GEORGE TOWN: Keputusan untuk memansuhkan tol Plaza Sungai Nyior tertakluk di bawah bidang kuasa kerajaan Persekutuan memandangkan terdapat perjanjian antara kerajaan dengan syarikat konsesi lebuh raya berkenaan.
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow berkata pihaknya sedang menunggu penimbangan kerajaan Persekutuan mengenai isu pampasan yang perlu dibayar kepada Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (LLB) (Penang) Sdn Bhd jika ia dimansuhkan.
"(Perkara) ini adalah di bawah bidang kuasa kerajaan Persekutuan yang mempunyai perjanjian dengan syarikat konsesi berkenaan dan sekiranya ia dibatalkan, maka isu pampasan timbul kerana tempoh perjanjian konsesi belum tamat.
"Saya percaya perkara ini perlu dipertimbangkan oleh kementerian yang berkenaan untuk melihat apa pampasan yang diperlukan," katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Chow berkata jika ia dimansuhkan sebelum tempoh perjanjian konsesi tamat, ia akan melibatkan kerugian pada pihak syarikat konsesi yang telah melabur dalam membina lebuh raya berkenaan.
CHOW-TOL 2 (AKHIR) GEORGE TOWN
Katanya sebelum ini, pemansuhan tol di beberapa kawasan lebuh raya pernah dilaksanakan dan ia juga melibatkan isu pampasan kepada syarikat konsesi terlibat.
Sementara itu, ditanya sama ada pemansuhan tol Plaza Sungai Nyior itu akan dimasukkan dalam manifesto Pilihan Raya Negeri (PRN), Chow yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang berkata manifesto PRN masih belum dimuktamadkan setakat ini.
''Kita ambil maklum mengenai isu-isu yang dimainkan (parti pembangkang) termasuk soal pemansuhan tol ini,'' katanya.
Semalam, Parti Gerakan Pulau Pinang mendesak DAP yang mengetuai kerajaan negeri memberi penjelasan berhubung kegagalan memansuhkan tol Plaza Sungai Nyior seperti yang dijanjikan pada Pilihan Raya Umum ke-12 (2008).
Plaza Tol Sungai Nyior mula beroperasi pada Januari 2007 dan pada Oktober 2015, LLB mengumumkan kadar kenaikan tol terbabit antara 50 sen hingga RM1.60.
Kadar baharu tol bagi kelas pertama ialah RM1.20 berbanding 70 sen, kelas kedua RM2.40 berbanding RM1 dan kelas tiga RM3.60 berbanding RM2.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 04 2023

Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow berkata pihaknya sedang menunggu penimbangan kerajaan Persekutuan mengenai isu pampasan yang perlu dibayar kepada Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (LLB) (Penang) Sdn Bhd jika ia dimansuhkan. - BERNAMA

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

China sedia kolaborasi dengan Malaysia promosi kerjasama Asia Timur dan integrasi ekonomi serantau
China juga sedia bekerjasama dengan Malaysia bagi mengekalkan trend pembangunan kerjasama serantau.

Pulau Pinang tidak naikkan fi hotel - Chow
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow hari ini menafikan laporan media tempatan yang mendakwa fi hotel di negeri berkenaan akan dinaikkan sehingga 50 peratus pada tahun ini.

Anwar nafi beri tumpuan kepada Pulau Pinang kerana anak jati
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan dakwaan kononnya beliau memberikan tumpuan yang lebih kepada Pulau Pinang kerana merupakan anak jati Pulau Mutiara itu.

LRT: Kerajaan beri perhatian serius kebimbangan penduduk Pulau Pinang - Anwar
Kerajaan Persekutuan memberi perhatian serius mengenai kebimbangan penduduk Pulau Pinang tentang sebahagian kawasan Tapak Pesta Sungai Nibong.

Pulau Pinang berjaya tarik pelaburan berjumlah RM31.38 bilion pada 2024 - Chow
Pulau Pinang berjaya menarik pelaburan berjumlah RM31.38 bilion pada 2024 yang dijangka mewujudkan lebih 6,600 peluang pekerjaan khususnya dalam sektor pembuatan bernilai tinggi, perkhidmatan termaju

Tanah tapak stesen LRT bukan untuk bina rumah - Chow
Kawasan tanah terbabit adalah tapak untuk pembinaan sebuah sekolah, namun pihaknya telah mengadakan perbincangan dengan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN).

Chow sahkan Jagdeep dilucutkan daripada lembaga PBAHB
Jagdeep gagal memenuhi kehadiran minimum dalam mesyuarat lembaga pengarah sepanjang tahun kewangan syarikat berkenaan.

Pulau Pinang catat RM22.6 bilion pelaburan diluluskan sehingga suku ketiga 2024
Projek infrastruktur utama termasuk LRT Laluan Mutiara dan pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang sedang dilaksanakan untuk meningkatkan mobiliti dan kualiti hidup.

Pulau Pinang masih kurang hotel - Ketua Menteri
Pulau Pinang masih kekurangan bilik hotel untuk menampung jumlah kemasukan pelancong asing dan domestik yang semakin bertambah.

Pulau Pinang salur RM70,000-RM80,000 kepada SJKT tingkat kemudahan asas
Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) di Pulau Pinang menerima peruntukan antara RM70,000 hingga RM80,000 setahun bagi menambah baik kemudahan asas.