Kenyataan oleh Majlis Raja-Raja tentang siasatan terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB) baru-baru ini adalah selari dengan kemahuan kerajaan berkenaan siasatan terhadap syarikat itu.
Pengarah Strategik Komunikasi Barisan Nasional (BN) Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, tiada percanggahan antara Majlis Raja-Raja dan kerajaan berkenaan siasatan terhadap 1MDB.
"Jikalau kita baca betul-betul (kenyataan Majlis Raja-Raja), tidak banyak yang bercanggah. Jikalau pihak Majlis Raja-Raja hendakkan penyiasatan dibuat dan satu kesimpulan dicapai, satu penyiasatan yang berjaya, satu keputusan mesti dicapai, maka pihak kerajaan memang itulah yang kita mahukan iaitu 1MDB diselesaikan."
"Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) pun meminta masa selama enam bulan (untuk menyelesaikan 1MDB). Saya kira awal tahun hadapan, Januari boleh diselesaikan," katanya hari ini.
Abdul Rahman yang juga Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Transformasi Sosial Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS7) di sini.
Beliau bagaimanapun menyambut baik kenyataan yang dibuat oleh Majlis Raja-Raja itu.
Majlis Raja-Raja yang mengadakan mesyuarat 'pre council' pada Selasa lepas telah mengeluarkan kenyataan pada hari sama mahukan kerajaan menyelesaikan secepat mungkin siasatan berkaitan 1MDB dan mengambil tindakan tegas yang sewajarnya terhadap pihak-pihak terlibat.
Menurut Abdul Rahman, kenyataan Majlis Raja-Raja itu menunjukkan keprihatinannya terhadap isu-isu semasa sebagaimana kenyataannya pada 2010 menegur pihak tertentu berhubung isu peruntukan perlembagaan menyentuh bangsa Melayu, agama Islam dan kedudukan Raja-Raja.
Ditanya kenyataan Majlis Raja-Raja mahukan siasatan terhadap 1MDB terbuka, Abdul Rahman berkata, ia terpulang kepada pihak yang melakukan siasatan terbabit.
"Tetapi pada pandangan saya, tidak pernah pun kita menyiasat satu-satu kejadian di Malaysia ini mesti didedahkan kepada awam. Kalau kita buat begitu bayangkan jikalau orang itu tidak bersalah," katanya.
Jika pihak tertentu didapati tidak bersalah selepas melalui proses penyiasatan secara terbuka, pihak terbabit bakal berhadapan dengan stigma negatif daripada masyarakat, menurut beliau.
Ia adalah sesuatu yang tidak adil kepada pihak-pihak yang tidak bersalah, katanya.
Sehubungan dengan itu beliau meminta pihak terbabit tidak hanya pandai meminta masalah 1MDB diselesaikan tetapi pada masa yang sama mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang merumitkan permasalahan dihadapi syarikat itu.
"Pada satu sudut (mereka) mahu 1MDB diselesaikan, tapi hari-hari mengutuk 1MDB. Bagaimana mahu selesaikan isu itu, tapi tidak bagi ruang kepada 1MDB untuk bernafas," kata Abdul Rahman.
Bernama
Fri Oct 09 2015
Abdul Rahman Dahlan berkata, tiada percanggahan antara Majlis Raja-Raja dan kerajaan berkenaan siasatan terhadap 1MDB. - Gambar Fail
Unjuran pertumbuhan KDNK 2025 sebanyak 4.5-5.5 peratus adalah munasabah - Ahli ekonomi
Belanjawan 2025 adalah langkah terbaik untuk mengimbangi keutamaan ekonomi dengan realiti politik.
Semua negara wajib tamatkan pendudukan Israel ke atas wilayah Palestin - Suruhanjaya Siasatan PBB
Pendudukan Israel adalah punca utama kepada kitaran keganasan yang tidak berkesudahan dan konflik selama beberapa dekad.
Dijangka jana sebahagian besar pertumbuhan ekonomi global
BRICS memainkan peranan luar biasa dalam ekonomi global pada masa kini dan diyakini meningkat di masa depan.
