KUALA LUMPUR: Pemberian subsidi secara bersasar dapat membantu golongan berpendapatan rendah untuk mendepani peningkatan Kadar Dasar Semalaman (OPR).
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Datuk Mohamed Farid Mohamed Zawawi berkata, kedua-duanya harus diseimbangkan supaya rakyat tidak terseksa mengharungi tempoh ekonomi mencabar yang mendatang.
Beliau secara dasarnya bersetuju OPR dinaikkan untuk mengekang kenaikan inflasi, namun peningkatannya tidak boleh terlalu drastik dan tinggi.
“Kita juga harus melihat kepada satu konsep di mana bila adanya inflasi tinggi, ia mesti sepadan dengan kadar pekerjaan yang tinggi.
“Jadi bila kita menurunkan kadar inflasi, maka kita akan naikkan kadar pengangguran. Ini satu perkara yang harus kita sentuh,” katanya dalam program Dialog Tiga Penjuru pada Khamis.
Tegasnya, subsidi bersasar adalah satu solusi terbaik, namun kita masih belum melihat kerajaan memulakan usaha untuk melaksanakannya, walaupun sudah disebut.
Maka ia perlu disegerakan dan diberi perhatian serta tindakan yang perlu diambil serta-merta.
Israr Khalid
Fri Jan 13 2023
MOHAMED FARID: Kerajaan harus segera laksanakan pemberian subsidi secara bersasar untuk membantu golongan berpendapatan rendah mendepani peningkatan OPR. -Facebook Datuk Mohamed Farid Mohamed Zawawi
Polis tahan lima lelaki warga Thailand tanpa dokumen perjalanan sah
Polis menahan lima lelaki warga Thailand yang cuba pulang ke negara asal mereka secara haram di pintu sempadan di sini, Isnin lepas.
Titah Adendum: Menteri-menteri UMNO sedia beri kerjasama kepada Mahkamah Tinggi
Menteri-menteri yang mewakili UMNO sedia memberi kerjasama kepada Mahkamah Tinggi, jika diperlukan untuk memberikan keterangan dalam prosiding semakan berhubung Titah Adendum.
10 Berita Pilihan - (10 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Sabtu – 11 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Dialog Anak Muda: Bukan Sekadar Menurut Tetapi Memimpin
Kepimpinan berasaskan idealisme, semangat untuk membawa perubahan dan keinginan menolak penyelewengan. Itu ciri keistimewaan pemimpin belia yang memenuhi keperluan rakyat. Dialog Anak Muda 8.30 malam.
Tiada rakaman kejadian, kamera papan pemuka Ativa ada kesan pernah diakses - Saksi
ASP S. Dasarathan, 46, yang merupakan saksi pendakwaan ke-33 berkata ia berdasarkan laporan analisis forensik oleh ASP Nur Fairuz Idris terhadap barang kes bertanda AC5.
Dakwaan warganegara China diberi layanan istimewa tidak berasas - KP Imigresen
Dakwaan warganegara China tidak perlu melalui prosedur pemeriksaan imigresen dan tidak boleh ditahan ketika masuk ke Malaysia adalah tidak berasas, kata Ketua Pengarah Imigresen Datuk Zakaria Shaaban.
ASEAN-Malaysia 2025 [6/01/2025]
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
[TERKINI] Sidang media selepas mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO
Ikuti secara langsung sidang media selepas mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO.
Kanak-kanak autistik tujuh tahun dikhuatiri hilang terjatuh longkang
Seorang kanak-kanak lelaki autistik berusia tujuh tahun dikhuatiri hilang selepas dipercayai terjatuh ke dalam longkang berhampiran rumahnya di Taman Tunku Tabor, di sini, hari ini.
Titah Adendum: ‘Tahu ke tak tahu?’, Dialog Tiga Penjuru di Astro AWANI malam ini jadi ‘Dialog Tiga Peguam’
Saksikan Dialog Tiga Penjuru di Astro AWANI 8.30 malam ini, Khamis 9 Januari 2025.
Gubal Akta Parlimen Berpenggal Tetap, pastikan Kerajaan kekal hingga hujung penggal - Penganalisis
Akta Parlimen Berpenggal Tetap perlu digubal dan diluluskan untuk menghentikan sebarang polemik mengenai perubahan tampuk pentadbiran Kerajaan.
Sikap hormat terhadap prinsip demokrasi dalam kalangan wakil rakyat masih lemah - Penganalisis
Ahli Dewan Rakyat ketika ini tidak mencapai kelas penggubal undang-undang yang setaraf negara demokrasi matang dan maju.
Tahfiz kekurangan dana risiko abai keselamatan, kebajikan - Yayasan Pendidikan Khalifah
Aspek kebajikan dan gaji guru juga mungkin tidak dijaga dengan teratur, jika tiada pemantauan pihak kerajaan.
Dasar pendidikan mesti konsisten, untuk semua, bukan individu - PERPEMA
Satinah berkata, pihak kementerian juga perlu terbuka untuk menerima sumbang saran daripada pihak swasta.
Pendidikan: Dasar sering berubah punca berlaku defisit kepercayaan - Samuel Isaiah
Ibu bapa mahukan kestabilan pelaksanaan dasar yang konsisten apabila mereka melabur untuk masa depan anak-anak mereka.
Normalisasi hubungan negara Arab, Israel adalah tidak sihat - Dewan Pemuda Pas
Tindakan normalisasi hubungan negara arab dengan Israel adalah tidak sihat, serta menunjukkan kesatuan negara Islam yang rapuh dalam mengecam kezaliman rejim zionis.
Mansuh hukuman mati mandatori beri hakim pilihan lebih luas - Peguam
Hukuman mati masih dikekalkan untuk jenayah tertentu, khususnya melibatkan jenayah berat.
Tingkatkan mekanisme pencegahan jenayah di samping kekalkan hukuman mati - Penganalisis
Usaha pencegahan jenayah oleh kerajaan adalah tidak mencukupi dan seharusnya aspek tersebut perlu menjadi keutamaan pembuat dasar.
'Pembangkang mesti bentang dasar alternatif jika tidak setuju dengan kerajaan'
Pembangkang bertanggungjawab menawarkan dasar alternatif, untuk menjana persaingan idea yang matang dan mantap.