Perhimpunan yang khusus untuk semua rakyat Malaysia bagi memupuk perpaduan dan keharmonian bakal diterjemah dalam bentuk sebuah acara hiburan dan gaya hidup.
Dinamakan Freedom Festival, ia adalah platform untuk menyaksikan pelbagai persembahan muzik, mencuba variasi pilihan makanan yang menarik, selain menyertai aktiviti yang menarik perhatian ramai.
Penaung bagi acara ini adalah Timbalan PErdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail manakala Pertubuhan Prihatin Harapan Insan merupakan badan bukan kerajaan (NGO) rasmi bagi festival tersebut.
Bakal berlangsung pada 3 November depan bersamaan hari Sabtu, Freedom Festival yang dianjurkan oleh syarikat pengurusan acara Bsynclive Sdn. Bhd. itu merupakan platform muzik dengan pelbagai aktiviti untuk seisi keluarga.
Festival tersebut akan diadakan di Bandar Malaysia, Sungai Besi, Kuala Lumpur bermula pukul 10 pagi hingga tengah malam.
Pesta untuk semua
Pihak penganjur, Bsynclive yang diwakili Adam Sofian dan Shamil Yusof menyatakan bahawa penganjuran acara berkenaan diadakan bagi menghimpunkan semua peringkat masyarakat berbilang kaum sekali gus memupuk perpaduan untuk semua pengunjung.
Adam menambah bahawa penganjuran festival sepanjang hari itu akan diselitkan dengan pelbagai aktiviti menarik untuk pengunjung antaranya pembukaan gerai makanan, pameran seni dan karya grafiti, pameran pesawat udara dan persembahan artis.
“Kami sentiasa percaya rakyat Malaysia ada kebebasan untuk meraikan perpaduan tidak kira dalam apa jua bentuk sekali pun.
“Menerusi penganjuran Freedom Festival ini, kami sangat berharap agar pengunjung yang datang dapat menikmati acara yang disediakan tidak kira muzik, makanan, gerai jualan dan pameran. Sekali gus dapat merasai nikmatnya perpaduan antara semua bangsa.
“Oleh kerana itu Freedom Festival tidak dikenakan sebarang bayaran kerana kami mahu pengunjung hadir dan menikmati acara yang disediakan dengan bebas,” ujarnya yang meletakkan sasaran kehadiran seramai 50,000 pengunjung pada hari tersebut.
Bagi acara muzik, Freedom Festival membariskan nama-nama artis popular yang akan membuat persembahan pada hari itu bagi menarik lebih ramai pengunjung untuk hadir memeriahkan suasana.
Antaranya Hujan, Kugiran Masdo, Yuna, Datuk Zainal Abidin, Bittersweet, Reshmonu, Aman RA, Salam Musik, Plague of Happiness, DJ Blink, Pesawat, Mafidz dan Ryot Jones.
Tarikan lokasi
Ditanya tentang lokasi, Shamil menjelaskan, pemilihan Bandar Malaysia dibuat kerana tempatnya yang unik dan mempunyai tarikan tersendiri.
Hal ini kerana, ia merupakan lapangan terbang pertama dibina di negara ini dan merupakan lokasi ikonik bagi rakyat Malaysia sendiri.
"Bandar Malaysia mempunyai nilai sentimental buat rakyat Malaysia sebab di sini terdapatnya kapal terbang tertua negara iaitu Rajawali yang mempunyai sejarah besar untuk negara. Ia juga akan dibuka kepada pengunjung pada hari itu.
“Malah di sini ada pelbagai kemudahan mesra acara yang akan memudahkan perjalanan festival itu berlangsung sepanjang hari,” kata Shamil.
Kumpulan terkenal Hujan yang bakal membuat persembahan pada hari itu juga menyifatkan himpunan pemuzik lama dan baharu di atas pentas sama juga boleh menepati objektif penganjuran festival.
Sebarang maklumat lanjut berkenaan Freedom Festival, sila layari www.freedomfestivalmalaysia.com.
Bagi pengunjung yang hadir pada hari tersebut, penganjur ada menyediakan perkhidmatan bas ulang-alik dari Pasar Seni ke lokasi festival selain khidmat pengangkutan Grab.
Astro Awani
Sat Oct 20 2018
Antara penggiat seni yang akan menjayakan persembahan sempena Freedom Festival pada 3 November nanti. - Astro AWANI
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pelajar ditemukan lemas selepas tergelincir ke dalam tali air di Kota Bharu
Muhamad Faris Mohd Nor berusia 14 tahun ditemukan di dasar tali air berkenaan pada kedalaman kira-kira lapan meter.
Tumpuan Sabtu – 23 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
It's About YOUth: Project EXIT uncovers mental health struggles
Astro Shaw’s Project EXIT shines a stark light on suicide and mental health. Director Zulaikha Zakaria and producer Syakir “Mo” Zakii discuss how the series delves into the realities of mental health, friendship, and the search for hope. #ItsAboutYOUth
AWANI Tonight: PM’s travels funded by govt, not private companies - Minister
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s overseas trips to five countries were funded by the government, while corporate executives covered their own costs.
AWANI Tonight: What are the implications of ICC’s arrest warrant for Israel & Hamas?
Aisya Abdul Rahman from University Malaya discusses the significance of the International Criminal Court’s recent arrest warrant for Israel’s Prime Minister and former Defence Minister, as well as the military commander of Hamas.
Situasi banjir di Terengganu, Perak bertambah buruk, Kelantan kembali dilanda
Situasi banjir di Terengganu dan Perak terus mencatatkan peningkatan, manakala Kelantan menjadi negeri terbaharu di landa banjir setakat 8 malam tadi.
Anak lelaki Taib Mahmud kongsi kenangan manis bersama bapa
Taib Mahmud merupakan seorang yang sangat komited terhadap kerja, kata anak lelakinya Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Taib.
Kerajaan digesa tingkat aktiviti pemantauan acara hiburan
Kerajaan Terengganu digesa untuk memperketat pemantauan terhadap penganjuran acara hiburan yang melalaikan bagi mengekang penularan budaya hedonisme yang dilihat semakin memburuk di negeri itu.
Freedom Festival raikan perpaduan, keharmonian rakyat Malaysia
Penganjuran acara berkenaan adalah bagi menghimpunkan semua peringkat masyarakat berbilang kaum sekali gus memupuk perpaduan semua pengunjung.
Adakan solat hajat, batalkan acara hiburan, titah Sultan Perak
Dalam kenyataan rasmi, Baginda juga beri perkenan untuk Yayasan Sultan Azlan Shah mengurniakan pakaian dan kasut sekolah kepada setiap pelajar mangsa banjir.