Jawatankuasa Perundingan Khas selaku penyedia rangka tindakan holistik profesion undang-undang negara sedang membuat konsultasi dengan pelbagai pihak berkepentingan termasuk pakar perundangan dan orang awam sebelum meminda Akta Profesion Undang-Undang 1976.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, proses konsultasi termasuk memuat naik laporan Focus Group Discussion yang terakhir seperti diluluskan Jawatankuasa Perunding Khas di laman web khas bagi tujuan konsultasi awam secara atas talian.
"Jawatankuasa Perundingan Khas ini dipengerusikan oleh saya sendiri selaku menteri bertanggungjawab ke atas hal ehwal undang-undang dan dianggotai oleh pihak berkepentingan serta pakar dalam bidang perundangan.
"Keahlian jawatankuasa ini meliputi wakil-wakil daripada Jabatan Peguam Negara; Penasihat Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri; Majlis Peguam; Mahkamah; Persatuan undang-Undang Sabah; Persatuan Peguambela Sarawak; Persatuan Peguam Syarie; pengamal undang-undang serta dekan fakulti undang-undang daripada institusi pendidikan tinggi awam.
"Harapan pihak kerajaan agar pindaan ini diterima oleh semua pihak bukan sahaja pengamal undang-undang tetapi semua pihak berkepentingan," katanya pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan Datuk Che Mohamad Zulkifly Jusoh (BN-Setiu) yang ingin mengetahui apakah status pelaksanaan berkenaan cadangan kerajaan untuk meminda Akta Profesion Undang-undang 1976 dan apakah antara pindaan-pindaan yang sedang dipertimbangkan.
Tambah Azalina, mesyuarat pertama Jawatankuasa Perundingan Khas pada 11 Julai lalu telah membincangkan hala tuju dan gerak kerja jawatankuasa tersebut serta cadangan isu-isu yang akan dikaji bagi tujuan penyediaan rangka tindakan.
Mesyuarat itu juga katanya telah memutuskan penubuhan beberapa jawatankuasa kecil yang akan diterajui oleh ahli-ahli Jawatankuasa Perundingan Khas untuk mengkaji setiap isu-isu secara spesifik.
Harits Asyraf Hasnan
Tue Oct 31 2017
Jawatankuasa Perundingan Khas sedang membuat konsultasi dengan pelbagai pihak berkepentingan.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Tumpuan Sabtu – 23 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
It's About YOUth: Project EXIT uncovers mental health struggles
Astro Shaw’s Project EXIT shines a stark light on suicide and mental health. Director Zulaikha Zakaria and producer Syakir “Mo” Zakii discuss how the series delves into the realities of mental health, friendship, and the search for hope. #ItsAboutYOUth
AWANI Tonight: PM’s travels funded by govt, not private companies - Minister
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s overseas trips to five countries were funded by the government, while corporate executives covered their own costs.
AWANI Tonight: What are the implications of ICC’s arrest warrant for Israel & Hamas?
Aisya Abdul Rahman from University Malaya discusses the significance of the International Criminal Court’s recent arrest warrant for Israel’s Prime Minister and former Defence Minister, as well as the military commander of Hamas.
Situasi banjir di Terengganu, Perak bertambah buruk, Kelantan kembali dilanda
Situasi banjir di Terengganu dan Perak terus mencatatkan peningkatan, manakala Kelantan menjadi negeri terbaharu di landa banjir setakat 8 malam tadi.
AWANI Tonight: Clear gig worker sector categories needed for stronger protection
ISIS Malaysia's Farah Nabilah Abdul Rahman calls for clearer categorising of gig work sectors to enable better protection and regulations.
AWANI Tonight 22 Nov 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. Govt, not private companies, funded PM's overseas travel, clarifies Fahmi
2. Significant or symbolic? Impact of the ICC's arrest warrant for Netanyahu
#AWANIEnglish #AWANINews
1. Govt, not private companies, funded PM's overseas travel, clarifies Fahmi
2. Significant or symbolic? Impact of the ICC's arrest warrant for Netanyahu
#AWANIEnglish #AWANINews
Kerajaan di peringkat konsultasi berhubung pindaan Akta Profesion Undang-Undang
Jawatankuasa Perundingan Khas sedang membuat konsultasi dengan pelbagai pihak berkepentingan sebelum meminda Akta Profesion Undang-Undang 1976.