Kerajaan akan melaksanakan syarat liabiliti ketat mengenai pengambilan pekerja migran pada separuh pertama 2016.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low Seng Kuan berkata syarat itu termasuk pematuhan ketat terhadap dasar gaji minimum dan pemberian layanan sama rata antara pekerja tempatan dan asing.
Pada masa ini, terdapat 2.1 juta pekerja asing berdaftar di Malaysia selain, mungkin lebih sejuta lagi yang tidak berdaftar.
Low berkata kerajaan juga merancang menaikkan kadar denda sebagai langkah menyekat majikan tempatan daripada mengambil pekerja haram, yang kini kadarnya ialah RM5,000 bagi setiap pekerja haram.
"Kadar yang ada sekarang terlalu rendah. Kami akan naikkannya, mungkin lebih sekali ganda. Tujuannya menghalang majikan daripada mengambil pekerja haram," katanya kepada pemberita selepas pelancaran Laporan Pemantauan Ekonomi Malaysia Bank Dunia mengenai Buruh Imigran di sini pada Jumaat, oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar.
Sementara itu, Abdul Wahid berkata kerajaan akan memberi lebih banyak tumpuan terhadap usaha menambah baik pengurusan pekerja asing.
Beliau berkata satu dasar pengambilan pekerja asing secara komprehensif akan digubal dengan mengambil kira keperluan industri serta kebajikan pekerja imigran.
"Perundingan secara aktif dengan industri mengenai dasar dan permintaan terhadap buruh imigran akan diadakan secara berkala seperti diamalkan negara maju bagi meningkatkan ketelusan dalam pengurusan pekerja imigran," katanya.
Abdul Wahid berkata langkah itu akan membantu kerajaan dalam mengenal pasti permintaan serta mengumpul input berkaitan untuk menggubal strategi yang tepat mengenainya.
"Pembaharuan dalam pengurusan pekerja imigran perlu dilakukan secara mesra pasaran sebagai respons kepada keperluan ekonomi kita dan seperti yang disyorkan Bank Dunia," katanya.
Abdul Wahid berkata kerajaan juga akan menambah baik pasaran buruh secara keseluruhan, merombak pengurusan buruh asing yang kini tidak seragam serta memerlukan penyelarasan lebih kemas dan mengharmonikan penguatkuasaan antara kementerian.
Bernama
Sat Dec 19 2015
LOW: Kadar yang ada sekarang terlalu rendah. Kami akan naikkannya, mungkin lebih sekali ganda. -Gambar fail
Moscow lancar peluru berpandu hipersonik Oreshnik, Zelensky gusar
Zelenskyy "secara langsung menuduh sekutunya di barat meninggalkannya tanpa perlindungan ketika menghadapi tindakan Rusia."
China bakal laksana dasar visa percuma untuk sembilan negara lagi
Pengecualian visa akan diberikan kepada pemegang pasport biasa dari Bulgaria, Romania, Croatia, Montenegro, Macedonia Utara, Malta, Estonia, Latvia dan Jepun secara percubaan.
Piala Malaysia: Perak mula bergaya, KDA belum selamat
Perak FC merobek gawang KDN FC menerusi Clayton Da Silva yang menanduk masuk hantaran Adilet Kanybekov pada minit ke-22.
Masyarakat pelbagai linguistik jadi pemangkin keharmonian Malaysia
Masyarakat itu bukan sahaja tahu untuk berkomunikasi, tetapi juga menghargai kepelbagaian budaya dan bahasa yang ada di sekeliling mereka.
Misi Jelajah Dunia Akhir BWF Aaron-Wooi Yik terima tamparan
Aaron-Wooi Yik terpaksa akur dengan kehebatan pasangan tuan rumah He Ji Ting-Ren Xiang Yu dalam aksi yang berlanjutan ke set penentuan.
Kerajaan Pahang tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa kepada RM14.18 juta
Peningkatan RM6.18 juta itu bagi membolehkan peruntukan BPP Siswa diagihkan kepada 19,525 mahasiswa daripada pelbagai IPT.
RM10 untuk dapatkan salinan sijil SPM di Program 2TM
Harga asal bagi penggantian sijil SPM ialah RM30 dan 'kadar istimewa' itu hanya berlangsung hingga hari terakhir program pada Ahad ini.
KKDW perkenal konsep Smart Village, perkasa komuniti desa dengan teknologi moden
Projek rintis 'Smart Village' KKDW akan diadakan di tiga kampung yang memenangi Anugerah Desa MADANI (ADM) 2024.
Empat projek sedang, bakal dilaksana JPS atasi risiko banjir akibat air pasang besar
Sebanyak empat projek sedang dan bakal dilaksanakan JPS Melaka di beberapa lokasi pesisir pantai negeri ini bagi mengurangkan risiko banjir berikutan fenomena air pasang besar.
Skim galakan guna motosikal elektrik MARiiCas hampir capai sasaran 2024 - MARii
Inisiatif Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik (MARiiCas) terbukti mendapat sambutan dan hampir mencapai sasaran yang ditetapkan bagi tahun ini.
Datuk Dr Anis Yusal Yusoff dilantik KP JITN
Pelantikan Datuk Dr Anis Yusal Yusoff sebagai Ketua Pengarah JITN bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa 12 Mac 2018.
Dua ahli Dewan Negara dilantik semula sebagai Senator
Upacara itu berlangsung di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara, Datuk S.A. Vigneswaran
Kerajaan akan laksana syarat liabiliti ketat bagi pekerja migran
Syarat itu termasuk pematuhan ketat terhadap dasar gaji minimum dan pemberian layanan sama rata antara pekerja tempatan dan asing.
Kevin Morais, Shaharuddin Ibrahim terima Anugerah Khas Integriti 2015
Bekas Timbalan Pendakwa Raya, mendiang Anthony Kevin Morais dan bekas Timbalan Ketua Pengarah Kastam, Allahyarham Datuk Shaharuddin Ibrahim dinamakan sebagai penerima Anugerah Khas Integriti 2015.
Paul Low cadang undang-undang mengawal pembiayaan politik
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low Seng Kuan cadang undang-undang mengawal pembiayaan politik.