LANGKAWI: Kerajaan Malaysia akan memfokus kepada beberapa keutamaan yang memainkan peranan penting dalam menangani isu kritikal seperti ketidaktentuan ekonomi, bencana alam dan kualiti hidup rakyat pada tahun ini.
Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata kesemua keutamaan itu termasuk membangunkan model pencegahan bagi bencana alam, kesihatan dan keterjaminan makanan, sistem untuk merapatkan jurang antara masyarakat luar bandar dan bandar serta inisiatif inovasi sosial dalam usaha menambah baik kehidupan rakyat berpendapatan rendah.
Beliau berkata antara alat paling penting dalam menangani kesemua cabaran ialah penggunaan teknologi angkasa.
"Walaupun sesetengah orang mungkin bimbang mengenai hala tuju teknologi maju termasuk peningkatan potensi ke arah kemusnahan bumi, teknologi angkasa bukan sahaja mampu membawa manfaat ketara yang besar dalam pelbagai bidang kehidupan tetapi juga telah memperdalam pemahaman mengenai apa yang dianggap sebagai intipati kemanusiaan.
"Kemajuan dalam teknologi angkasa sudah pasti akan mengubah realiti fizikal pada abad berikutnya dan mungkin memastikan kelangsungan hidup manusia," katanya dalam ucaptama di Forum Angkasa Antarabangsa Langkawi (LISF) 2023 sempena penganjuran Pameran Maritim dan Angkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA'23) di sini pada Rabu.
Beliau berkata Malaysia tidak mahu ketinggalan dalam perkembangan teknologi angkasa sebagai sebahagian daripada pembangunan negara secara keseluruhan.
Fahmi berkata seperti yang digariskan dalam program Eksplorasi Angkasa Malaysia 2030 (MSE2030), sektor angkasa lepas dijangka menyumbang sehingga RM10 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar menjelang 2030 melalui pelaksanaan Pelan Tindakan Dasar Angkasa Negara 2030.
Beliau berkata kesemua keutamaan ini adalah selaras dengan rancangan Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara (DSTIN) 2021-2030 ke arah menjadikan Malaysia sebuah negara berteknologi tinggi menjelang 2030.
Fahmi berkata bagi menjayakan usaha kerajaan untuk menjadikan angkasa sebagai sumber ekonomi baharu negara, Akta Lembaga Angkasa Malaysia 2020 telah diwartakan pada 25 Jan 2022 dan berkuat kuasa secara separa pada 4 Ogos dengan matlamat ia dikuatkuasakan sepenuhnya menjelang akhir tahun ini.
"Ini membuktikan Malaysia memiliki ekosistem angkasa yang sanggup menyokong bukan sahaja program kerajaan tetapi yang lebih penting, pemain domestik dalam industri swasta dan rakan kongsi antarabangsa mereka," katanya.
Fahmi berkata hasilnya, kita akan dapat menarik lebih banyak syarikat domestik dan antarabangsa dalam bidang angkasa untuk melabur serta menjalankan perniagaan di Malaysia termasuk operasi pelancaran satelit.
"Kami percaya ekosistem angkasa yang kondusif dan disokong oleh undang-undang negara amat penting kerana ia membina keyakinan pelabur dengan menyediakan peraturan serta syarat jelas bagi aktiviti yang ingin mereka ceburi," katanya.
LISF adalah acara yang berlangsung selama dua hari bertujuan memberi penekanan terhadap kepentingan sains dan teknologi angkasa untuk pembangunan serantau yang mampan di Asia Tenggara.
Tumpuan teras acara itu berkisar kepada ekonomi Angkasa Baharu, penggunaan teknologi angkasa secara aman dan pendemokrasian akses kepada angkasa.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 24 2023
Fahmi berkata antara alat paling penting dalam menangani kesemua cabaran ialah penggunaan teknologi angkasa. - Gambar Bernama
Peniaga rugi RM140,000 terima 'cek tendang' urusan jualan jam Rolex
Mangsa lelaki rakyat tempatan mengiklankan jam tangan miliknya di aplikasi Facebook dengan harga RM88,000 pada 27 Okt lepas.
Kerajaan ada rancangan sandaran jika MALBATT terpaksa berundur
Katanya, buat masa ini komitmen negara masih berterusan seperti negara-negara lain yang menghantar anggota tentera mereka ke Lubnan.
AWANI Ringkas: PM: Akrab dengan China tidak bermakna menyebelahi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
MetMalaysia keluarkan nasihat taufan Yinxing
Taufan itu berada pada kedudukan latitud 18.4 utara dan longitud 119.5 timur, kira-kira 118 km ke Barat Laut Laoag City, Filipina.
