KUALA LUMPUR: Ia tidak pernah membosankan sepanjang empat tahun berkhidmat di sini bagi Pesuruhjaya Tinggi United Kingdom (UK) ke Malaysia Charles Hay yang akan kembali ke tanah airnya pada Jumaat.
Bagi Hay, tiga perkataan terbaik merumuskan pengalamannya ketika berada di Malaysia "kepelbagaian, keindahan dan makanan", walaupun terdapat cabaran dalam mencapai keseimbangan antara kepentingan negara dan nilai bersama kedua-dua negara semasa menjalankan tugas diplomatiknya.
"Mencapai keseimbangan sentiasa menjadi tugas utama bagi mana-mana duta. Walaupun UK-Malaysia bersetuju dalam banyak perkara, terdapat isu-isu tertentu yang kita tidak bersetuju atau kita mungkin mempunyai persepsi yang sedikit berbeza tentang sesuatu.
"Satu daripada contoh di mana keadaan menjadi rumit selama ini ialah minyak sawit. Ia sememangnya satu pengalaman yang sangat menarik bagi saya untuk memahami dengan lebih baik tentang industri - yang enam kali lebih produktif daripada tanaman minyak lain.
"Satu lagi isu yang kita mungkin lebih sukar untuk bersetuju ialah hak LGBT, di mana saya mengadakan beberapa perbualan yang menarik dengan orang ramai.
"Ia adalah satu perjalanan yang menarik untuk menerangkan kepada ramai orang dan saya belajar lebih banyak daripadanya dengan bersikap terbuka.
"Apa yang saya lakukan ialah merendah diri dan mendengar, dan cuba memahami pandangan orang lain," katanya kepada Bernama ketika ditemu bual dalam program 'The Nation' Bernama TV, Rabu.
Mengulas lanjut, peralihan serentak dalam tadbir urus kedua-dua negara sepanjang beliau menjalankan tugasnya di Malaysia adalah antara perkara menarik yang beliau alami.
Hay menambah peralihan itu secara tidak langsung menggambarkan kekuatan asas demokrasi Malaysia yang disifatkan memainkan peranan utama dalam mengekalkan hubungan diplomatik dan dua hala yang baik antara kedua-dua negara.
"Sepanjang saya di sini, saya telah menyaksikan empat Perdana Menteri di Malaysia dan UK. Ramai rakyat Malaysia bertemu saya dan bertanya mengenai sama ada ahli perniagaan UK bimbang tentang ketidakstabilan di Malaysia.
"Saya menjawab ... jika Malaysia tidak stabil, maka UK juga begitu. Sebenarnya, tiada antara kami yang tidak stabil dari segi politik. Tiada kebimbangan asas di sini kerana asas di Malaysia adalah kukuh dan bebas termasuk institusi, Parlimen dan badan kehakimannya.
"Ini adalah kualiti yang dilihat oleh ahli perniagaan dan mereka tidak semestinya melihat siapa yang berkuasa," tambah Hay, sambil menyatakan bahawa penempatannya di Malaysia adalah yang pertama di rantau Asia Tenggara dalam kerjaya diplomatiknya selama tiga dekad.
Hay menegaskan bahawa beliau seharusnya boleh melakukan lebih lagi untuk menggalakkan lebih ramai rakyat UK datang untuk belajar dan bekerja di Malaysia.
"Ramai rakyat Malaysia sangat mengenali UK dan hal ini sangat membantu dari segi perniagaan dan budaya yang cuba dilakukan oleh suruhanjaya tinggi di sini.
"Tetapi sangat sedikit orang muda di UK yang datang untuk belajar dan bekerja di Malaysia, sesuatu yang saya benar-benar ingin cuba ubah dan kami sedang membuat beberapa kemajuan melalui skim khusus yang membolehkan pelajar UK datang ke sini, tetapi masih banyak yang perlu dilakukan," katanya.
Bekas utusan ke Brussels dan Islamabad Ailsa Terry, akan menggantikan tugas Hay di Malaysia menurut pengumuman suruhanjaya tinggi itu dalam satu kenyataan Oktober lalu.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 13 2023

Charles Hay ketika ditemu bual dalam program 'The Nation' terbitan Bernama TV, di Kuala Lumpur, 12 Julai 2023. --fotoBERNAMA

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

'Kepelbagaian, keindahan dan makanan,' Pesuruhjaya Tinggi UK kongsi pengalaman di Malaysia
Mencapai keseimbangan sentiasa menjadi tugas utama bagi mana-mana duta, kata Charles Hay yang akan kembali ke tanah airnya pada Jumaat.