KUALA TERENGGANU: Kerajaan Terengganu digesa untuk memperketat pemantauan terhadap penganjuran acara hiburan yang melalaikan bagi mengekang penularan budaya hedonisme yang dilihat semakin memburuk di negeri itu.
Dr Riduan Mohamad Nor (PAS-Jertih) berkata Terengganu yang mempunyai rekod cemerlang dalam pembangunan sahsiah dan akademik pelajarnya dilihat semakin dihimpit isu peningkatan gejala sosial terutamanya dalam kalangan anak muda.
"Sebab itu kerajaan kena kemaskan pemantauan dan penguatkuasaan Garis Panduan Hiburan, Persembahan Kebudayaan, Pelancongan dan Sukan Negeri Terengganu yang ada ketika ini sebab kita risau takut ada terlepas masuk program hiburan seperti konsert yang melampaui batas misalnya.
"Kalau ada program sebegini, kita bimbang ia akan bawa kepada masalah hiliran yang lain seperti kegiatan seks bebas dan penagihan dadah terutamanya dalam kalangan anak muda ... mereka ini perlu dibentuk dengan lingkungan sosial yang baik menerusi pengawasan daripada kerajaan, bukan ibu bapa semata-mata," katanya.
Beliau berkata demikian ketika sesi perbahasan Belanjawan Terengganu 2024 pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.
Riduan turut mendedahkan kedudukan Terengganu dalam beberapa isu sosial antaranya sebagai yang tertinggi dalam masalah penggunaan dadah, kedua tertinggi dalam penggunaan vape dan ketiga paling ramai perokok di dalam negara.
"Perkara ini membuktikan seolah-olah rakyat Terengganu merasakan semua permasalahan ini tiada apa-apa ... termasuklah golongan imam masjid sekalipun. Berbeza dengan kelompok kelas pertengahan di Lembah Klang.
"Justeru, kerajaan negeri perlu menjalankan kempen yang lebih tegas untuk mendidik masyarakat dan ia perlu dipastikan dijalankan dengan baik terutamanya di peringkat akar umbi kita. Jangan sesekali jadikan isu bajet sebagai alasan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 28 2023

Dr Riduan berkata Terengganu yang mempunyai rekod cemerlang dalam pembangunan sahsiah dan akademik pelajarnya dilihat semakin dihimpit isu peningkatan gejala sosial. - Gambar fail/Bernama

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

JAKIM ambil serius isu lelaki berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
JAKIM mengambil serius terhadap isu tular membabitkan lelaki Muslim yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada Ahad.

Anak lelaki Taib Mahmud kongsi kenangan manis bersama bapa
Taib Mahmud merupakan seorang yang sangat komited terhadap kerja, kata anak lelakinya Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Taib.

Kerajaan digesa tingkat aktiviti pemantauan acara hiburan
Kerajaan Terengganu digesa untuk memperketat pemantauan terhadap penganjuran acara hiburan yang melalaikan bagi mengekang penularan budaya hedonisme yang dilihat semakin memburuk di negeri itu.

Freedom Festival raikan perpaduan, keharmonian rakyat Malaysia
Penganjuran acara berkenaan adalah bagi menghimpunkan semua peringkat masyarakat berbilang kaum sekali gus memupuk perpaduan semua pengunjung.

Adakan solat hajat, batalkan acara hiburan, titah Sultan Perak
Dalam kenyataan rasmi, Baginda juga beri perkenan untuk Yayasan Sultan Azlan Shah mengurniakan pakaian dan kasut sekolah kepada setiap pelajar mangsa banjir.