KUALA LUMPUR : Kerajaan disaran memantau tahap harga perumahan mampu milik atau mampu sewa memandangkan akses perumahan ditentukan oleh kemampuan isi rumah.
Pengerusi Khazanah Research Institute (KRI) Tan Sri Nor Mohamaed Yakcop berkata, ketetapan harga yang tinggi serta tidak mampu dibeli atau disewa di pasaran bebas boleh meningkatkan bilangan isi rumah terjerumus ke dalam sektor sosial.
“Laporan KRI 2015 lalu telah memberi bayangan bahawa jika pasaran bebas dibiarkan membina rumah yang mahal sahaja, maka bukan sahaja golongan B40, tetapi juga golongan M40 juga terpaksa mendapat bantuan Kerajaan dari segi akses perumahan. Malangnya, kita melihat fenomena ini sudah pun berlaku,” katanya semasa berucap melancarkan Pelancaran Laporan Kajian Terkini KRI Yang Bertajuk, "Kesejahteraan Kediaman Golongan Miskin Bandar: Kajian Program Perumahan Rakyat (PPR)” di sini pada Rabu.
Ujarnya lagi, bantuan Kerajaan biasanya diberikan apabila harga rumah yang dibekalkan oleh sektor pasaran gagal memenuhi keperluan golongan miskin.
“Walau bagaimanapun, apabila bantuan Kerajaan diberikan untuk lebih dari separuh atau hampir keseluruhan penduduk, ini menunjukkan kegagalan penyediaan perumahan yang dipacu oleh pasaran swasta,” ujarnya.
Dalam pada itu, beliau turut membangkitkan isu perumahan usang dan tidak berkualiti melibatkan perumahan sosial untuk golongan miskin.
“Lima kompleks Projek Perumahan Rakyat (PPR) yang KRI kaji, perumahan berada dalam kualiti yang tidak baik kerana pembiayaan yang tidak cukup untuk kerja penyelenggaraan dan pembaikan.
“Kebanyakan bangunan tidak menyediakan perkhidmatan penyelenggaraan berjadual untuk mengelakkan kerosakan bangunan yang berlarutan. Keadaan ini lebih serius di kompleks yang berkepadatan tinggi,” tambahnya lagi.
Faktor berkenaan katanya memberi kesan kepada kesejahteraan penduduk, selain meningkatkan kos penyelenggaraan kepada mereka.
Katanya lagi, sistem perumahan sosial yang komprehensif hendaklah bermula dengan pernyataan objektif dan matlamat.
“Penanda aras antarabangsa untuk dasar perumahan sosial umumnya menyokong beberapa prinsip. Pertama, kesejahteraan kehidupan bagi golongan berkeperluan terutama dalam berdepan isu kos sara hidup pada hari ini.
"Kedua, rumah transit untuk golongan kurang berkemampuan. Ketiga, mampu berinteraksi dengan masyarakat umum dengan kompleks perumahan sentiasa diselenggara dengan baik dan keempat, kestabilan penyewaan,” jelas beliau lagi.
Beliau juga melihat, wujud ‘universal housing que’ yang menyukarkan golongan miskin untuk menduduki perumahan yang baik.
“Manakala, mereka yang berada di julat terdekat dengan miskin akan kekal dengan perumahan kualiti rendah di pasaran bebas. Pilihan kediaman yang sangat terhad bagi isi rumah untuk beralih dari sektor sosial pada pasaran bebas,” ujar beliau.
Justeru katanya, Laporan KRI mencadangkan pendekatan menyeluruh perumahan sosial melalui tiga teras dan sembilan saranan polisi, yang merangkumi pengurusan isi rumah, unit perumahan PPR serta pengurusan unit perumahan sektor swasta.
"Langkah itu bagi mengelakkan isi rumah yang beralih dari perumahan sosial daripada tinggal dalam keadaan yang memudaratkan di pasaran bebas," katanya.
Rahimah Abdullah
Wed Mar 15 2023
Kerajaan disaran memantau tahap harga perumahan mampu milik atau mampu sewa memandangkan akses perumahan ditentukan oleh kemampuan isi rumah. - Fail
Hidup mati atas jalan raya, lindungilah kebajikan kami...
Sampai bila kebajikan pekerja gig dilayan seperti anak tiriā¦
Itu antara suara mereka yang terlibat dalam sektor ekonomi gig, menganggap gesaan pemain industri untuk menangguhkan pembentangan Rang Undang-Undang Pekerja Gig sama sekali tidak wajar.
Laporan lanjut, ikuti tinjauan disediakan wartawan Khalis Khadir.
Itu antara suara mereka yang terlibat dalam sektor ekonomi gig, menganggap gesaan pemain industri untuk menangguhkan pembentangan Rang Undang-Undang Pekerja Gig sama sekali tidak wajar.
Laporan lanjut, ikuti tinjauan disediakan wartawan Khalis Khadir.
AWFF: 'Abang Adik' menang filem terbaik di Los Angeles
Filem tersebut berjaya mengetepikan 15 filem lain dari seluruh Asia untuk memenangi Piala Snow Leopard.
AWFF: Kemenangan 'Abang Adik' subur harapan ke Oscar
Kemenangan itu menyuburkan harapan untuk melihat ia tersenarai dalam pencalonan lima terbaik di Anugerah Akademi tahun depan.
RUU Keselamatan Dalam Talian: Seimbangkan hak dan perlindungan
OSAG berkata terdapat kebimbangan mengenai beberapa penyelesaian yang dicadangkan, dan mereka kini sedang menunggu jawapan daripada Bahagian Hal Ehwal Undang-undang di bawah Jabatan Perdana Menteri
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 22 November 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kepengerusian ASEAN 2025: Perkukuh komuniti dan tangani cabaran serantau - Mohamad
Sebagai Pengerusi ASEAN 2025, Malaysia berperanan penting dalam memperkukuhkan komuniti ASEAN dan menangani cabaran serantau yang semakin kompleks, kata Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan.
Kepengerusian ASEAN 2025: Malaysia sediakan ruang dialog pertahanan konstruktif, progresif
Malaysia berhasrat menyediakan platform serta ruang perbincangan mengenai pertahanan yang konstruktif, terbuka dan progresif untuk rakan-rakan dialog strategik semasa tempoh kepengerusian ASEAN.
Ops Tiris: KPDN Sarawak catat 119 kes, nilai rampasan lebih RM20 juta
KPDN Sarawak mencatatkan 119 kes yang melibatkan nilai rampasan sejumlah RM21.5 juta sejak pelaksanaan Ops Tiris 3.0 dari 1 Jan hingga 20 Nov lepas.
Bin Zayed International komited labur AS$2 bilion di Malaysia
BZI akan memanfaatkan hartanah, tenaga boleh baharu dan perkhidmatan kewangan untuk menarik pelaburan ke Malaysia.
Kerajaan disaran pantau harga perumahan mampu milik atau mampu sewa- KRI
Kerajaan disaran memantau tahap harga perumahan mampu milik atau mampu sewa memandangkan akses perumahan ditentukan oleh kemampuan isi rumah.