WP KUALA LUMPUR: Ketika ini banyak syarikat yang menawarkan perkhidmatan kepada sesiapa sahaja dalam bidang keselamatan siber, namun tiada tadbir urus yang jelas dalam mengawal selia dan memantau tugas-tugas mereka dalam menjamin soal kebocoran data.
Susulan itu, Presiden Persatuan Pengguna Siber Malaysia (MCCA) Siraj Jalil, menyeru kerajaan supaya mewujudkan Akta Keselamatan Siber dengan segera dalam memastikan ada kaedah lesen khas diperuntukkan di bawah akta berkenaan buat syarikat yang menawarkan khidmat keselamatan siber.
Jelasnya, sekiranya tiada akta khusus, maka tiada tadbir urus yang jelas dalam memastikan integriti syarikat dalam perlindungan data pengguna.
“Hari ini sesiapa sahaja boleh terjun dalam bidang perkhidmatan keselamatan siber, hari ini ada perkhidmatan dipanggil Pentest atau Penetration Testing yang mana mereka akan menguji, mereka akan menggunakan elemen penggodaman terhadap sesuatu sistem untuk meihat sejauh mana sistem itu selamat, dan mencari lubang-lubang yang perlu ‘ditampal’,
“Jadi, sejauh mana integriti perkhidmatan sebegini, sekiranya tiada tadbir urus yang baik, kita takut mereka yang menjalankan perkhidmatan ini akan mengambil kesempatan ke atas data-data yang terbentuk dan berlakunya kebocoran data bukan disebabkan penggodam tetapi kerana tiadanya integriti dari syarikat perkhidmatan keselamatan siber berkenaan,” katanya.
Justeru, beliau memohon untuk Kerajaan ambil kira dalam mewujudkan akta baharu berkenaan keselamatan siber kerana akta-akta yang ada pada hari ini dilihat tidak menyeluruh dan tidak berada di bawah satu bumbung.
“Hari ini kita ada Akta Perlindungan Data Peribadi di bawah Jabatan Perlindungan Data Peribadi, adanya Akta Komunikasi Multimedia, dan Akta Jenayah Komputer di bawah PDRM, tetapi ia terpisah-pisah, lebih cantik kalau ada Akta Keselamatan Siber kerana ia lebih menyeluruh,”
“Hari ini nak atau tidak, sekiranya ada akta berkenaan, mungkin akan ada kewajipan untuk semua ada anti virus dalam telefon atau suruhanjaya keselamatan siber yang boleh membantu soal pendidikan di sekolah,” katanya.
Jelas Siraj lagi, dalam dunia teknologi hari ini, fungsi Kerajaan dalam mengadakan polisi yang jelas dilihat penting bukan sahaja membantu memberi saranan tetapi melindungi kita sebagai pengguna.
Azyyati Ahmad
Mon Jan 09 2023
![Kerajaan diseru wujudkan Akta Keselamatan Siber pantau syarikat keselamatan Kerajaan diseru wujudkan Akta Keselamatan Siber pantau syarikat keselamatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/71673233481_SirajJalil.jpg)
Presiden MCCA Siraj Jalil menyeru kerajaan supaya mewujudkan Akta Keselamatan Siber dengan segera dalam memastikan ada kaedah lesen khas diperuntukkan di bawah akta berkenaan buat syarikat yang menawarkan khidmat keselamatan siber. - Astro AWANI
AWANI 7:45 [16/07/2024] - Suspek dibawa ke lokasi | Selamat tinggal rakyat Malaysia | Harimau Malaya hilang taring?
- Polis sahkan suspek bunuh Kartini anggota polis.
- Pan-Gon enggan dedah punca letak jawatan.
- Faisal Halim sedih mentor Pan-Gon undur diri.
- Pakai reben putih di Parlimen, tak salah.
- Pan-Gon enggan dedah punca letak jawatan.
- Faisal Halim sedih mentor Pan-Gon undur diri.
- Pakai reben putih di Parlimen, tak salah.
