Kerajaan akan terus meliberalisasikan sektor utama, khususnya perkhidmatan, dan meningkatkan usaha untuk menarik, mengekal dan menggalakkan bakat, agar perniagaan serta pekerja di Malaysia terus maju dalam ekonomi global yang sangat kompetitif.
"Kami akan memberi tumpuan terhadap mereka yang potensinya belum dicapai sepenuhnya -- golongan muda, wanita dan bakat asing," katanya pada majlis minum petang bersama Friends of Barisan Nasional UK (FBNUK) anjuran Lord Sheikh of Coornhill (Mohd Iltaf Sheikh), seorang penyokong FBNUK, di House of Lords, di sini pada Rabu.
Turut hadir Menteri Kanan Hal Ehwal Luar dan Pejabat Komanwel dan Menteri Kepercayaan dan Komuniti Baroness Warsi (Sayeeda Hussain Warsi), Timbalan Menteri di pejabat Hal Ehwal Luar dan Komanwel Hugo Swire, dan Pengasas Bersama yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Institut Strategi dan Kepimpinan Asia (ASLI) Tan Sri Michael Yeoh.
Najib berkata kerajaan Barisan Nasional akan memastikan pertumbuhan Malaysia lebih fokus dan berterusan dalam usaha membawa transformasi kepada ekonomi negara dan memperhebatkan pertumbuhan, memperbanyakkan peluang dan menyediakan tadbir urus lebih baik.
"Sebagai perdana menteri, cita-cita saya adalah untuk memastikan pertumbuhan kita bersifat terangkum dan lestari, untuk menunaikan janji yang dibuat dan mendemokrasikan masyarakat kita," katanya.
Najib berkata Malaysia telahpun berada dalam kalangan negara terbaik di dunia untuk menjalankan perniagaan.
"Ekonomi negara kukuh serta semakin berkembang, dan kami menarik kedatangan pelaburan asing lebih besar daripada sebelum ini, cabarannya sekarang adalah untuk terus membangun daripada kejayaan ini."
Beliau berkata kerajaan akan turut melakukan perubahan yang diperlukan untuk menjamin masa depan ekonomi Malaysia dengan membangunkan ekonomi berasaskan pengetahuan, diterajui perkhidmatan yang bebas daripada 'perangkap pendapatan sederhana'.
"Merangsang permintaan domestik, merasionalisasi subsidi, dan sentiasa membendung defisit selain melabur dalam penduduk dan industri yang akan mengupayakan pertumbuhan jangka panjang," katanya.
Mengenai pilihan raya umum ke-13, beliau berkata Barisan Nasional (BN) berjaya memperoleh majoriti, namun parti gabungan itu boleh melakukan lebih baik lagi.
"Ramai yang tidak memahami setiap perkara yang kami lakukan sejak empat tahun lepas -- segala program pembaharuan yang dilaksanakan -- atau segala-galanya yang kami rancang untuk lakukan dalam penggal akan datang -- wawasan positif kami bagi Malaysia," katanya.
Najib berkata sudah tiba masanya bagi BN melipatgandakan usaha untuk menambat semula hati pengundi yang merasakan mereka tidak dapat menyokong parti gabungan itu kali ini.
Katanya meskipun berlaku sedikit masalah dengan dakwat kekal, namun pilihan raya umum berlangsung dengan aman dan ia juga sebuah pilihan raya yang bebas serta adil sungguhpun terdapat dakwaan luar biasa yang bertentangan sama sekali.
"Merentasi perbezaan politik, rakyat Malaysia membuktikan bahawa kepercayaan mereka terhadap demokrasi mengatasi komitmen mereka terhadap mana-mana pihak atau fahaman," katanya.
Mengenai bantahan yang diadakan selepas PRU-13, beliau berkata polis memberi tindak balas yang profesional, disertai sentuhan insan, sungguhpun penganjur perhimpunan seringkali tidak mematuhi prosedur yang ditetapkan dan perkara ini amat dikesali.
"Lebih baik sekiranya mereka dapat mencari jalan untuk menyatakan pendapat selaras dengan kedaulatan undang-undang, bukannya menimbulkan ketegangan.
"Bagaimanapun secara umumnya, bantahan itu berlangsung dengan aman dan teratur. Ini adalah penghormatan kepada kekuatan yang semakin berkembang dalam demokrasi Malaysia," katanya.
Najib berkata sekarang adalah masa untuk menerima keputusan itu dan teruskan melangkah.
Bernama
Thu Jul 04 2013
Johor catat hasil RM2.1 bilion tahun lepas, tertinggi pernah direkodkan - Onn Hafiz
Beliau berkata pencapaian itu sekali gus menyaksikan jumlah tersebut melebihi sasaran yang ditetapkan kerajaan negeri sebanyak RM1.9 bilion.
Malaysia perlu jadi lokasi penting dalam radar pelabur dunia - PM
Anwar menekankan bahawa pentadbiran Malaysia ketika ini disifatkan sebagai stabil dan mempunyai satu dasar yang konkrit.
