yang bermanfaat kepada golongan sasaran.
Bagi tujuan itu, katanya persatuan belia perlu memenuhi kriteria yang bakal digubal tidak lama lagi.
"Ada penarafan, ada Indeks Petunjuk Prestasi (KPI) dan penilaian. Kalau dibuat banyak program dan bermanfaat, belanja dengan berhemah dan berintegriti, maka persatuan-persatuan patut diberi peruntukan tambahan supaya dapat menjadi badan ikonik di kalangan belia," jelasnya.
Bagi aspek pendidikan, Najib berkata ia merupakan asas penting kepada ekonomi berasaskan pengetahuan di mana bakat-bakat belia perlu dikenal pasti dan diiktiraf supaya dapat membantu membawa negara ke tahap yang lebih tinggi.
"Saya dapat tahu baru-baru ini ada rakyat kita di Australia yang memperoleh PhD dan ditawarkan status pemastautin tetap tanpa dipohon. Sebab negara itu kenal bakat.
"Kalau kita nak maju bukan soal siapa, soal warna kulit tetapi soal bakat," katanya.
Dari aspek keusahawanan, Najib berkata golongan belia juga dipersiapkan supaya mampu menjana pendapatan dan kerjaya sendiri, berbanding bekerja dengan syarikat-syarikat sedia ada.
"Ini perubahan paradigma yang perlu ada pada kita. Kalau boleh kita jana kekayaan sendiri, dan kita beri nilai yang lebih tinggi kepada negara," jelas Najib.
Sementara dari aspek pengusaha sosial, beliau berkata keuntungan yang dijana negara disumbangkan semula kepada usahawan belia supaya mereka mampu berkembang dan melaksanakan lebih banyak aktiviti.
Pada majlis itu, Perdana Menteri turut menyampaikan Anugerah Bintang Belia Malaysia kepada mereka yang menyumbang bakti kepada pembangunan belia negara.
Antara penerima ialah bekas pemimpin tertinggi MBM termasuk anggota Parlimen Kuala Selangor Datuk Irmohizam Ibrahim dan anggota Parlimen Lenggong Datuk Shamsul Anuar Nasarah.
Bernama
Sat Jan 17 2015
Beliau berkata dengan memperluaskan lagi platform untuk belia menyuarakan pendapat, maklum balas yang diterima juga akan bersifat lebih komprehensif - BERNAMApic
Tindakan keras terhadap penjualan racun makhluk perosak haram - CAP
CAP menggesa Lembaga Racun Makhluk Perosak segera mengambil tindakan keras terhadap penjualan racun makhluk perosak haram di negara ini dan menguatkuasakan dengan tegas Akta Racun Perosak 1974.
SDG: UTP lahir pelajar berkemahiran, tinggi tanggungjawab sosial
UTP berhasrat mendidik pelajar bukan sahaja untuk mahir dalam aspek teknikal tetapi juga untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab dari segi kemahiran dan keupayaan sosial.
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya, seperti mahkamah syariah, pegawai penguatkuasa agama dan peguam syarie.
Kerajaan teliti kaedah baharu lantikan tetap
Kerajaan sedang meneliti kaedah baharu lantikan tetap bagi memastikan pengurusan kewangan negara yang lebih mampan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa berkata hasil kajian tersebut akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri untuk pertimbangan dan kelulusan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa berkata hasil kajian tersebut akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri untuk pertimbangan dan kelulusan.
PDRM gerak unit skuba forensik, K9 cari bukti hari ini
Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menggerakkan unit skuba (Unit Forensik) serta Unit Anjing Pengesan (K9) ke lokasi penemuan mayat Nur Farah Kartini Abdullah, 25, di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor, pagi esok.
Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor DSP Mohd Asri Mohd Yunus ketika dihubungi Bernama berkata proses mencari bahan bukti akan dimulakan sekitar jam 9 pagi di kawasan parit berhampiran ladang kelapa sawit berkenaan.
Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor DSP Mohd Asri Mohd Yunus ketika dihubungi Bernama berkata proses mencari bahan bukti akan dimulakan sekitar jam 9 pagi di kawasan parit berhampiran ladang kelapa sawit berkenaan.
Dewan Rakyat: Langkah meknoktahkan kemisikan tegar di Sabah antara tumpuan hari ini
Langkah-langkah untuk meknoktahkan kemiskinan tegar di Sabah terutamanya di lapan daerah yang dikategorikan termiskin di Malaysia antara tumpuan persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Kagame, menang 99.5 peratus pilihan raya Rwanda
Paul Kagame meneruskan khidmatnya buat penggal keempat berturut-turut sebagai Presiden Rwanda, selepas memenangi 99.15 peratus undi dalam pilihan raya negara itu.
Polis kerah lebih 300 anggota kawal perlawanan Piala FA
Seramai 351 anggota polis ditugaskan bagi mengawal perlawanan separuh akhir Piala FA antara Terengganu FC (TFC) dengan Selangor FC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) Jumaat ini.
Perisik Korea Utara berpaling tadah
Seorang diplomat Korea Utara berprofil tinggi yang ditempatkan di Cuba dikenali sebagai Ri II Kyu, 52 tahun, berpaling tadah ke Korea Selatan.
Dua warga AS antara yang ditemui maut di bilik hotel di Thailand
Jabatan Negara Amerika Syarikat ambil maklum mengenai laporan mengenai dua warganegaranya yang ditemui mati di sebuah hotel di Thailand.
Pengundi muda di AS keliru pilihan Presiden 2024
Landskap politik AS kini berubah menyebabkan sesetengah belia yang sebelum ini setia kepada parti Demokrat tidak lagi pasti tentang pilihan mereka.
Senator wakili belia bakal dilantik di Dewan Negara - Ismail Sabri
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan seorang senator dalam kalangan be;ia bakal dilantik di Dewan Negara bagi mewakili suara golongan itu.
PRN Johor: Peratusan keluar undi golongan belia dijangka kurang
Menurut data Indeks Belia Malaysia, sosilisasi politik dalam kalangan belia memang rendah malah menurun setiap tahun.
Keluarga muda Malaysia, mutu sukan dan isu belia fokus saya - Ahmad Faizal
Isu pengangguran, graduan kehilangan pekerja, meningkatkan kemahiran belia dan pembangunan sukan antara yang akan diberikan perhatian oleh Menteri Belia dan Sukan yang baharu, Ahmad Faizal Azumu.
'Kami yakin belia mampu bantu kerajaan sebaiknya' - MPPK
Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan menyambut baik komitmen kerajaan dalam mendengar dan memberi tumpuan suara anak muda dalam memulihkan negara.
PRU15: Pastikan kes rendah, kadar vaksinasi tinggi sebelum laksana
Kes harian COVID-19 perlu berada pada angka yang rendah, jika mahu mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dalam masa terdekat.
Harapan Hari Belia Antarabangsa 2021, generasi muda mahu...
KETIKA 'perang' menentang pandemik COVID-19 masih berterusan, kestabilan politik perlu terus diberi perhatian bagi memastikan kejayaan langkah-langkah yang sedang dilaksanakan.
Kenyataan Syed Saddiq tuduhan liar, tidak matang dan ada agenda tersendiri - Pemuda PN
Kenyataan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman terhadap Kerajaan Perikatan Nasional (PN) disifatkan sebagai tuduhan tidak berasas.
Beban liabiliti antara punca golongan muda sukar menyimpan
Pendapatan yang tidak mencukupi disebabkan terpaksa menanggung liabiliti dan hutang mempengaruhi trend perbelanjaan golongan muda sehingga mendorong mereka menggunakan kad kredit.
Mohammad Natsir tokoh pemikir Islam disegani - Anwar Ibrahim
Ketokohan Perdana Menteri kelima Indonesia, Dr Mohammad Natsir dalam penulisannya mengenai Islam dan modernisasi memberi kesan yang mendalam.