![Najib fail permohonan di mahkamah rayuan cabar Titah Adendum Najib fail permohonan di mahkamah rayuan cabar Titah Adendum](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/71683779541_TBNAJIBRAZAK.jpg)
Najib fail permohonan di mahkamah rayuan cabar Titah Adendum
Berdasarkan sistem e-filing mahkamah, rayuan itu telah ditetapkan untuk pengurusan kes pada 7 Oktober ini.
![E-sukan harus dijadikan kepentingan sehingga ke peringkat lebih tinggi E-sukan harus dijadikan kepentingan sehingga ke peringkat lebih tinggi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721128633_MohdHidayatMohdSa.jpg)
E-sukan harus dijadikan kepentingan sehingga ke peringkat lebih tinggi
Kerajaan juga harus wujudkan sebuah dasar yang jelas supaya kepentingan e-sukan ini mampu diperkembangkan ke masa hadapan.
![Kerajaan pandang serius penularan ideologi liberalism, pluralism Kerajaan pandang serius penularan ideologi liberalism, pluralism](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721122322_ZulkifliHasan.jpg)
Kerajaan pandang serius penularan ideologi liberalism, pluralism
Kerajaan sentiasa memandang serius terhadap penularan ideologi dan aliran pemikiran yang bercanggah dengan ajaran Islam seperti ideologi liberalism dan pluralism agama.
![Tidak dapat tidak, atlet RTG mesti bawa pulang emas - MOM Tidak dapat tidak, atlet RTG mesti bawa pulang emas - MOM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710754100_MohdNazifuddinNaji.jpg)
Tidak dapat tidak, atlet RTG mesti bawa pulang emas - MOM
Atlet di bawah projek Road To Gold (RTG) tidak mempunyai pilihan selain memenangi emas yang diidam-idamkan Malaysia pada Sukan Olimpik 2024 di Paris.
![KEDA peruntuk RM3.37 juta tahun ini bagi keterjaminan makanan KEDA peruntuk RM3.37 juta tahun ini bagi keterjaminan makanan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/41693913999_RubiahWang.jpg)
KEDA peruntuk RM3.37 juta tahun ini bagi keterjaminan makanan
Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) memperuntukkan RM3.37 juta pada tahun ini bagi memastikan keterjaminan makanan negara.
![Dewan Rakyat lulus RUU Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia Dewan Rakyat lulus RUU Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721021538_TBSHAMSUL.jpg)
Dewan Rakyat lulus RUU Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia
Rang Undang-Undang Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia 2024 yang bertujuan menubuhkan MCBA diluluskan persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
![PAC akan mulakan prosiding isu dibangkit LKAN Siri 2/2024 PAC akan mulakan prosiding isu dibangkit LKAN Siri 2/2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710922383_MasErmieyatiSamsud.jpg)
PAC akan mulakan prosiding isu dibangkit LKAN Siri 2/2024
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan memulakan prosiding bagi empat isu yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Siri 2/2024.
AWANI Ringkas: Kes bunuh Nur Farah Kartini | Skandal LCS
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
ADUN Rembia sertai Pas, kenapa tak umum tahun lepas? - MP Kampar
Chong Zhemin, tindakan tersebut seolah-olah satu penghinaan paling besar kepada Parlimen yang telah meluluskan pindaan Perlembagaan Persekutuan berkait Akta Antilompat Parti.
![Firma Malaysia perlu tingkatkan keselamatan siber tangani ancaman dalam talian, luar talian Firma Malaysia perlu tingkatkan keselamatan siber tangani ancaman dalam talian, luar talian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51708604164_kasperskyancamans.jpg)
Firma Malaysia perlu tingkatkan keselamatan siber tangani ancaman dalam talian, luar talian
Yeo berkata, banyak syarikat di Malaysia tidak melihat kepentingan untuk melabur dalam keselamatan siber.
![AI Generatif menyumbang kepada peningkatan penipuan dalam talian - Pakar AI Generatif menyumbang kepada peningkatan penipuan dalam talian - Pakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720756288_CyberAttack.jpg)
AI Generatif menyumbang kepada peningkatan penipuan dalam talian - Pakar
Pengguna perlu lebih waspada berurusan secara dalam talian, terutamanya apabila melibatkan maklumat sensitif atau transaksi kewangan.
