KUALA LUMPUR: Kerajaan bakal mengumumkan beberapa pendekatan baharu yang akan memberi manfaat kepada warga Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) minggu depan, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah itu berkata, beliau berazam untuk melaksanakan perubahan segera kepada Felda terutama dalam soal pendapatan bersih peneroka agar mereka dapat keluar daripada kelompok miskin tegar.
"Ada beberapa pendekatan saya akan umumkan dari semasa ke semasa... terbaharu, minggu depan,” katanya dalam wawancara khas sempena pasca-Kongres Ekonomi Bumiputera 2024 baru-baru ini.
Mengulas prestasi merosot Felda seperti dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2022, Ahmad Zahid berkata tanggungjawab memulihkan agensi persekutuan itu akan dilihat dalam aspek peneroka dan syarikat di bawah Felda.
"Kita tahu LKAN melaporkan bahawa Felda mengalami kedudukan kewangan yang sangat merosot, laporan audit ini ialah pada Tahun Kewangan 2022, ertinya bukan di bawah kerajaan yang ada sekarang ini. Ia bukan satu blame game dan bukan mahu menyalahkan pihak lain.
"Kebertanggungjawaban pulihkan Felda bukan dilihat daripada segi pengeluaran hasil Felda sendiri (tetapi) tumpuan kena beri kepada peneroka. Keduanya, kita harus lihat syarikat bawah Felda seperti FGV Holdings (FGV Holdings Bhd) dan MSM Malaysia Holdings Bhd,” katanya.
LKAN mengenai Penyata Kewangan Agensi Persekutuan 2022 yang dibentang di Dewan Rakyat sebelum ini menunjukkan Felda mengalami kerugian selepas cukai sebanyak RM1.005 bilion.
Mengenai ekonomi kitaran dalam Felda, Ahmad Zahid berkata, konsep itu adalah aspek baharu yang perlu dipromosi dan Pengerusi Felda Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek telah membentangkannya pada Kongres Ekonomi Bumiputera 2024 baru-baru ini.
"Ertinya apa sahaja yang dijadikan sumber asas Felda harus digunakan dan bukan dibuang begitu sahaja.
"Ini adalah sumber yang boleh melahirkan satu pendapatan baharu. Ini satu pendekatan baharu yang sedang dilaksanakan oleh Pengerusi Felda baharu dan didukung oleh pengurusan tertinggi Felda,” katanya.
Beliau juga berkata, kerajaan perlu memikirkan satu kaedah untuk menggalakkan industri ke Felda supaya generasi baharu tidak berhijrah keluar dan berlakunya urbanisasi.
"Peluang ini boleh dibuat dengan memberikan insentif kepada pelabur dalam negeri atau luar negeri... diberi pengecualian cukai jika industri dibawa ke kawasan Felda,” katanya.
Selain itu, Ahmad Zahid berkata, aspek transformasi digital perlu diberi perhatian di kawasan Felda kerana ia merupakan keperluan utama bagi generasi kedua dan ketiga.
"Pendigitalan kena berlaku adil terutama di kampung tradisional dan kawasan Felda. Mereka juga berhak mendapat pendidikan dalam talian kerana ini adalah pendekatan baharu sistem pendidikan negara,” katanya.
Mengenai isu pemilikan tanah berkait waris peneroka Felda, beliau berkata: "Kita telah mendapat cadangan untuk mengubah Akta Felda itu sendiri termasuk dalam soal pemilikan generasi kedua... Perkara begitu harus dilihat lebih terperinci.’’
- Bernama
Bernama
Sun Mar 17 2024
Ahmad Zahid berkata, aspek transformasi digital perlu diberi perhatian di kawasan Felda kerana ia merupakan keperluan utama bagi generasi kedua dan ketiga. - Gambar/ Bernama
Tumpuan Jumaat – 8 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tanah Enklaf Duta: Mahkamah Rayuan mahu dengar hujah lanjut
Mahkamah Rayuan Putrajaya pada Khamis memerintahkan pihak yang terlibat dalam pertikaian perundangan membabitkan Enklaf Duta agar mengemukakan hujahan lanjut berhubung nilai tanah di kawasan seluas 106.7 hektar itu.
Tuntutan Sulu: Percubaan untuk peras ugut rakyat Malaysia gagal - Azalina
Malaysia kini akan memfokus kepada usahanya di Perancis untuk mendapatkan pembatalan Award Akhir itu secepat mungkin.