Enam maut, 25 cedera bas terbabas di Turkiye
Enam terbunuh manakala 25 cedera apabila sebuah bas terbabas lalu terbalik di Aksaray wilayah tengah Turki, pada Jumaat.
Polis giat cari warga amerika yang disyaki diculik
Pihak berkuasa Filipina pada Jumaat melancarkan pencarian seorang warga Amerika Syarikat yang dipercayai diculik kumpulan bersenjata di selatan Filipina.
Singapura tahan remaja bawah ISA, rancang lakukan serangan
Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD) dalam satu kenyataan berkata pelajar yang radikal diri itu merupakan penyokong tegar kumpulan Daesh, juga merancang pergi ke Syria, untuk terlibat dalam keganasan bersenjata.
Pasukan pengaman disasar secara sengaja - Jurucakap UNIFIL
Jurucakap itu berkata kedudukan mereka telah berulang kali diserang di Lubnan, sekali gus meletakkan pasukan pengaman dalam bahaya.
Dia rakyat beta, beri keadilan sekarang - Tengku Hassanal
Tengku Mahkota Pahang itu dalam kemas kini di Instagram Story hari ini menambah, keadilan bukan sahaja perlu perlu dilaksanakan, tetapi ia juga mesti dilihat dilaksanakan.
Empat lelaki didakwa rompak jongkong emas RM710,000
Empat lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, pada Jumaat, atas pertuduhan merompak jongkong emak bernilai RM710,000, awal bulan lalu.
Tiga penunggang motosikal maut dalam kemalangan berasingan di LPT2
Tiga lelaki dipercayai peserta program EX5 Members 4.0 maut dalam dua kemalangan berasingan di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) di Kemaman hari ini.
Najib tarik rayuan injunksi Mareva AS$681 juta terhadap 1MDB
Datuk Seri Najib Razak menarik balik rayuan untuk membatalkan injunksi Mareva yang diperoleh 1MDB dan 4 anak syarikatnya bagi menghalang beliau daripada memindah atau melupus aset sehingga AS$681 juta
Kes 1MDB: Hakim tanya peguam Najib beza perbelanjaan peribadi dan politik
Hakim dalam kes 1MDB Najib mengajukan soalan kepada pasukan pembelaan mengenai perbezaan antara perbelanjaan untuk tujuan peribadi dan politik.
1MDB: Seorang meninggal dunia, seorang tidak tahu di mana, keterangan saksi hanya 'dengar cakap' - Peguam bela
Pasukan pembelaan Najib Razak menegaskan, mahkamah tidak sepatutnya mengambil kira keterangan saksi-saksi pendakwaan dalam kes penyelewengan dana 1MDB.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Perjanjian penyelesaian DOJ, Jho Low tidak dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet - Fahmi
Isu berhubung perjanjian penyelesaian di antara Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat dengan Low Taek Jho atau Jho Low tidak dibincangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri pada Jumaat
Rosmah nafi barang kemas, beg tangan, aksesori mewah dibeli hasil aktiviti haram
Datin Seri Rosmah Mansor menegaskan bahawa barang kemas, beg tangan dan barangan mewah lain yang berada dalam milikannya bukan dibeli dengan wang hasil aktiviti haram.
Jho Low masukkan wang RM100 juta sebagai hadiah kepada bekas peguam 1MDB
Bekas peguam 1Malaysia Development Berhadmengaku di Mahkamah Tinggi bahawa beliau menerima hadiah RM100 juta daripada ahli perniagaan dalam buruan Jho Low, walaupun telah meninggalkan syarikat itu.
'Saya percayakan Jho Low sebab dia sudah miliki wang berjuta' - Jasmine Loo
Bekas peguam 1MDB memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Jumaat bahawa tidak terlintas di fikirannya ahli perniagaan dalam buruan Jho Low adalah seorang penipu.
Utusan Malaysia mohon maaf kepada pembaca
Portal berita tempatan Utusan Malaysia memohon maaf selepas menerbitkan artikel berhubung pengampunan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Najib tidak maklumkan terbitan bon AS$3.5 bilion kepada Kabinet
Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu Datuk Seri Najib Tun Razak tidak memaklumkan Kabinet mengenai terbitan bon AS$3.5 bilion.