ALOR SETAR: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah menasihati orang ramai supaya tidak mengunjungi kawasan air terjun Lata Bayu, Asam Jawa di Baling buat sementara waktu berikutan cuaca tidak menentu selain berada dalam fasa peralihan monsun pada masa ini.
Ketua Bahagian Operasi Bencana APM Kedah Kapten (PA) Saifuddin Abdullah berkata air terjun Lata Bayu termasuk dalam senarai 39 lokasi rekreasi air yang dikenal pasti kawasan hot spot di Kedah berisiko tinggi berlaku fenomena kepala air.
Beliau berkata kejadian kepala air yang terbaharu berlaku di Lata Bayu itu pada 31 Ogos lepas setelah hujan lebat dengan dua mangsa wanita terperangkap dalam kejadian itu berjaya diselamatkan.
"Orang ramai perlu berhati-hati ketika mengunjungi kawasan rekreasi terutama air terjun itu untuk beriadah atau berkhemah kerana air terjun Lata Bayu juga antara lokasi panas berlaku aliran puing di daerah Baling," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Saifuddin berkata daerah Baling mencatatkan jumlah tertinggi lokasi rekreasi air yang berisiko untuk berlakunya kejadian kepala air iaitu sebanyak 11 lokasi, diikuti daerah Yan (enam lokasi) dan Sik (lima lokasi).
"Selain Lata Bayu, 10 kawasan lain berisiko di Baling ialah Kuala Kedua; Lata Bukit Hijau, Teratak Simpul; Lata Celak Iboi; Air Panas Ulu Legong; Lubuk Badak; Sungai Pam; Lata Baling; Lubuk Pedati; dan Lata Nering," katanya.
Sementara itu, beliau berkata sebanyak 1,100 anggota APM Kedah kini bersiap sedia untuk dikerahkan bagi menghadapi banjir kilat yang dijangka berlaku ketika fasa peralihan Monsun Timur Laut.
"Sebanyak 357 kawasan berisiko banjir dikenal pasti terutamanya di sepanjang Lembangan Sungai Muda, kawasan berisiko tumpuan juga melibatkan daerah Kulim; Baling; Kuala Muda; Bandar Baharu; Kota Setar dan Kubang Pasu," katanya.
Bernama
Sun Sep 03 2023

Saifuddin (kanan) berkata, kejadian kepala air di kawasan tersebut berisiko untuk berulang kembali. - Gambar/ Sinar Harian

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Banjir: Laluan Tapak Warisan Dunia Gua Niah tenggelam, Taman Negara Gunung Gading dilanda kepala air
Menurut Pengurus Besar SFC Abang Arabi Abang Aimran, pejabat Taman Negara Niah sendiri turut ditenggelami air.

Air Terjun Kota Tinggi masih ditutup atas faktor keselamatan
Kawasan rekreasi terkenal Air Terjun Kota Tinggi masih ditutup kepada orang ramai atas faktor keselamatan.

Tragedi 'water rafting': Kak Chik sempat hantar gambar 'selfie' sebelum lemas
Perkara itu dikongsikan adiknya mengenai kenangan akhir bersama arwah selepas menerima gambar dalam kumpulan WhatsApp keluarga pada Jumaat.

Tragedi 'water rafting': Polis rakam keterangan peserta, pengendali sukan air
Polis sudah merakam keterangan 19 individu bagi membantu siasatan berhubung insiden kepala air yang meragut nyawa tiga kakitangan ketika melakukan aktiviti 'water rafting' di Gopeng.

Tragedi ‘water rafting’: 'Bot terbalik' - Polis jelaskan bagaimana kejadian berlaku
Pemangku Ketua Polis Perak, Deputi Komisioner Zulkafli Sariaat mengesahkan kejadian bot terbalik di Sungai Jahang berlaku akibat kepala air selepas hujan.

Tragedi 'water rafting': Khairul Hakim ringan tulang, jaga ibu hingga akhir hayat - Abang
Muhamad Nazri berkata, adik bongsu daripada enam beradik itu banyak membantu keluarga terutama dalam hal ehwal penjagaan ibu bapa mereka.

Traedi 'water rafting': Aktiviti riadah, sukan air daerah Kampar dihentikan
Keputusan itu dibuat susulan daripada kejadian kepala air di laluan Sungai Kampar dan Sungai Jahang sehingga meragut tiga kematian.

Tragedi 'water rafting': Nanta ucap takziah kepada keluarga tiga staf JKR lemas
Menurut Nanta, berita mengenai kejadian tersebut amat menyedihkan bagi pihak Kementerian Kerja Raya terutamanya Jabatan Kerja Raya.

Tiga lemas dihanyutkan kepala air ketika aktiviti 'water rafting'
Tiga individu meninggal dunia dipercayai lemas akibat dihanyutkan kepala air ketika mengikuti rakit arus deras di Sungai Kampar di sini, pada Jumaat.

Mayat wanita mati lemas ditemukan di Lubuk Buluh
Mayat Kasthuri ditemui orang awam jam 5.50 petang ketika operasi mencari dan menyelamat dilakukan.