KUALA PERLIS: Gabungan Pengilang Beras Malaysia mencadangkan pihak Seksyen Badan Kawalselia Padi dan Beras, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) mewujudkan hanya satu gred tunggal untuk beras putih dan tidak perlu lagi melabelkannya dengan Beras Putih Tempatan dan Besar Putih Import seperti kelaziman.
Pengerusi gabungan itu Marzukhi Othman berkata langkah itu penting untuk memastikan tiada sebarang manipulasi di peringkat pemborongan sekali gus dapat mengelakkan pengguna tertipu dengan beras yang dibeli.
Beliau mendakwa terdapat pemborong mencampurkan beras tempatan dengan beras import dan kemudian menjual beras itu sebagai beras import sepenuhnya pada harga yang tidak terkawal.
"...semua pihak tahu beras tempatan jauh lebih baik kualiti, tetapi beras import juga dapat nama...selagi mana ada dua gred beras putih pada harga berbeza, ia tidak akan menyelesaikan masalah penyelewengan sekiranya berlaku lonjakan harga import di masa hadapan," katanya pada sidang media di sini semalam.
Marzukhi berkata industri padi beras negara mampu menjadi lebih stabil dan harmoni sekiranya ada gred tunggal beras putih dengan pemain industri termasuk pesawah, pengilang, pemborong dan peruncit dapat menguruskan tanggungjawab masing-masing secara lebih terkawal dan terancang.
"Daripada segi penetapan harga untuk gred tunggal ini, terpulang kepada pihak kerajaan untuk membuat ketetapan," katanya.
Sementara itu, beliau berkata pengilang-pengilang beras Malaysia menyambut baik hasrat kerajaan yang mengkaji cadangan menaikkan harga siling beras putih tempatan (BPT) seperti mana dinyatakan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu, pada 12 Nov lepas.
"Saya harap ia dapat segera dilakukan (semak semula harga siling BPT), jika harga siling beras putih ini naik, harga padi pun akan naik dan secara langsung akan membantu meningkatkan pendapatan pesawah," katanya.
Sebelum ini, media melaporkan Seskyen Kawalselia Padi dan Beras mendapati harga siling beras putih itu wajar dinaikkan daripada RM2.60 sekilogram kepada RM3.20 sekilogram untuk menjaga masa depan semua pihak terlibat dalam rantaian pengeluaran bahan makanan itu terutama pesawah.
Ketua Pengarah Kawalselia Padi dan Beras Datuk Azman Mahmood dilapor berkata penetapan harga siling beras putih berkenaan pada kadar RM2.60 itu tidak disemak sejak 15 tahun lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 15 2023
Seskyen Kawalselia Padi dan Beras mendapati harga siling beras putih wajar dinaikkan daripada RM2.60 kepada RM3.20 sekilogram untuk menjaga masa depan semua pihak, terutama pesawah. - Gambar hiasan
[TERKINI] Luruan monsun kuat hingga hujung bulan, amaran hujan berterusan
MetMalaysia jangkakan luruan monsun kuat berlanjutan hingga hujung bulan ini, berpotensi sebabkan hujan sangat lebat dan berterusan
Enam lelaki bertopeng samun tiga klogram emas
Enam lelaki bertopeng melarikan kira-kira tiga kilogram emas dalam kejadian samun di hadapan sebuah premis pemprosesan emas di Jalan Bendahara, Ipoh.
Gunung Dukono di Indonesia meletus, amaran penerbangan dikeluarkan
Letusan berlaku pada 9.43 pagi waktu tempatan, memuntahkan awan mengandungi abu tebal berwarna putih hingga kelabu setinggi 4,600 meter ke udara.
Lawatan kerja ke Korea Selatan berjaya raih potensi pelaburan RM32.8 bilion - PM Anwar
RM32.8 bilion potensi pelaburan dan eksport dari Malaysia dengan nilai RM1.3 bilion berjaya diraih melalui lawatan kerja Perdana Menteri ke Korea Selatan.
Isu pemindahan nama rumah kos rendah masih lagi membelenggu rakyat
Ahli Parlimen Ampang Rodziah Ismail berkata isu pemindahan nama rumah kos rendah dan kos sederhana rendah masih lagi membelenggu rakyat.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Perdana Menteri sampai sumbangan khas kepada mangsa banjir di Melaka
Sumbangan disampaikan oleh Setiausaha Politik Kanan beliau, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin pada satu majlis di Tanjung Minyak.
Negeri Sembilan semak semula Enakmen Pengawalan Sekolah Agama Islam 1996
Kerajaan Negeri Sembilan melalui JHEAINS dan MAINS sedang menyemak semula Enakmen Pengawalan Sekolah-sekolah Agama Islam 1996.
Ekonomi digital Malaysia naik 16 peratus ke RM141 bilion
Dalam satu laporan, Google berkata tiga faktor penyumbang utama adalah e-dagang, pelancongan dalam talian dan perkhidmatan kewangan digital.
Hujan lebat berterusan tahap bahaya di Terengganu, Pahang hingga Jumaat ini
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan tahap bahaya dijangka berlaku di beberapa kawasan di Terengganu dan Pahang hingga Jumaat ini.
[TERKINI] Ucapan PM Anwar di Universiti Kebangsaan Seoul
Ikuti langsung ucapan khas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertajuk "Strategic Partners in a Complex World: Malaysia, Korea, and the Future of Asia" di Universiti Kebangsaan Seoul.
#AWANInews
#AWANInews
Kerajaan bincang selaras isu beras, cadangan gred tunggal beras putih - Mat Sabu
Kerajaan akan mengadakan perbincangan lanjut berhubung cadangan mewujudkan hanya satu gred tunggal untuk beras putih.
Kerajaan dicadang wujudkan hanya satu gred tunggal beras putih
Langkah itu penting untuk memastikan tiada sebarang manipulasi di peringkat pemborongan.