KUALA LUMPUR: Kerajaan disaran mengkaji semula syarat permohonan subsidi yuran pengasuhan kanak-kanak memandangkan syarat utama permohonan iaitu pendapatan per kapita isi rumah tidak lagi setara dengan kadar gaji minimum.
Senator Nuridah Mohd Salleh berkata pendapatan per kapita isi rumah yang ditetapkan bagi permohonan subsidi itu adalah RM800 untuk kawasan bandar manakala RM500 bagi kawasan luar bandar.
"Kerajaan perlu mengkaji semula syarat kelayakan penerimaan subsidi ini kerana jarang kita dengar di bandar besar terutamanya Lembah Klang, gaji per kapita RM800 sebulan sedangkan kadar gaji minimum pun melebihi nilai tersebut," katanya ketika sesi perbahasan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) di Dewan Negara hari ini.
Kerajaan menetapkan subsidi yuran pengasuhan RM180 sebulan untuk seorang kanak-kanak hadir ke Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat bagi keluarga yang layak.
Dalam pada itu, Nuridah turut membangkitkan mengenai isu geran penubuhan TASKA di tempat kerja yang telah diperkenalkan sejak 2019 dengan mempersoalkan mengenai jumlah majikan yang telah memanfaat geran itu bagi mewujudkan taska di tempat kerja untuk kemudahan kakitangan mereka.
Geran penubuhan TASKA di tempat kerja adalah peruntukan untuk penubuhan dan penyelenggaraan TASKA di bangunan kerajaan persekutuan atau kerajaan negeri.
Nuridah juga mencadangkan supaya geran itu diperluaskan kepada sektor swasta bagi mengurangkan kos bebanan kewangan yuran TASKA yang tinggi sehingga ada mencecah RM500 sebulan.
"Hal ini amat membebankan golongan wanita bekerja lebih-lebih lagi pendapatan diterima adalah kecil pada masa sama perlu belanjakan sebahagian untuk yuran asuhan anak-anak," katanya.
Persidangan Dewan Negara bersambung Isnin.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 14 2021
Kerajaan menetapkan subsidi yuran pengasuhan RM180 sebulan untuk seorang kanak-kanak hadir ke Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat bagi keluarga yang layak. - Gambar hiasan
Makaf sasar sembilan pingat emas Sukan SEA 2027
Skuad karate negara sedang mengatur strategi sebagai persediaan Malaysia menjadi tuan rumah temasya Sukan SEA 2027 dengan sasaran sembilan pingat emas.
Presiden Persekutuan Karate Malaysia (Makaf), Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, pencapaian pada 2001 di Kuala Lumpur perlu dijadikan sandaran berbanding kutipan enam pingat emas ketika temasya 2017.
Presiden Persekutuan Karate Malaysia (Makaf), Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, pencapaian pada 2001 di Kuala Lumpur perlu dijadikan sandaran berbanding kutipan enam pingat emas ketika temasya 2017.
KTMB sediakan 2 ETS tambahan KL Sentral-Padang Besar
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan dua perkhidmatan tren elektrik (ETS) tambahan bagi laluan pergi balik KL Sentral-Padang Besar, sempena sambutan Hari Natal dan cuti sekolah penggal ketiga tahun ini.
Subsidi: Wajar diteruskan, ambil langkah banteras penyelewengan
Dr Barjoyai berkata, subsidi harus diteruskan namun perlu memberi penekanan terhadap usaha membanteras penyelewengan.
PDRM kutip lebih RM1 juta saman pada hari pertama
Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya mengutip RM1.03 juta pembayaran saman setakat 3 petang pada hari pertama penganjuran Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada Jumaat.
Hidup mati atas jalan raya, lindungilah kebajikan kami...
Sampai bila kebajikan pekerja gig dilayan seperti anak tiriā¦
Itu antara suara mereka yang terlibat dalam sektor ekonomi gig, menganggap gesaan pemain industri untuk menangguhkan pembentangan Rang Undang-Undang Pekerja Gig sama sekali tidak wajar.
Laporan lanjut, ikuti tinjauan disediakan wartawan Khalis Khadir.
Itu antara suara mereka yang terlibat dalam sektor ekonomi gig, menganggap gesaan pemain industri untuk menangguhkan pembentangan Rang Undang-Undang Pekerja Gig sama sekali tidak wajar.
Laporan lanjut, ikuti tinjauan disediakan wartawan Khalis Khadir.
AWFF: 'Abang Adik' menang filem terbaik di Los Angeles
Filem tersebut berjaya mengetepikan 15 filem lain dari seluruh Asia untuk memenangi Piala Snow Leopard.
AWFF: Kemenangan 'Abang Adik' subur harapan ke Oscar
Kemenangan itu menyuburkan harapan untuk melihat ia tersenarai dalam pencalonan lima terbaik di Anugerah Akademi tahun depan.
RUU Keselamatan Dalam Talian: Seimbangkan hak dan perlindungan
OSAG berkata terdapat kebimbangan mengenai beberapa penyelesaian yang dicadangkan, dan mereka kini sedang menunggu jawapan daripada Bahagian Hal Ehwal Undang-undang di bawah Jabatan Perdana Menteri
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 22 November 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kerajaan tidak cadang tarik balik subsidi yuran universiti awam - Khaled Nordin
Beliau berkata ia selaras komitmen kerajaan untuk memastikan semua rakyat tidak tercicir dalam mendapatkan akses pendidikan tinggi.
Kerajaan disaran kaji semula syarat permohonan subsidi yuran pengasuhan taska
Kerajaan disaran mengkaji semula syarat permohonan subsidi yuran pengasuhan kanak-kanak.