KUALA LUMPUR:Kerajaan akan membincangkan isu mengenai keperluan mewujudkan pusat kuarantin di Pulau Omadal, Semporna, Sabah dalam mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN), esok.
Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perkara itu akan diteliti secara menyeluruh dengan mengambil kira faktor kesesuaian lokasi dan petugas Kementerian Kesihatan (KKM).
"Ini membabitkan individu tidak berdokumen dan ia bukan semata-mata tanggungjawab KKM. Betul, KKM akan ambil tindakan terhadap mereka didapati positif dengan mengadakan saringan dan sebagainya.
"Tetapi apabila membabitkan individu atau warga asing tidak berdokumen, maka Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) perlu dilibatkan. Jadi ini tidak boleh sewenang-wenangnya kerana ia membabitkan masalah imigresen.
"Saya akan bawa perkara ini dalam mesyuarat khas esok untuk dibincangkan, terutamanya bagi kes seperti ini dan untuk mewujudkan pusat kuarantin baharu di pulau berkenaan.
"Mungkin MKN Sabah boleh menasihatkan pihak mesyuarat esok," katanya dalam sidang media di sini pada Ahad.
Sebelum ini tular dalam media sosial dakwaan KKM enggan mengambil risiko untuk menguruskan pesakit COVID-19 tidak mempunyai dokumen yang menetap di pulau berkenaan.
Dalam perkembangan lain, Ismail Sabri berkata, pihaknya juga berbincang dengan KKM melibatkan isu pembukaan taman asuhan kanak-kanak (TASKA) bagi ibu bapa yang bekerja ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
"Seperti kita tahu, kumpulan berisiko tinggi warga adalah warga emas dan kanak-kanak, sebab itu TASKA antara yang lambat dibuka selepas PKPP pada Mei dulu.
"Tetapi kita akan bincang dengan KKM bagaimana untuk bantu ibu bapa yang bekerja dan tidak ada tempat untuk tinggal anak-anak dan keputusan kelak mesti mendapat persetujuan daripada KKM," katanya.
Fauzi Suhaimi
Sun Nov 01 2020
![Kerajaan bincang keperluan wujud pusat kuarantin di Pulau Omadal Kerajaan bincang keperluan wujud pusat kuarantin di Pulau Omadal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/51603962799_TBISMAILSABRIPKPP.jpg)
Ismail Sabri berkata, perkara itu akan diteliti secara menyeluruh dengan mengambil kira faktor kesesuaian lokasi dan petugas KKM. - Gambar BERNAMA
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Malaysia, Korea Selatan adakan rundingan dua hala Malaysia, Korea Selatan adakan rundingan dua hala](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41719578796_MalaysiaKorea.jpg)
Malaysia, Korea Selatan adakan rundingan dua hala
Malaysia dan Korea Selatan mengadakan Mesyuarat Rundingan Dua Hala ke-9 Korea-Malaysia di Putrajaya pada Rabu (26 Jun), menurut Kedutaan Korea Selatan di Kuala Lumpur pada Jumaat.
![Cuaca panas di Kedah boleh cecah 40 darjah Celsius hari ini Cuaca panas di Kedah boleh cecah 40 darjah Celsius hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/81709088687_TBcuacapanasjpg.jpg)
Cuaca panas di Kedah boleh cecah 40 darjah Celsius hari ini
Daerah yang dikesan dilanda titik panas adalah Pokok Sena, Kubang Pasu, Padang Terap, Sik, Baling, Pendang, Kota Star dan Langkawi.
![MKN pantau ancaman keganasan termasuk di media sosial MKN pantau ancaman keganasan termasuk di media sosial](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/41700208968_TBRAJANUSHIRWANZ.jpg)
MKN pantau ancaman keganasan termasuk di media sosial
Majlis Keselamatan Negara (MKN) sentiasa memantau secara menyeluruh ancaman keganasan di pelbagai medium termasuk di media sosial.
![2,580 aset KKR siap sedia hadapi impak perubahan monsun 2,580 aset KKR siap sedia hadapi impak perubahan monsun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/61695120178_AlexanderNantaLing.jpg)
2,580 aset KKR siap sedia hadapi impak perubahan monsun
Sebanyak 2,580 aset KKR dan agensinya, JKR dan LLM telah dipersiapkan bagi menghadapi impak peralihan Monsun Barat Daya kepada fasa Monsun Timur Laut (MTL).
![Nushirwan dilantik Ketua Pengarah Keselamatan Negara baharu Nushirwan dilantik Ketua Pengarah Keselamatan Negara baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/81685439760_TBnushirwan.jpg)
Nushirwan dilantik Ketua Pengarah Keselamatan Negara baharu
Datuk Raja Nushirwan Zainal Abidin dilantik sebagai Ketua Pengarah Keselamatan Negara berkuat kuasa hari ini, demikian umum Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali.
![MKN pergiat program CBSM di Kedah atasi ancaman keselamatan negara MKN pergiat program CBSM di Kedah atasi ancaman keselamatan negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/61683540307_TBZawawiZakaria.jpg)
MKN pergiat program CBSM di Kedah atasi ancaman keselamatan negara
MKN Kedah akan mempergiat Program CBSM di negeri ini bagi menggalakkan penglibatan orang ramai dalam menyalurkan sebarang bentuk maklumat berkaitan ancaman kepada keselamatan negara.
![Kerajaan peruntuk RM59.7 juta pembelian, penambahbaikan aset APM Kerajaan peruntuk RM59.7 juta pembelian, penambahbaikan aset APM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/41679242847_WilsonUgakKumbong.jpg)
Kerajaan peruntuk RM59.7 juta pembelian, penambahbaikan aset APM
Datuk Wilson Ugak Kumbong berkata, peruntukan itu disalurkan secara berfasa bagi tempoh hingga Julai tahun depan.
![Lelaki ditahan kali kedua cuba seludup vape bernilai RM150,000 Lelaki ditahan kali kedua cuba seludup vape bernilai RM150,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/71678782424_Transitcecairvape.jpg)
Lelaki ditahan kali kedua cuba seludup vape bernilai RM150,000
Seorang lelaki ditahan kali kedua atas kesalahan menyeludup cecair vape bernilai RM150,000 ke negara jiran dalam Op Bersepadu kira-kira pukul 5 petang semalam.
![Libatkan Menteri Luar dalam MKN secara tetap - Howard Libatkan Menteri Luar dalam MKN secara tetap - Howard](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/51665653444_TBHOWARDLEE.jpg)
Libatkan Menteri Luar dalam MKN secara tetap - Howard
Dasar dan hubungan dengan negara lain mempunyai kesan langsung terhadap keselamatan negara.
![Cadangan MKN untuk melanjutkan khidmat NTF tidak diteruskan - Saifuddin Cadangan MKN untuk melanjutkan khidmat NTF tidak diteruskan - Saifuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/51674790714_AMANATTAHUNBAHARU.jpg)
Cadangan MKN untuk melanjutkan khidmat NTF tidak diteruskan - Saifuddin
Keputusan itu dibuat berdasarkan data yang menunjukkan situasi COVID-19 di negara semakin terkawal