Ada transaksi meragukan, SPRM mahu lihat jika ada unsur penipuan - Azam Baki
Azam berkata, SPRM juga percaya sebahagian dana pelaburan disalahgunakan dalam hal tersebut, namun siasatan masih dijalankan.
Australia cadang larang media sosial untuk individu bawah 16 tahun
Australia dijangka akan menggubal undang-undang bagi melarang penggunaan media sosial untuk individu berusia di bawah 16 tahun.
Insiden letupan: Enam anggota Malbatt 850 cedera ringan - ATM
Insiden berlaku berdekatan Stadium Saida, Lubnan, ketika pergerakan anggota MALBATT 850-12 dari Beirut ke Kem Marakah.
TikTok diarah tutup operasi di Kanada atas sebab keselamatan
TikTok diarahkan oleh kerajaan Kanada untuk menutup perniagaan mereka di negara tersebut. Arahan diberikan kerana TikTok didakwa mendatangkan kesan negatif kepada keselamatan Kanada.
Teknologi AI: Arab Saudi rancang pelaburan AS$100 bilion saingi UAE
Inisiatif itu, yang dipanggil "Project Transcendence", juga akan memberi tumpuan kepada merekrut bakat baharu, membangunkan ekosistem tempatan dan menggalakkan syarikat teknologi untuk melakukan pelaburan sumber.
10 Berita Pilihan - (7 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Korea Selatan mungkin hantar bekalan senjata ke Ukraine
Presiden Korea Selatan tidak menolak kemungkinan akan menghantar bekalan senjata kepada Ukraine susulan provokasi oleh Korea Utara. Perkara tersebut turut dibincangkan dengan Presiden terpilih Donal Trump.
Kos bina baharu rumah PPRS dinaikkan - TPM Ahmad Zahid
Kerajaan menaikkan peruntukan bagi membina rumah baharu di bawah Program Perumahan Rakyat Sejahtera (PPRS).
Bangunan Semarak20: Pengerusi, CEO Felcra Berhad diarah beri penjelasan kepada PAC
Ahmad Zahid akan mengarahkan Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Felcra Berhad, memberi penjelasan kepada PAC berhubung prestasi penjualan bangunan Komersial Semarak20.
PRN: PH, BN Sabah wujudkan ruang komunikasi bagi gerak kerja bersama
Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) Sabah bersetuju mewujudkan ruang komunikasi bagi memurnikan gerak kerja bersama menjelang PRN Sabah nanti.
PRN Sabah: BN tidak tutup pintu untuk kerjasama dengan parti lain - Ahmad Zahid
Barisan Nasional tidak menutup pintu kepada mana-mana gabungan atau parti untuk bekerjasama dalam Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 yang akan datang.
24 projek KKDW yang tertangguh sejak 2016 hingga 2022 siap sebelum RMK13 - Ahmad Zahid
Sejumlah 24 projek Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah di Sarawak yang tertangguh sejak 2016 hingga 2022, akan siap sebelum pelancaran RMK13.
BN akan kerjasama dengan PH pada PRN Sabah - Ahmad Zahid
Pengerusi BN mengulangi pendirian berhubung kerjasama gabungan itu dengan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.
1MDB: UMNO, BN yakin Najib di pihak yang benar - Zahid Hamidi
UMNO dan Barisan Nasional (BN) akan memberikan sokongan penuh kepada Datuk Seri Najib Razak untuk memastikan bekas Perdana Menteri itu mendapat keadilan.
Diesel: Naikkan kuota munasabah demi kepentingan awam - Ahmad Zahid
Kata Ahmad Zahid, kenaikan sebanyak 4,000 liter berbanding kuota ketika ini itu dilihat munasabah dan sejajar keperluan penggunaan setiap bas.
KBS bantu inisiatif pembangunan bakat sukan badan beruniform - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata perkara itu dipersetujui pada Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Sukan yang dipengerusikan oleh beliau, hari ini.
Pelantikan sebagai Penasihat Pelaburan Masyarakat Cina tidak jejas kedudukan Ka Siong - Zahid
Ahmad Zahid berkata pelantikan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong sebagai Penasihat Pelaburan Masyarakat Cina di Malaysia tidak menjejaskan kedudukan beliau.