PUTATAN: Kerajaan diminta mengambil tindakan segera mengatasi masalah banjir kilat di daerah ini yang turut menjejaskan beberapa sekolah termasuk Sekolah Kebangsaan (SK) Tombovo dan kampung berdekatan.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Petagas Datuk Awang Ahmad Sah berkata kejadian banjir kilat di kawasan itu bukanlah perkara baharu dan sekolah terbabit sering berdepan masalah sama setiap kali hujan berterusan susulan sistem perparitan yang sering tersumbat.
"Kerajaan perlu mencari jalan jangka pendek seperti memastikan parit di belakang sekolah ini mesti sentiasa dikorek agar air (hujan) tidak cepat penuh dan melimpah masuk di kawasan sekolah," katanya dalam kenyataan, pada Isnin.
Awang Ahmad yang juga Ketua Penerangan Parti Warisan itu berkata demikian bagi mengulas gambar dan video sekolah tersebut dinaiki air menimbulkan kesukaran buat guru serta pelajar susulan banjir kilat yang tular di media sosial.
Mengulas lanjut, Awang Ahmad berkata beliau difahamkan keadaan banjir kilat di kawasan itu bakal berakhir apabila projek Tebatan Banjir Fasa 3 Putatan, bernilai lebih RM400 juta, siap dibina.
Beliau juga tidak menafikan banjir kilat berlaku di beberapa kampung sekitar daerah itu berpunca daripada kerja-kerja pembinaan projek skim pembentungan yang sedang dijalankan sejak beberapa bulan lepas kerana telah menghalang aliran air ke Sungai Lembising dan seterusnya ke laut.
Menurutnya, lebih 5,000 penduduk kampung terlibat selain pengguna jalan raya turut mengadu tentang keadaan jalan raya rosak sejak projek berkenaan dijalankan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 09 2022

Kerajaan diminta mengambil tindakan segera mengatasi masalah banjir kilat di daerah ini yang turut menjejaskan beberapa sekolah termasuk Sekolah Kebangsaan (SK) Tombovo dan kampung berdekatan. - Gambar fail/JPBD Putatan

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Kerajaan diminta ambil tindakan segera tangani banjir kilat di Putatan
Kerajaan diminta mengambil tindakan segera mengatasi masalah banjir kilat di daerah ini yang turut menjejaskan beberapa sekolah termasuk Sekolah Kebangsaan (SK) Tombovo dan kampung berdekatan.