AWANI Pagi: Jiwa SME | Rahsia usahawan tempatan menawan cabaran untuk kecapi kejayaan
Diskusi 8.30 pagi Jumaat bersama tiga tetamu, Naib Presiden Unifi Business, Mohamad Yusman Ammeran, Pengasas Sumatraa Sdn Bhd, Mohammad Syaifullah Che Ghani dan Nor Hedayah Kaulan, Pengasas Hedy's International Sdn Bhd berkongsi rahsia kejayaan dalam bidang keusahawanan dan bagaimana mereka menerima bantuan untuk mengecapi kejayaan itu.
Kita Gempur: KPDN Pulau Pinang rekod 121 kes dengan nilai rampasan lebih RM100,000
Menerusi pemeriksaan terhadap 3,239 premis di sekitar Pulau Pinang, kompaun RM18,600 turut dikeluarkan dalam tempoh berkenaan.
Gobind komited bantu pemain bandar pintar Malaysia lebar sayap ke pentas dunia
Beliau menegaskan, syarikat tempatan mempunyai potensi yang besar untuk bersaing di peringkat global.
Trump namakan Susie Wiles sebagai Ketua Turus Rumah Putih
Beliau menyifatkan Wiles sebagai seorang yang "tegas, pintar, inovatif dan dihormati serta dikagumi oleh semua pihak."
#AWANIRingkas 8 November 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 8 November 2024
1️⃣ Hasil lawatan PM ke China
2️⃣ Kejayaan penting buat Malaysia
3️⃣ Pendakwaan di Mahkamah Kuala Lumpur
#awaniringkas
1️⃣ Hasil lawatan PM ke China
2️⃣ Kejayaan penting buat Malaysia
3️⃣ Pendakwaan di Mahkamah Kuala Lumpur
#awaniringkas
Isu FashionValet: Hari keempat SPRM rekod keterangan Vivy, suami
Difahamkan, proses merakam keterangan mereka hari ini adalah berkait dengan dokumen serta beberapa transaksi didakwa meragukan.
Perubahan iklim boleh kurangkan KDNK Asia dan Pasifik sebanyak 17 peratus menjelang 2070 - ADB
Kenaikan paras laut dan penurunan produktiviti buruh dijangka menjadi punca utama kerugian, dengan negara berpendapatan rendah paling terkesan.
Banci Pertanian 2024 penggerak utama pembangunan ekonomi berasaskan pertanian
Banci Pertanian 2024 diharap menjadi penggerak utama dalam memastikan segala perancangan dan pelaksanaan untuk membangunkan ekonomi berasaskan pertanian dapat disegerakan.
Pertumbuhan ASEAN diunjur kukuh pada 4.6 peratus - IMF
Pertumbuhan bagi negara anggota ASEAN diunjur pada 4.6 peratus pada 2024 dan pada 4.7 peratus pada 2025, sebahagian besarnya disokong oleh permintaan domestik dan eksport yang kukuh.
IATA gesa Thailand perkukuh sektor penerbangan
Potensi penerbangan Thailand adalah menggalakkan dengan jumlah penumpang dijangka mencatat kadar pertumbuhan tahunan kompaun sebanyak 3.88 peratus dari 2024 hingga 2043.
Bursa Malaysia ditutup rendah susulan ketidaktentuan pilihan raya AS
Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini seiring dengan prestasi pasaran serantau ketika pilihan raya Amerika Syarikat semakin menghampiri.
Kerajaan salur pembiayaan RM6.35 bilion kepada lebih 260,000 usahawan setakat September 2024 - KUSKOP
Kerajaan menyalurkan pembiayaan berjumlah RM6.35 billion pembiayaan kepada 265,097 usahawan menerusi Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) setakat September tahun ini.
NRES giat bangunkan Dasar Mineral Negara Ketiga - Nik Nazmi
Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) mempergiat usaha memperkukuh kawal selia bagi industri mineral menerusi kerangka Dasar Mineral Negara 3 (DMN3).
Belanjawan 2025 beri sokongan padu terhadap sektor semikonduktor - Tengku Zafrul
Belanjawan 2025 memperuntukkan dana yang besar, fiskal dan bukan fiskal, bagi memastikan kejayaan Strategi Semikonduktor Nasional (NSS).
Ekonomi Malaysia dijangka berkembang 5.3 peratus pada suku ketiga 2024 - Jabatan Perangkaan
Jabatan Perangkaan Malaysia melaporkan anggaran awal menunjukkan ekonomi Malaysia berkembang 5.3 peratus pada suku ketiga 2024.
Strategi pelbagai hala kerajaan seimbangkan disiplin fiskal, pertumbuhan ekonomi - MIER
Strategi pelbagai hala oleh kerajaan memperlihatkan tumpuan kepada konsolidasi fiskal di samping menyokong pertumbuhan ekonomi dan mengekalkan jaringan keselamatan sosial.