SHAH ALAM: Aktiviti migrasi, kepadatan penduduk dan cabaran persekitaran yang dihadapi di sekitar Lembah Klang menjadi antara faktor yang dikenal pasti menjadi punca kadar perceraian yang tinggi di Selangor.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Hal Ehwal Pengguna dan Industri Halal negeri Mohd Zawawi Ahmad Mughni berkata, selain itu antara punca lain termasuk ekonomi pihak suami yang tidak stabil hingga menghadapi tuntutan pihak isteri berkenaan kegagalan memberi nafkah.
"Faktor lain adalah sosialisasi yang terbuka merentasi kebiasaan dan kegagalan menjadikan agama sebagai cara hidup dalam menguruskan rumah tangga," katanya menjawab pertanyaan Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar (PH-Meru) mengenai punca kes penceraian amat tinggi di Selangor pada sidang Dewan Undangan Negeri Selangor di sini hari ini.
Menurutnya pendaftaran penceraian di Jabatan Agama Islam Selangor pada tahun lepas, mencatatkan sebanyak 6,299 kes penceraian dilaporkan seluruh daerah dengan kes tertinggi di Petaling (1,668 kes) diikuti Hulu Langat (1,303), Gombak (960) dan Klang (878).
Beliau juga menjawab soalan tambahan daripada Mohd Fakhrulrazi yang bertanya mengenai kesan penceraian terutamanya kepada pasangan yang mempunyai anak serta apakah usaha Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk membela golongan itu.
"JAIS menerusi masjid-masjid melaksanakan aktiviti mediasi atau sesi kaunseling kepada individu terbabit penceraian supaya kebajikan anak-anak sentiasa diberikan perhatian terutamanya dari segi nafkah, pendidikan dan psikologi," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 18 2022
![Kepadatan penduduk, cabaran persekitaran faktor perceraian tinggi di Selangor Kepadatan penduduk, cabaran persekitaran faktor perceraian tinggi di Selangor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-12/71606832123_TBCERAI.jpg)
Antara faktor lain penyebab kes cerai adalah sosialisasi yang terbuka merentasi kebiasaan dan kegagalan menjadikan agama sebagai cara hidup dalam menguruskan rumah tangga. - Gambar hiasan
![Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002631_TBOlimpian.jpg)
Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.
![Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002324_TBShaikhAbdulrahman.jpg)
Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.
![Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739356184_tbrubbleofbuilding.jpg)
Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![Gagal serah notis, sebutan kes cerai Linda-Beego ditunda Gagal serah notis, sebutan kes cerai Linda-Beego ditunda](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738833472_tbBeegoLindaHashi.jpg)
Gagal serah notis, sebutan kes cerai Linda-Beego ditunda
Prosiding penceraian membabitkan pasangan pelakon Linda Hashim dan Beego ditangguhkan pada 6 Mac depan.
![Linda Hashim tenang, hadir bersendirian Linda Hashim tenang, hadir bersendirian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738813257_tbLindaHashimBee.jpg)
Linda Hashim tenang, hadir bersendirian
Setakat jam 9.30 pagi, kelibat Beego tidak kelihatan di Kompleks Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
!['Kami dalam proses bercerai, runding hak penjagaan anak' - Hafiz Suip 'Kami dalam proses bercerai, runding hak penjagaan anak' - Hafiz Suip](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81735878416_HafizSuip.jpg)
'Kami dalam proses bercerai, runding hak penjagaan anak' - Hafiz Suip
'Kami dalam proses bercerai, runding hak penjagaan anak' - Hafiz Suip
![Kremlin nafi laporan media, isteri Bashar al-Assad mohon cerai Kremlin nafi laporan media, isteri Bashar al-Assad mohon cerai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41734991202_BasharalAssad.jpg)
Kremlin nafi laporan media, isteri Bashar al-Assad mohon cerai
Pada Ahad, beberapa laporan media mengatakan bahawa Asma al-Assad, yang dilahirkan di United Kingdom, mahu memfailkan permohonan cerai di Rusia.
![Que Haidar dan Linda Jasmine sah bercerai Que Haidar dan Linda Jasmine sah bercerai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/41729993093_QueHaidar.jpg)
Que Haidar dan Linda Jasmine sah bercerai
Mereka disahkan bercerai dengan talak satu pada 2 Julai lalu.
![18 tahun bersama, Fazley Yaakob sah cerai 18 tahun bersama, Fazley Yaakob sah cerai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/61728973266_tbfazleyyaakobcer.jpg)
18 tahun bersama, Fazley Yaakob sah cerai
Menurut Fazley, keputusan untuk bercerai telah diambil atas persetujuan bersama.
!['Saya masih sayangkan Fazura' - Fattah 'Saya masih sayangkan Fazura' - Fattah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61727235871_tbFattahAminMahka.jpg)
'Saya masih sayangkan Fazura' - Fattah
Pelakon berusia 34 tahun itu berharap masalah rumah tangganya bersama Fazura dapat diselesaikan cara baik.
![Sebutan kes permohonan cerai Fazura tangguh 7 Oktober Sebutan kes permohonan cerai Fazura tangguh 7 Oktober](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/71727233547_tbcerai.jpg)
Sebutan kes permohonan cerai Fazura tangguh 7 Oktober
Penangguhan ini bagi memberi ruang perbincangan yang dicadangkan oleh pihak peguam Fattah.
![‘Alhamdulillah, tenang’ - Fazura tiba di mahkamah ‘Alhamdulillah, tenang’ - Fazura tiba di mahkamah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51727229878_tbFazuraMahkamahS.jpg)
‘Alhamdulillah, tenang’ - Fazura tiba di mahkamah
Fazura diiringi empat pengawal peribadi menaiki kenderaan MPV berwarna hitam manakala pengawal peribadi menaiki kenderaan Range Rover.
![Aisyah Hijanah fail cerai terhadap Alif Teega Aisyah Hijanah fail cerai terhadap Alif Teega](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/71725181728_TBAlifTega.jpg)
Aisyah Hijanah fail cerai terhadap Alif Teega
Aisyah Hijanah Azhari memfailkan tuntutan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Timur baru-baru ini.