KUALA LUMPUR: Keputusan permohonan melanjutkan pengajian ke Universiti Awam (UA), politeknik, Kolej Komuniti (KK) dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) peringkat Sijil, Asasi dan Diploma Sesi Akademik 2024/2025 bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan diumumkan pada Jumaat (28 Jun). 


Ringkasan AI
  • Keputusan permohonan melanjutkan pengajian ke Universiti Awam (UA), politeknik, Kolej Komuniti (KK), dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) bagi lepasan SPM akan diumumkan pada Jumaat, 28 Jun 2024. Keputusan boleh disemak secara atas talian atau melalui aplikasi mobile UPUPocket mulai jam 12 tengah hari sehingga 7 Julai 2024, jam 5 petang.
  • Pengesahan setuju terima tawaran perlu dibuat mulai 29 Jun hingga 7 Julai di laman web IPTA dan ILKA. Surat tawaran rasmi akan dikeluarkan oleh IPTA dan ILKA mulai 29 Jun setelah calon membuat pengesahan. Permohonan rayuan bagi yang tidak berjaya boleh dilakukan melalui UPUOnline dari 28 Jun hingga 7 Julai.
  • Sebarang pertanyaan berkenaan permohonan UPUOnline boleh dimajukan ke Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA di Putrajaya melalui telefon, e-mel, atau media sosial seperti Facebook, Instagram, dan TikTok.


Dalam satu kenyataan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) berkata, keputusan boleh disemak mulai 28 Jun 2024, jam 12 tengah hari hingga 7 Julai 2024, jam 5 petang melalui platform seperti berikut:

a) Secara atas talian melalui pautan;

i. https://jpt.utm.my
ii. https://jpt.uum.edu.my
iii. https://jpt.unimas.my
iv. https://jpt.ums.edu.my
v. https://jpt.umt.edu.my

b) Melalui Aplikasi Mobile UPUPocket di telefon pintar

Kenyataan itu juga menyebut, pengesahan setuju terima tawaran boleh dibuat bermula pada 29 Jun hingga 7 Julai di laman web Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) dan ILKA.

Surat tawaran rasmi akan dikeluarkan oleh IPTA dan ILKA kepada yang berjaya mulai 29 Jun 2024 setelah calon membuat pengesahan setuju terima tawaran dalam tempoh yang dinyatakan.

Hanya pemohon yang tidak berjaya atau mendapat tawaran pengajian peringkat sijil sahaja boleh mengemukakan permohonan rayuan melalui UPUOnline® bagi kemasukan ke UA dan Politeknik di https://upu.mohe.gov.my dalam tempoh 10 hari mulai 28 Jun, jam 12 tengah hari sehingga 7 Julai, jam 5 petang.

Rayuan ke Kolej Komuniti dan ILKA boleh dimajukan terus ke institusi berkenaan tanpa melalui UPUOnline®.

Tawaran tempat bagi Sesi Akademik 2024/2025 adalah muktamad dan sebarang permohonan pertukaran program pengajian dan IPTA/ILKA tidak dibenarkan.

Dasar pemilihan rayuan adalah tertakluk kepada kekosongan tempat yang ditawarkan mengikut program pengajian selepas pendaftaran pelajar baharu selesai dilaksanakan.

Sebarang pertanyaan berkenaan dengan permohonan UPUOnline® boleh dimajukan ke Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA secara terus di alamat berikut:-

Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA,
Jabatan Pendidikan Tinggi,
Aras 4, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5,
62000 Putrajaya.

No. Tel: 03-8684 2363
E-mel: upu@mohe.gov.my
Facebook: KEMASUKAN BPKP JPT
Instagram: @KEMASUKANBPKA
TikTok: BKPAUPU