Keputusan kes saman terhadap pelakon dan penyanyi Fazura, yang nama sebenarnya Nur Fazura Shariffudin berhubung dakwaan melanggar kontrak, ditangguhkan ke 18 Jun.
Peguam Nur Fazura, Fakhrul Azman Abu Hassan memberitahu Bernama, Mahkamah Tinggi menetapkan tarikh baharu itu berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam negara ketika ini.
"Kami menerima panggilan telefon daripada mahkamah memaklumkan keputusan itu, yang pada mulanya dijadualkan untuk disampaikan oleh hakim Datuk Mohd Firuz Jaffril hari ini," katanya.
Pada 16 Disember 2017, pemilik Maydan Trading, Narhamdan Abd Malek telah mengemukakan saman, dengan menamakan Nur Fazura, 37, sebagai defendan pertama dan Universal Music Sdn Bhd sebagai defendan kedua.
Dalam penyataan tuntutan, Narhamdan selaku plaintif mendakwa pada 10 Ogos 2017 terdapat perjanjian antara beliau dengan Universal Music, supaya Nur Fazura memasarkan produk 'Q Tab', yakni produk kesihatan rambut, kulit dan kuku, dalam bentuk 'candy' yang boleh dikunyah; dalam tempoh enam bulan melalui media sosial, khususnya Instagram milik pelakon itu, selain Nur Fazura perlu mengambil gambar dan video bagi kegunaan plaintif dalam pemasaran produk berkenaan.
Bagaimanapun, plaintif mendakwa pada hujung September 2017, Nur Fazura telah melanggar kontrak apabila artis itu melancarkan serta memasarkan produk kesihatan dan kecantikan berasingan iaitu 'TRUDOLLY 'TruBeauty', sedangkan dia masih terikat dengan kontrak bagi pemasaran "Q Tab".
Menurut pernyataan tuntutan, keadaan itu mewujudkan persaingan bagi produk 'Q Tab' dan oleh kerana pemasaran produk itu diabaikan, ia menyebabkan Narhamdan mengalami kerugian.
Plaintif antara lain menuntut pembayaran balik RM156,000 daripada kedua-dua defendan, di samping ganti rugi RM141,755.61 kerana pelanggaran kontrak, faedah dan kos.
Fazura dalam penyataan pembelaan difailkan pada 29 Januari 2018 mendakwa beliau tidak pernah memasuki apa-apa perjanjian dengan plaintif, tidak terikat serta tidak mempunyai sebarang kontrak perjanjian dengan plaintif.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 06 2020
Plaintif mendakwa pada hujung September 2017, Fazura (gambar) telah melanggar kontrak apabila artis itu melancarkan serta memasarkan produk kesihatan dan kecantikan berasingan iaitu 'TRUDOLLY 'TruBeauty'. - Gambar fail
6 maut, 4 cedera, 26 lagi hilang runtuhan lombong emas
Hujan lebat sejak Sabtu mendorong pihak berkuasa tempatan, termasuk pasukan Basarnas dikerahkan segera ke kampung Tulabolo.
Jack Grealish dan teman wanita umum bakal timang cahaya mata
Pasangan itu masih belum mendedahkan tarikh kelahiran bayi berkenaan.
Isu rasis, Perancis gantung Jaminet
Siasatan dalaman sedang dijalankan untuk mendapatkan penjelasan tentang komen ini.
Michael Olise dedah faktor tolak Man United, Chelsea sebelum sertai Bayern
Bayern mengesahkan pembelian Olise bernilai GBP52 juta dari Crystal Palace dengan perjanjian lima tahun pada Ahad.
Pemimpin sayap kiri Perancis gesa Macron panggil NFP bentuk kerajaan
Melenchon menggesa Perdana Menteri untuk meletakkan jawatan dan Macron harus memanggil NFP untuk membentuk kerajaan baharu.
Insan mulia Mansor Puteh derma darah 631 sepanjang hayatnya - Menteri Kesihatan
Pusat Darah Negara Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merakamkan takziah ke atas pemergian Mansor.
Gempa bumi 6 skala Richter landa Kepulauan Bonin, Jepun
Satu gempa bumi kuat berukuran enam pada skala Richter dikesan berlaku di Kepulauan Bonin, Jepun pada 4.01 pagi tadi.
Paris 2024: Ariana Nur Dania 'bidik' pengalaman atau podium?
Ariana Nur Dania akan menjalani latihan pecutan akhir di Korea Selatan ditemani dua rakan lain, Nurul Azreena dan Syaqiera.
WEF #AMNC24: Memperkukuh ekosistem syarikat pemula Asia Tenggara
Ketua ESG & Ekonomi Sirkular, Gobi Partners, Carlo Chen-Delantar mengupas cabaran semasa, unjuran masa depan serta usaha menambah baik ekosistem syarikat pemula di Asia Tenggara.
AWANI Ringkas: Korban konflik Israel-Palestin terus meningkat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Setiap hari doa tak terjatuh' - Fazura jawab isu berbadan dua
Menurut Fazura, meskipun mempunyai pengalaman menunggang kuda sebelum ini, namun dia tetap risau sekiranya berlaku kemalangan serius.
Izin suami dengan siapa saya berkawan wajib diberi keutamaan - Fazura
Fazura kongsi rakaman video sebenar sewaktu wawancara di majlis pelancaran produk terbaharunya untuk dinilai sendiri peminat.
Anwar luang masa belajar pemerkasaan seni budaya daripada selebriti Indonesia, Malaysia
Anwar berkata beliau memanfaatkan pengalaman dan cadangan dari kumpulan berkenaan, termasuk belajar tentang erti pemerkasaan seni budaya.
Isu pecah amanah dan dikhianati, Fazura terima pengajaran
"Tidak boleh percaya dengan sesiapa walaupun yang rapat dengan saya."
Fazura terima potret keluarga kurniaan Sultan Selangor, Tengku Permasuri
Fazura sifatkan kurniaan hadiah tersebut sebagai sebuah kenangan yang bermakna dan akan diabadikan dalam hidupnya.
Fazura buat laporan polis isu pecah amanah
Sampai masanya nanti, Fazura akan berkongsi butiran laporan polis yang dibuatnya.
Didakwa bermasam muka dengan Fazura? Ini komen pereka fesyen popular Rizman dan Ruzaini
'Gaduh-gaduh' manja kot...
Bangunkan aplikasi gaya hidup Muslim, Fazura mahu kongsi manfaat kepada semua umat Islam
Kandungan dan ciri-ciri yang ada pada aplikasi berkenaan dapat menjadi pelengkap kepada aktiviti harian para pengguna.
Mahkamah Rayuan kekal keputusan tolak saman terhadap Fazura
Mahkamah Rayuan hari ini mengesahkan keputusan Mahkamah Tinggi menolak saman oleh pemilik Maydan Trading terhadap selebriti Fazura atau nama sebenar Nur Fazura Shariffudin dan Universal Music Sdn Bhd
Fazura manis berhijab, itulah doa Fattah Amin untuk isteri
Pelakon Fazura yang juga ibu kepada cahaya mata comel, Nur Fatima Aisya semakin manis berhijab.