Keputusan Peperiksaan UPSR 2014 akan dikeluarkan pada hari Rabu, 26 November ini menurut Kementerian Pendidikan Malaysia.

Pada tahun ini, seramai 473,175 calon telah mendaftar untuk menduduki UPSR di 8,299 pusat peperiksaan di seluruh negara.

Calon boleh mendapatkan keputusan mereka daripada sekolah masing-masing selepas jam 10.00 pagi pada hari yang sama.

Calon juga boleh menggunakan perkhidmatan semakan UPSR 2014 melalui mySMS 15888.

Perkhidmatan itu akan diaktifkan bermula jam 10.00 pagi, 26 November 2014 dan akan ditamatkan pada jam 11.59 malam, 2 Disember 2014.