![AI Generatif dapat jana kapasiti produktif bernilai US$113.4 bilion - AICB AI Generatif dapat jana kapasiti produktif bernilai US$113.4 bilion - AICB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720743249_TanSriAzmanHashim.jpg)
AI Generatif dapat jana kapasiti produktif bernilai US$113.4 bilion - AICB
Sektor kewangan sentiasa menjadi perintis dalam inovasi teknologi dan sektor perbankan telah menggunakan AI dalam rantaian nilainya sejak sekian lama.
![Sidang Kemuncak NATO bincang ketahanan, keselamatan siber, maklumat palsu - Pegawai AS Sidang Kemuncak NATO bincang ketahanan, keselamatan siber, maklumat palsu - Pegawai AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720259308_TBNato.jpg)
Sidang Kemuncak NATO bincang ketahanan, keselamatan siber, maklumat palsu - Pegawai AS
Sidang kemuncak NATO dijadual berlangsung di ibu negara Amerika Syarikat dari Selasa hingga Khamis, minggu depan.
![Kerjasama kerajaan, industri perkukuh keselamatan siber negara - Gobind Kerjasama kerajaan, industri perkukuh keselamatan siber negara - Gobind](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81719996947_GobindSinghDeojpg.jpg)
Kerjasama kerajaan, industri perkukuh keselamatan siber negara - Gobind
Kerjasama antara kerajaan dengan pihak industri menerusi dialog, perbincangan dan perkongsian pendapat penting dalam usaha memperkukuh keselamatan dan mengawal jenayah siber di negara ini.
![Perisian Kaspersky diharamkan di Amerika Syarikat Perisian Kaspersky diharamkan di Amerika Syarikat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81718934994_KasperksyLab.jpg)
Perisian Kaspersky diharamkan di Amerika Syarikat
Kaspersky dikatakan mendatangkan risiko sekuriti kerana didakwa mempunyai hubungan rapat dengan kerajaan Rusia.
![Google labur RM9.4 bilion, bangunkan pusat data dan wilayah awan di Malaysia Google labur RM9.4 bilion, bangunkan pusat data dan wilayah awan di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81717035998_tbAlphabetIncGoog.jpg)
Google labur RM9.4 bilion, bangunkan pusat data dan wilayah awan di Malaysia
Google mengumumkan pelaburan bernilai RM9.4 bilion (USD2 bilion) untuk menempatkan pusat data Google dan wilayah awan Google pertamanya di Malaysia.
![MITI bakal umum aspek penting keselamatan siber, sokongan AI - Tengku Zafrul MITI bakal umum aspek penting keselamatan siber, sokongan AI - Tengku Zafrul](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51716980836_Zafrul.jpg)
MITI bakal umum aspek penting keselamatan siber, sokongan AI - Tengku Zafrul
MITI dijangka membuat satu atau dua pengumuman penting beberapa hari lagi sebagai susulan terhadap Rang Undang-Undang Keselamatan Siber 2024 yang diluluskan pada April lepas.
![Hampir 40 peratus serangan siber di Malaysia libatkan akaun pembuatan, sektor kerajaan pada 2023 Hampir 40 peratus serangan siber di Malaysia libatkan akaun pembuatan, sektor kerajaan pada 2023](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/61683697104_CyberAttack.jpg)
Hampir 40 peratus serangan siber di Malaysia libatkan akaun pembuatan, sektor kerajaan pada 2023
Tiga sektor sasaran utama ialah pembuatan (20 peratus), kerajaan (18.2 peratus) serta teknologi, media dan telekomunikasi (14.5 peratus).
![Deftech, UPNM tingkat R&D berkaitan sistem pesawat tanpa pemandu, sektor automotif Deftech, UPNM tingkat R&D berkaitan sistem pesawat tanpa pemandu, sektor automotif](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81715309981_DEFTECHjpg.jpg)
Deftech, UPNM tingkat R&D berkaitan sistem pesawat tanpa pemandu, sektor automotif
Kerjasama akan menyaksikan kedua-dua pihak meningkatkan inisiatif R&D bersama untuk teknologi sistem tanpa pemandu.