Kerajaan menggariskan tiga teras utama sebagai naratif baharu bagi menjamin keharmonian antara kaum dan agama di negara ini selaras dengan era Malaysia baharu, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa.
Beliau berkata kesemua tiga teras itu yang dilaksanakan secara tertib juga boleh menjadi model kepada negara luar.
Tiga teras itu ialah agama Islam sebagai agama rahmatan lil alamin (agama yang membawa rahmat) iaitu menyantuni, membuka dialog dan tidak memaksa; kedua maqasid syariah yang bukan hanya berkisar tentang hudud dan undang-undang Islam tetapi juga melibatkan soal keadilan dan kemanusiaan yang dapat ditegakkan.
"Ketiga ialah model Malaysia iaitu kita nak beritahu bahawa Malaysia ada satu model yang baik dalam mengharungi kepelbagaian dengan Islam sebagai agama rasmi persekutuan, kita boleh tunjuk kepada dunia saat dunia berperang, berbunuhan atas nama kaum dan agama (bahawa) kita boleh hidup dengan aman dan damai," katanya kepada pemberita di sini, pada Isnin.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis minum petang bersama badan bukan kerajaan mewakili pelbagai agama di sini yang turut dihadiri Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Sumber Manusia M. Kula Segaran.
Mengulas lanjut, Mujahid berkata selepas Pakatan Harapan (PH) memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), 9 Mei lepas, pelbagai perubahan sedang dirangka kerajaan bagi memastikan negara dapat ditadbir dengan baik dan pada masa sama hubungan baik antara kaum dan agama terus dapat dikekalkan.
"Maka naratifnya sekarang ini ialah kita kata sesiapa yang membenci agama lain atau kaum lain dengan niat menimbulkan kebencian, perlulah kepada satu undang-undang yang khusus. Sebab itu kita bercadang perkenalkan Akta Kebencian Agama dan Kaum,"katanya.
Mujahid pada 24 Julai lepas dilaporkan berkata kerajaan bercadang mewujudkan Akta Kebencian Agama dan Kaum bagi membolehkan tindakan diambil terhadap mana-mana pihak yang menghina agama Islam atau agama lain.
Sementara itu beliau menegaskan proses kepada Malaysia baharu baru sahaja bermula dan akan mengambil masa untuk selesai.
"Adalah salah jika ada yang mengatakan bahawa ia telah berlaku sebaik sahaja PH menerajui kerajaan pusat," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 02 2018

Keharmonian antara kaum sebenarnya menjadi kekuatan rakyat Malaysia yang berbilang bangsa. - Gambar hiasan

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Kerajaan garis tiga teras bagi jamin keharmonian kaum dan agama
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata kesemua tiga teras itu yang dilaksanakan secara tertib juga boleh menjadi model kepada negara luar.

Jangan sampai menyekat kebebasan untuk bertanya - Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan supaya Akta Kebencian Agama dan Kaum yang bakal diperkenalkan kelak tidak menjadi alat sehingga menyekat kebebasan bersuara