Melaka kesan cubaan sebar 'The Ahmadi'
Kerajaan negeri menerusi Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa yang berlangsung pada 3 Oktober tahun lalu juga telah fatwa ajaran itu sebagai sesat dan menunggu untuk diwartakan tidak lama lagi.
Pengubahan wang haram: Bekas CEO syarikat penyiaran pula ditahan
Kes pengubahan wang haram membabitkan seorang CEO syarikat penyiaran di Sarawak memasuki episod baharu apabila bekas CEO syarikat berkenaan turut ditahan.
Singapura yakin Malaysia angkat martabat agenda kelestarian
Singapura meletakkan harapan kepada Malaysia untuk memajukan agenda kelestarian rantau ini semasa mempengerusikan ASEAN 2025.
Menteri Luar Negeri, Dr Vivian Balakrishnan berkata, ini boleh dicapai dengan melengkapkan keperluan infrastruktur dan sokongan kewangan untuk peralihan tenaga boleh diperbaharui.
Menteri Luar Negeri, Dr Vivian Balakrishnan berkata, ini boleh dicapai dengan melengkapkan keperluan infrastruktur dan sokongan kewangan untuk peralihan tenaga boleh diperbaharui.
Thailand alu-alukan rakyatnya cari makan di Malaysia, kembali
Gabenor Wilayah Narathiwat, Trakul Thotham berkata, kerajaan Thailand mengalu-alukan rakyatnya termasuk yang masuk secara haram ke Malaysia untuk mencari rezeki di negara jiran, untuk kembali memandangkan pihak berkuasa negara itu giat meningkatkan sosial ekonomi penduduk terutamanya di wilayah Selatan.
Tujuh pertuduhan Muhyiddin Yassin didengar, dibicara bersama
Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis, membenarkan permohonan pihak pendakwaan supaya empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk suapan RM232.5 juta dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan wang RM200 juta dihadapi Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin, dibicarakan dan didengar bersama.
KPM beri jaminan tiada pemotongan Bantuan Awal Persekolahan
Kementerian Pendidikan (KPM) memberi jaminan tidak akan berlaku sebarang pemotongan Bantuan Awal Persekolahan (BAP).
Ketua Polis Negara bantu mangsa di lokasi
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain membantu seorang penunggang motosikal yang terlibat dalam kemalangan di Lebuhraya Kuala Lumpur - Seremban.
Kerajaan diarahkan segerakan pelarasan pencen
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan memihak kepada sekumpulan bekas penjawat awam dengan mengarahkan kerajaan segera melaksanakan pelarasan pencen seperti yang ditetapkan keputusan mahkamah terdahulu.
Masalah pembelajaran tidak halang remaja OKU menyerlah di pentas
Melihat kelincahannya mempersembahkan tarian klasik India Bharatanatyam secara solo di atas pentas, tiada siapa menyangka remaja berkenaan adalah pelajar orang kurang upaya (OKU) masalah pembelajaran.
Aset lokasi strategik perkukuh pelaburan
Cyberview membentuk Cyberjaya dengan menawarkan ekosistem teknologi holistik mencakupi aktiviti komersial dan digital.
Pembukaan Kiara Skatepark penting untuk asah bakat peminat sukan papan selaju - Jurulatih
Langkah itu penting bagi mengenal pasti dan mengasah bakat-bakat baharu sukan itu, yang merupakan antara sukan yang akan dipertandingkan dalam Sukan Olimpik Paris 2024 nanti.
Potret daripada kiub rubik hasil kreativiti Zabli tular
391 bongkah kiub rubik disusun pada bingkai khas bagi menghasilkan potret pasangan personaliti Shuib Sepahtu dan isterinya Allahyarham Siti Sarah.
Mohd Redzuan dilantik Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Peneraju
Pelantikan ahli LPA baharu itu diharap dapat mempercepat aspirasi agensi itu dalam memupuk dan membangun modal insan dan menjadikan mereka berdaya saing dalam pelbagai sektor.
Pelukis manfaatkan masa terluang PKP 3.0 hasilkan karya baharu
Idea ini datang secara spontan kerana saya teringat kenangan manis ketika berada di rumah kayu bersama nenek satu ketika dahulu.
Kreatif dan indah! Mural tangga di Sandakan ini menguji kemahiran pelukisnya
Muhammad Amin Muhidin sedang dalam proses akhir untuk menyiapkan mural lukisan tangga menuju ke Wisma Perbandaran di bandar Sandakan.
Tunku Azizah berkenan tunjuk bakat gesek biola depan Dr Siti Hasmah
Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini berkenan menunjukkan bakat baginda menggesek biola di hadapan Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.
Ratu Bumi Malaysia mahu tanam lebih banyak pokok, sumbang produk biodegrasi
Bagi Dr Nisha Thayananthan yang baru dimahkotakan sebagai Ratu Bumi Malaysia 2020/21, tiada yang lebih bermakna bagi dirinya melainkan untuk menjadikan Malaysia sebuah tempat yang lebih hijau.
PaKat bantu rakyat Miri pamer dan jual hasil seni
Pandemik COVID-19 mengehadkan ruang buat warga Miri mempamer dan menjual hasil seni yang dihasilkan.