BENTONG: Kerajaan Perpaduan mengambil langkah proaktif dalam menyelesaikan empat isu infrastruktur di kawasan Felda melibatkan lampu jalan, klinik desa, telekomunikasi dan pos kawalan keselamatan.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata berdasarkan kaji selidik badan bebas mendapati masalah ketiadaan lampu jalan serta ketiadaan atau keuzuran klinik desa menjadi antara rungutan masyarakat Felda.
Beliau berkata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sambutan Hari Peneroka Felda 2023, Julai lepas telah mengumumkan peruntukan untuk kos operasi lampu jalan melibatkan RM7.7 juta setahun bagi manfaat warga Felda.
"Saya juga telah berbincang dengan Menteri Kesihatan (Dr Zaliha Mustafa) meminta kawasan Felda diberikan keutamaan. Kita lihat 13 Okt ini apabila Perdana Menteri membentangkan Belanjawan 2024 antara projek yang akan jadi keutamaan ialah mewujudkan dan menaik taraf klinik desa antaranya di kawasan Felda," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Sentuhan Kasih Desa @ Simpang Pelangai di sini hari ini, yang turut dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said, Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Pengerusi Felda Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.
AHMAD ZAHID-FELDA 2 (AKHIR) BENTONG
Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata masyarakat Felda turut menyuarakan masalah telekomunikasi dengan isu tersebut telah mendapat perhatian Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.
Katanya beliau sendiri telah meminta supaya sebahagian besar kawasan Felda dipertimbangkan untuk menerima peranti satelit Starlink.
Sementara itu, Ahmad Zahid berkata para pemimpin termasuk Menteri Besar, wakil rakyat dan ketua agensi kerajaan perlu turun padang bertemu rakyat untuk mengetahui dan merasai permasalahan dihadapi rakyat.
"Zaman kerajaan tahu semua telah berlalu, zaman kerajaan rasa diri betul juga telah berlalu. Kita wajib turun, denyut nadi rakyat kena dirasai supaya keputusan lebih baik dapat dilakukan untuk rakyat. Ini pendekatan kerajaan sekarang," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 30 2023

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata berdasarkan kaji selidik badan bebas mendapati masalah ketiadaan lampu jalan serta ketiadaan atau keuzuran klinik desa menjadi antara rungutan masyarakat Felda. - Gambar fail/BERNAMA

Memorandum Jemaah Menteri akan dibentang berkaitan program undang-undang di Sabah, Sarawak
Menteri Pendidikan Tinggi akan membentangkan satu memorandum Jemaah Menteri bagi membolehkan penawaran program undang-undang sebagai bidang fakulti yang baharu di Sabah dan Sarawak.

Cuepacs mohon kerajaan pertimbang beri bantuan khas kewangan Aidilfitri
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memohon kerajaan mempertimbangkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri kepada penjawat awam.

PM Anwar arah KKDW segerakan, pantau rapi projek infrastruktur asas rakyat
Perdana Menteri mengarahkan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah supaya menyegerakan projek-projek infrastruktur asas yang melibatkan kepentingan rakyat.

Chong Wei sedia kongsi komitmen sebagai duta sukan Johor
Datuk Lee Chong Wei bersedia memikul tanggungjawab sebagai penasihat badminton dan duta sukan Johor seperti diumum Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Tiada bukti kaitkan bekas pakar patologi dengan pembunuhan Kevin Morais - Peguam
Mahkamah Persekutuan diberitahu tiada bukti yang mengaitkan Kolonel Dr R. Kunaseegaran dengan kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais.

Pemastautin sementara dalang palsu MyKad - Saifuddin
Seorang pemastautin sementara dipenjara kerana didapati menjadi dalang aktiviti pemalsuan kad pengenalan (MyKad) di ibu negara.
Vietnam seru negara anggota perkukuh ekonomi
ASEAN perlu memastikan kebergantungan strategik dan keupayaan menyesuaikan diri dalam menghadapi cabaran yang semakin berkembang pesat di tengah persaingan strategik.
Vietnam cadang lanjut cuti bersalin ke 7 bulan
Vietnam bercadang membenarkan pekerja wanita melanjutkan cuti bersalin daripada enam bulan kepada tujuh bulan apabila melahirkan anak kedua.
VinFast rancang bina 100,000 stesen pengecas EV di Indonesia
VinFast merancang membina 100,000 stesen pengecas kenderaan elektrik atau EV di seluruh Indonesia yang boleh digunakan orang awam.
Singapura-Vietnam bentuk perkongsian strategik komprehensif
Perkongsian strategik komprehensif ini akan memacu perkembangan didorong oleh inovasi serta pertumbuhan hijau di Singapura dan Vietnam.

PM Anwar hadir program Ihya Ramadan di KKDW
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa menghadiri program Ihya Ramadan anjuran Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah.

Tengku Zafrul masih ahli UMNO - Ahmad Zahid
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz telah menyatakan hasrat untuk meninggalkan parti itu kepadanya pada minggu lepas.

Wang, jongkong emas disita SPRM tiada kaitan dengan dana politik UMNO - Ahmad Zahid
Justeru, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri menyerahkan kepada SPRM untuk mengambil tindakan susulan.

Hi-TVET diperkasakan, tumpu robotik, IoT, AI - Ahmad Zahid
Program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional Aras Tinggi (Hi-TVET) terus diperkasakan dengan memberi tumpuan kepada robotik, Internet benda (IoT), kecerdasan buatan (AI) serta pengenalan kep

Kerajaan perluas program jualan murah sempena Aidilfitri
Mesyuarat NACCOL membincangkan peningkatan inflasi kos perubatan dan langkah-langkah untuk mengekang kenaikan premium Takaful Perubatan dan Kesihatan.

PRK DUN Ayer Kuning: Calon BN disenarai pendek - Ahmad Zahid
Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, April ini telah disenarai pendek dan akan diumumkan seminggu sebelum tarikh penamaan calon.

FELCRA Bhd catat untung boleh agih akhir 2024 berjumlah RM192.51 juta - Ahmad Zahid
FELCRA Bhd meraih keuntungan boleh agih bagi tempoh akhir 2024 berjumlah RM192.51 juta menerusi Projek Peserta FELCRA, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Kerajaan tegas tangani isu agama, pastikan keharmonian terpelihara - Ahmad Zahid
"Kita yakin Kerajaan MADANI berpegang kepada perkara-perkara yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan."

Warga MARA perlu jadi pemikir strategik bukan sekadar pentadbir - Ahmad Zahid
Ia bagi memastikan perjuangan Bumiputera kekal relevan dan berdaya saing.

Ahmad Zahid, Fadillah ucap selamat menyambut Ramadan, ajak kurangkan pembaziran
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof mengucapkan selamat menyambut Ramadan kepada umat Islam di seluruh negara yang akan memulakan ibadah puasa esok.