PUTRAJAYA: Sebarang hasil keputusan menerusi penggunaan ujian kit kendiri COVID-19 sama ada positif, negatif atau tidak sah (invalid) perlu dilaporkan kepada Kementerian Kesihatan (KKM) melalui aplikasi MySejahtera.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata pengguna perlu bertanggungjawab untuk melaporkan keputusan sebenar dan tidak melakukan pemalsuan bagi mencegah implikasi jangkitan kepada orang lain.
Katanya, jika keputusan ujian kit kendiri positif, pengguna perlu hadir ke fasiliti kesihatan swasta, Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) atau mana-mana Klinik Kesihatan (KK) untuk tujuan penilaian kesihatan, sebelum status kesihatan mereka dimuat naik dalam aplikasi MySejahtera.
"Sekiranya keputusan negatif tetapi individu berkenaan bergejala, mereka turut dinasihatkan hadir ke klinik swasta atau KK untuk penilaian sama, manakala untuk keputusan invalid, pengguna perlu ulang semula ujian," katanya dalam sidang media perkembangan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) secara maya bersama Menteri Penyelaras PICK Khairy Jamaluddin hari ini.
Setakat Khamis lepas, KKM menerusi Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) telah memberi kelulusan bersyarat kepada tiga jenis kit ujian kendiri COVID-19 untuk dijual dan diguna di negara ini.
Kit-kit tersebut adalah Kit Ujian Pantas Antigen Salixium COVID-19 buatan syarikat tempatan; Reszon Diagnostics International Sdn Bhd; Gmate(R) COVID-19 buatan Korea Selatan dan Beright COVID-19 Antigen Rapid Test Device (Oral Fluid) yang dibuat Hangzhou Alltest Biotech Co., Ltd.
Dalam perkembangan lain, Dr Adham memberitahu penularan varian membimbangkan (VOC) COVID-19 di Malaysia kini mengalami trend peningkatan, terutama bagi varian Beta dan Delta.
Katanya setakat semalam, sebanyak 378 jangkitan dikesan bagi varian Beta dan Delta manakala bagi varian Alpha sebanyak 14 jangkitan dilaporkan.
"Jangkitan itu yang dikesan menerusi penjujukan genom penuh SARS-Cov-2 dilihat membimbangkan kerana VOC Delta terutamanya mempunyai kadar kebolehjangkitan dan kemudaratan tinggi berbanding VOC Beta dan Alpha.
"Bukti saintifik yang terbaharu juga menunjukkan individu yang dijangkiti varian Delta mempunyai bilangan virus dalam badan yang mampu mencecah 1,000 kali lebih tinggi daripada yang bukan Delta," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 23 2021
Dr Adham berkata pengguna perlu bertanggungjawab untuk melaporkan keputusan sebenar dan tidak melakukan pemalsuan bagi mencegah implikasi jangkitan kepada orang lain. - Gambar fail
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 26 November 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 27 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Banjir di Kelantan memburuk, Terengganu beransur pulih, Johor kekal setakat 8 malam
Situasi banjir di Kelantan bertambah buruk manakala Terengganu beransur pulih dan Johor pula tiada perubahan setakat 8 malam ini.
Banjir: 13 kawasan berbukit dikenal pasti lokasi perpindahan penduduk Gua Musang
Ia merupakan usaha agensi kerajaan dan keselamatan di jajahan Gua Musang dalam melakukan kesiapsiagaan sekiranya berlaku banjir besar kali ini.
ACLE: JDT tewas tipis 0-1 kepada Shandong Taishan
Separuh masa pertama perlawanan menyaksikan insiden kad kuning mewarnai aksi JDT di atas padang.
Enam individu ditahan disyaki terlibat kes curi Ferrari di pusat cuci kereta
Susulan penangkapan itu, polis turut merampas empat buah kereta iaitu Ferrari, Naza Suria dan dua kereta jenis BMW.
Papan tanda: Hormati peraturan sedia ada - Abdul Karim
Semua pihak diminta untuk menghormati peraturan serta undang-undang sedia ada mengenai penggunaan bahasa tertentu pada papan tanda.
JBPM dilantik ILB bantu pacu sektor kebombaan negara
JBPM dilantik sebagai Badan Peneraju Industri (ILB) bagi industri kebombaan oleh JPK berkuat kuasa Julai lepas hingga Disember 2027.
10 Berita Pilihan - (26 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Vaksin COVID-19: Korea Selatan mulakan pemberian dos keempat
Penularan varian Omicron menyaksikan peningkatan kes harian secara drastik.
Harga baharu kit ujian kendiri COVID-19 diumum minggu depan - Nanta
Pengurangan harga siling kit ujian kendiri COVID-19 akan diumum minggu depan, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.
Keputusan ujian kit kendiri perlu dilapor dalam MySejahtera - Dr Adham
Sebarang hasil keputusan menerusi penggunaan ujian kit kendiri COVID-19 sama ada positif, negatif atau tidak sah perlu dilaporkan kepada Kementerian Kesihatan (KKM) melalui aplikasi MySejahtera.