KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang giat mengesan dan memperoleh bahan arkib termasuk dokumen berkaitan persempadanan dan kedaulatan Malaysia yang berada di luar negara.
Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang berkata ia dilakukan menerusi Arkib Negara Malaysia dengan kerjasama pelbagai agensi kerajaan, institusi pengajian tinggi dan pakar dalam bidang berkaitan yang sedang menjalankan pelbagai usaha mendapatkan bahan berkenaan.
"Bagaimanapun, usaha ini memerlukan peruntukan besar dan bergantung kepada belanjawan yang diluluskan kerajaan," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2023 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Perpaduan Negara (KPN) di Dewan Rakyat pada Selasa.
Justeru, beliau berkata pihaknya akan berusaha mendapatkan peruntukan yang diperlukan daripada Kementerian Kewangan di bawah Rancangan Malaysia ke-12 bagi pembelian bahan arkib tersebut.
Media tempatan tahun lepas melaporkan dianggarkan berjuta naskhah bahan arkib berkaitan Malaysia berada di luar negara dan ada di antaranya penting untuk dijadikan bahan bukti sekiranya negara berdepan konflik perebutan hak kedaulatan kawasan, sempadan atau wilayah.
Sesi perbahasan peringkat jawatankuasa bagi kementerian itu turut 'hangat' seketika apabila isu berkaitan perarakan hari wanita di hadapan Kompleks Sogo dan Dataran Merdeka baru-baru ini yang dibangkitkan oleh Ahmad Fadhli Bin Shaari (PAS-Pasir Mas), yang mendakwa ia turut disertai golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).
Perkara itu menyebabkan R.S.N Raye (DAP-Jelutong) bangkit dengan membawa Perkara 36(12) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat dan meminta Ahli Parlimen Pasir Mas itu menjelaskan bagaimana beliau mengetahui perhimpunan itu disertai golongan tersebut sebelum berlaku pertikaman lidah.
Bagaimanapun, Speaker Dewan Rakyat Datuk Johari Abdul bijak mengawal keadaan dengan meminta kedua-dua Ahli Parlimen serta Datuk Awang Hashim (PN-Pendang) yang cuba bangkit mencelah supaya duduk bagi menjelaskan keadaan sebenar.
"Saya ingat isu berkenaan telah berkali-kali disebut. Faktanya yang pertama sekali perarakan ini bukan dianjurkan oleh LGBT. Sesiapa yang mengambil kesempatan (terhadap perhimpunan) itu telah disiasat polis, jadi biar polis menjalankan kerjanya.
"Jadi kita tak payah masuk dalam-dalam lagi, polis sedang siasat, beri kuasa kepada polis untuk siasat, keputusannya selepas itu baru kita bincangkan sama ada ya atau tidak. Untuk itu saya nak teruskan," katanya.
Sebelum itu, Wan Razali Wan Nor (PN-Kuantan) turut membangkitkan hal sama sehingga dewan kecoh seketika apabila beberapa wakil rakyat daripada kerajaan bangun meminta Wan Razali menarik balik kenyataan itu sebelum ditenangkan oleh Johari.
Sementara itu, peruntukan bagi KPN dalam Belanjawan 2023 lulus di peringkat jawatankuasa hari ini.
Rang Undang-Undang Perbekalan 2023 bagi kementerian itu lulus dengan suara majoriti selepas dibahas 16 Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang.
Antara Ahli Parlimen yang terlibat dalam perbahasan itu adalah Datuk Ahmad Saad @ Yahaya (PN-Pokok Sena), Syerleena Abdul Rashid (PH-Bukit Bendera) dan Mohamad Shafizan Kepli (GPS-Batang Lupar).
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 15 2023

Aaron Ago Dagang berkata ia dilakukan menerusi Arkib Negara Malaysia dengan kerjasama pelbagai agensi kerajaan, institusi pengajian tinggi dan pakar dalam bidang berkaitan. - Foto BERNAMA

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Kementerian Komunikasi tawar kerjasama dengan PNB anjur pembukaan Stadium Merdeka
Kementerian Komunikasi mempunyai kapasiti untuk menyediakan bahan arkib berkaitan Stadium Merdeka, yang mula dibina pada 1956.

Kerajaan giat mengesan dan memperoleh bahan arkib di luar negara
Ia termasuk dokumen berkaitan persempadanan dan kedaulatan Malaysia yang berada di luar negara.