Kata kunci "#UPSR" atau "UPSR" menjadi trending di Twitter Malaysia hari ini setelah pengumuman keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pagi tadi.

Ketua Pengarah Pendidikan Tan Sri Abd Ghafar Mahmud melaporkan pencapaian keseluruhan calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pada tahun ini adalah yang terbaik dalam tempoh empat tahun.

"Ini merupakan keputusan UPSR terbaik dalam tempoh empat tahun iaitu sejak tahun 2010 di mana Gred Purata Nasional (GPN) telah meningkat dari 2.31 mata pada tahun 2010 kepada 2.30 mata (2011), 2.31 mata (2012) dan 2.27 mata pada tahun ini. (Nilai GPN yang lebih kecil menunjukkan pencapaian lebih baik)," kata beliau.

Seramai 42,646 calon UPSR tahun ini berjaya memperoleh semua A dalam semua mata pelajaran, peningkatan sebanyak 0.21 peratus berbanding tahun lalu.

Calon-calon UPSR dan ahli keluarga turut berkongsi debaran mereka di Twitter:






Ada juga yang turut berkongsi kata-kata semangat:




Yang pasti, ada juga mengambil kesempatan yang berkongsi tentang hadiah yang bakal diterima: